2010-04-30

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
(DEPUTY MINISTER OF HOME AFFAIRS)

Ruj. Kami : KDN(S)/PK/03/854/1-10(13)
Tarikh : 30 April 2010

Yang Berhormat
Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

PENJELASAN DAN JAWAPAN SECARA BERTULIS KEPADA SOALAN-SOALAN AHLI YANG BERHORMAT SEMASA SESl PENGGULUNGAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA 2010 MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Yang Berhormat kepada perkara di atas.

2. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tedma kasih kepada Yang Berhormat di atas kepdhatinan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas Kementedan Dalam Negeri.
3. Bersama-sama ini disertakan penjelasan dan jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan untuk makluman dan perhatian Yang Berhormat.

DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP

PERTANYAAN Y.B. BAKRI SEMASA SESI PENGGULUNGAN
PERBAHASAN TITAH DIRAJA 2010 - 1 APRIL 2010

PERTANYAAN
Yang Berhormat BAKRI minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sama ada setiap balai polis ada menggunakan certain gelap untuk melindungi saksi semasa proses pengecaman.

JAWAPAN DAN PENJELASAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri, penggunaan cermin gelap dan cermin satu hala untuk melindungi identiti saksi/mangsa semasa kawad cam di dua balai polis yang dinyatakan oleh Yang Berhormat iaitu balai polis Skudai dan balai polis Johor Bahru sememangnya tiada buat masa ini. Ini adalah kerana semua kes-kes yang memerlukan saksi/mangsa membuat kawad cam akan di lakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang mana di sana ia mempunyai kelengkapan dan fasiliti yang mencukupi seperti bilik kawad cam bercermin gelap dan cermin satu hala. Bagi Balai Polis Skudai, pengecaman saksi akan di lakukan di IPD Johor Bahru Utara. Manakala bagi Balai Polis Johor Bahru pula, proses pengecaman suspek akan di lakukan di IPD Johor Jaya.

Pihak polis sentiasa menitikberatkan keselamatan mangsa/saksi yang memberi maklumat kepada pihak polis dan sentiasa meningkatkan fasiliti dan Iogistik yang di perlukan untuk meningkatkan mutu penyiasatan.

PERTANYAAN
Yang Berhormat BAKRI membangkitkan masalah bagi masyarakat Cina untuk meletakkan nama anak-anak mereka di dalam tulisan Cina di dalam sijil kelahiran. Beliau juga menambah bahawa pihak Imigresen menolak permohonan untuk membuat pasport dengan alasan sijil kelahiran tidak boleh diconteng.

JAWAPAN DAN PENJELASAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri, Seksyen 7(3) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299)telah memperuntukkan bahawa Pendaftar boleh, selepas mencatatkan dalam daftar butir-butir yang ditetapkan mengenai kanak-kanak tersebut? membenarkan pemberitahu yang layak untuk memasukkan dengan cara yang boleh ditetapkan nama kanak-kanak itu dan nama bapanya dan ibu kanak-kanak tersebut dalam tulisan Cina.

Walau bagaimanapun, nama kanak-kanak di dalam Sijil Kelahiran didaftarkan dengan menggunakan tulisan Rumi (Roman) tanpa mengira keturunan dan bangsa kanak-kanak bagi tujuan penyeragaman.

No comments:

Post a Comment