2011-11-14

Kenyataan Rasmi : Jemaah Menteri meluluskan import/export dengan Israel

Dalam sesi Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas yang sedang berlangsung sekarang, saya telah membangkitkan isu perdagangan di antara Malaysia dengan Israel. Bermula dari perbahasan Belanjawan 2012 peringkat dasar bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya telah mengemukakan pertanyaan kepada Menteri untuk memberikan penjelasan berhubung satu dakwaan bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Negara Rejim Zionis Israel. Pada 7 November 2011, Menteri telah memberikan jawapan bertulis kepada pertanyaan saya di mana Menteri telah menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai sebarang bentuk hubungan perdagangan dengan Israel lantaran dari Dasar Luar Negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan juga larangan perdagangan di bawah Akta Kastam 1967 (AKta Larangan Import dan Eksport) Pindaan 2008.

2011-11-08

Kenyataan Rasmi : penolakan usul Wong Bee Fong asalah tidak munasabah

pertama sekali, saya rasa amat kecewa dengan keputusan YDP menolak usul yang saya bangkitkan mengenai Insident Cik Wong Bee Fong.

Jawapan Menteri mengenai isu bekalan air di Kawasan Bukit Naning

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR MALAYSIA ( Minister of Energy, Green Technology and Water Malaysia )

JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN TAMBAHAN SEMASA YB MENTERT MENJAWAB KEATAS PERBAHASAN BELANJAWAN NEGARA 2012 DI PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA PADA 24HB OKTOBER 2077

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah meminta penjelasan berhubung dengan permasalahan bekalan air di kawasan Bukit Naning, Ketika saya menjawab ke atas perbahasan Belanjawan Negara 2012 di Peringkat Dasar pada 24hb Oktober 2011. Sehubungan itu, bersama-sama ini saya sertakan jawapan secara bertulis untuk perhatian dan makluman Yang Berhormat.

2011-11-07

Jawapan Menteri mengenai perhubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel

7 November 2011

Y.B Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri


JAWAPAN BERTULIS KEPADA PERBAHASAN PERINGKAT DASAR RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012 - 17 OKTOBER 2011

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita saya merujuk kepada Perbahasan Peringkat Dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 oleh Ahli Yang Berhormat pada 17 Oktober 2011 berhubung isu perdagangan isu Malaysia dengan israel dan bahan bacaan mengenai lsrael yang terdapat di Pusat Sumber Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI).

2011-11-03

Rasmi: Pengemukaan Usul di bawah P.M. 18 mengenai insiden Wong Bee Fong dan sebabnya

Semalam saya dimaklumkan dari media internet bahawa cik Wong Bee Fong telah didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan. Saya amat terkejut dan marah mengenai berita ini melibatkan dua aspek. Pertama ialah penyalahgunaan kuasa polis dan kedua, berkaitan dengan maruah seorang wanita.

2011-11-01

Jawapan Menteri KPKT di peringkat dasar dalam Pembahasan Bajet 2012

DR 1.11.2011 125

Dato Wira Chor Chee Heung: Sumber peruntukan pembinaan Pusat Khidmat MCA dan Mercu Tanda Tarian Singa seperti dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Bakri, ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan struktur kedua-dua projek tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada kementerian saya kerana ianya di luar skop pembiayaan yang dibenarkan.

MPs ordered to leave for disobeying the Chair and trading barbs

The Star November 1, 2011

Walking out: Gobalakrishnan leaving the Dewan Rakyat after being ejected for disrupting the session.
THE Speaker and his deputy ejected three members at different times during the sitting after they refused to obey the Chair and stop trading barbs.

BN bersekongkol dengan Israel

Free Malaysia Today

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai ‘udang disebalik batu’.

Read more >>

Kenyataan Rasmi : keengganan menjawap mengenai isu perdagangan Israel-Malaysia menujukkan “udang disebalik batu”

Dalam ucapan saya ketika perbahasan Peringkat Dasar Belanjawan 2012 bertarikh 17 Oktober yang lalu, saya telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel. Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah enggan menjawap soalan yang saya kemukakan ini sehingga menyebabkan saya telah diarahkan keluar dari Dewan oleh Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

MPs kicked out after heated exchange

The Malay Mail November 1st, 2011 11:18:00

T.K. LETCHUMY TAMBOO

KUALA LUMPUR: For insisting on an answer from International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed on whether Malaysia has economic ties with Israel, Bakri MP Er Teck Hwa (pic) got ejected from the Dewan Rakyat yesterday.

MPs booted from Parliament over poser on M'sia-Israel economic ties

The Sun Daily 1 November 2011 - 05:25am

KUALA LUMPUR (Oct 31, 2011): Bakri MP Er Teck Hwa, from DAP, was ejected from the Dewan Rakyat for insisting that he gets an answer on whether Malaysia has economic ties with Israel.