2010-04-01

Pembahasan atas isu Penutupan Tapak Sampah Bukit Bakri

Penyata Rasmi 2010.04.01

MS60

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tampatan

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri, boleh tanya satu soalan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Boleh.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang tadi punya. Okey. Terima kasih. Di sini saya hendak tanya seperti di kawasan saya, tandas awam kebanyakan tidak beroperasi. Perkara ini ialah tanggungjawab siapa? Majlis Perbandaran Muar atau siapa? Ini kerana di Bandar Muar Kerajaan Malaysia kata hendak menarik pelancong tetapi kebanyakan tandas tidak beroperasi. So, minta penjelasan dari Menteri.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih lah sahabat saya daripada Bakri.

Sebenarnya jawapan telah saya buat bahawa semua tandas awam adalah dipertanggungjawabkan kepada semua PBT, di mana terletaknya tandas awam itu, maka PBT yang di kawasan itulah yang bertanggungjawab sama ada membina, membaiki, dan menyelenggarakan. Itu jawapan saya Yang Berhormat.

MS62

1230
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: .... Kementerian ini turut mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri berhubung dengan kejadian kemalangan yang kerap berlaku di jalan-jalan PBT dan masalah projek penyenggaraan jalan di kawasan Majlis Perbandaran Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, kementerian ini telah pun memperuntukkan sebanyak RM2,392,230.00 kepada Majlis Perbandaran Muar bagi melaksanakan projek pembinaan menaikkan taraf jalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ahli Yang Berhormat Sekijang membangkitkan isu mengenai infrastruktur awam khususnya terminal bas bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

MS57

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Tentang tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam jawab lisan yang diberikan oleh kementerian. Apa yang saya tanya di soalan saya ialah kapasiti sisa pepejal sebenar tetapi jawapan dari kementerian ialah sisa pepejal yang diterima.

Saya mendapati, Yang Berhormat Menteri tidak menyatakan muatan sebenar tapak pelupusan sampah ini. Di sini saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah kapasiti sebenar dan kapasitinya selepas tapak tersebut dinaiktarafkan. Yang Berhormat Menteri juga tidak menghuraikan secara terperinci tentang langkah dan pengurusan serta kos naik taraf untuk menampung sampah dalam masa tiga tahun akan datang. Di samping itu, sila Yang Berhormat Menteri nyatakan secara bertulis kos yang terlibat dalam pengurusan sampah di seluruh majlis perbandaran di seluruh Malaysia pada tahun 2009. Terima kasih.

MS68-69

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: .... Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukakan apakah langkah Kerajaan Pusat dalam menangani masalah tapak pelupusan sampah yang menjadi isu kepada penduduk, kementerian ini telah pun melaksanakan projek naik taraf tapak pelupusan kepada sekurang-kurangnya tahap tiga sanitary landfill menutup selamat tapak-tapak pelupusan yang terletak di kawasan sensitif seperti kawasan pengambilan air minum dan membina tapak pelupusan sanitary yang baru bagi menggantikan tapak pelupusan yang telah penuh. Sebanyak 37 buah tapak pelupusan yang sedia ada sedang dinaiktarafkan, 17 buah tapak pelupusan yang terletak di kawasan sensitif sedang ditutup secara selamat dan pembinaan sembilan buah tapak pelupusan sanitary baru sedang dilaksanakan serta lima loji rawatan terminal sedang giat dibina dan dijangka siap pada awal tahun 2010 kecuali loji rawatan terminal yang akan dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2010.
1250
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah RM624,624 juta telah dibelanjakan dalam tempoh 2006 dan 2009 bagi tujuan pengambilan tanah, menaik taraf tapak pelupusan, penutup selamat, membina baru tapak pelupusan sanitari dalam bidang loji rawatan termal bagi tujuan mengenai isu pelupusan sisa pepejal. Selain daripada itu Kerajaan Persekutuan akan menetapkan dasar pengurusan sisa pepejal di samping menentukan perancangan strategik PSP, pihak kerajaan negeri dan PBT, masih kekal memainkan fungsi dan pertanggungjawaban sedia ada ke atas pentadbiran kerajaan tempatan kecuali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, [Akta 672] dikuatkuasakan.

No comments:

Post a Comment