2011-11-01

Jawapan Menteri KPKT di peringkat dasar dalam Pembahasan Bajet 2012

DR 1.11.2011 125

Dato Wira Chor Chee Heung: Sumber peruntukan pembinaan Pusat Khidmat MCA dan Mercu Tanda Tarian Singa seperti dibangkitkan Ahli Yang Berhormat Bakri, ingin saya tegaskan di sini bahawa pembinaan struktur kedua-dua projek tidak mendapat apa-apa peruntukan daripada kementerian saya kerana ianya di luar skop pembiayaan yang dibenarkan.

1830

Berkenaan isu permit papan tanda dan iklan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bakri pula, Majlis Bandar Raya Johor Bahru memaklumkan bahawa majlis bandar raya tidak menyerahkan kuasa ataupun pengurusan mengeluarkan permit-permit untuk papan iklan dan banner kepada Syarikat Southern Ads Sdn. Bhd., pengurusan untuk mengeluarkan permit bagi papan tanda dan banner diuruskan oleh majlis bandar raya berkenaan berpandukan Undang-undang Kecil Pelesenan Iklan Majlis Bandar Raya Johor Bahru 2010.

DR 1.11.2011 126

Mengenai isu tapak pelupusan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri, tapak pelupusan sisa pepejal Bakri tidak dapat ditutup sepenuhnya sehingga tapak pelupusan sisa pepejal sanitary di Pagoh dan Muar siap beroperasi. Namun bagi mengatasi masalah bau di kawasan tersebut, kementerian telah pun memulakan kerja-kerja menutup selamat dan menaiktarafkan pelupusan berkenaan dengan kos RM8.7 juta. Kerja-kerja tersebut telah dimulakan pada 5 September 2011 dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat]

Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, perancangan asal untuk menutup selamat tapak tersebut pada 22 Ogos 2010 tidak dapat dilakukan kerana tiada tapak alternatif untuk menerima sisa pepejal daripada Daerah Muar sekiranya tapak pelupusan tersebut ditutup.

Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Boleh minta penjelasan sedikit.

Dato' Chor Chee Heung: Oleh yang demikian, sebahagian daripada tapak di Bakri ini masih perlu digunakan. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya.

Dato' Seri Haji Azmi Khalid [Padang Besar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, apakah nasib projek RDF yang dimulakan beberapa tahun yang lalu di Semenyih. Adakah ia berjaya ataupun masih berada di tahap yang dikatakan kurang berjaya. Mana satu?

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. In fact, sebenarnya projek RDF yang telah dibina beberapa tahun yang lepas di Semenyih ini boleh dianggap sebagai tidak begitu berjaya. Walaupun demikian kita masih mencari jalan untuk memastikan supaya pelan itu

DR 1.11.2011 127

diteruskan walaupun demikian kita sedang meneliti sebagai pada keseluruhannya keadaan di negara ini mengenai pengurusan sisa pepejal. Sekarang kementerian saya melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam sedang membuat kajian menyeluruh dan mendalam what is the way forward in this country dengan izin di mana kita mungkin tidak akan gali lubang-lubang, mencari tempat hendak buang sampah. Walaupun tapak pelupusan itu merupakan tapak sanitary tetapi kita harus mengikut amalan yang dipraktikkan oleh negara maju seperti di Singapura, di Korea, Taiwan di mana salah satu langkah ialah untuk membina incinerator untuk menguruskan sampah-sampah dan sisa-sisa.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: [Bangun]

Dato' Chor Chee Heung: Saya tahu Yang Berhormat cukup minat mengenai pengurusan sisa pepejal dalam aspek ini dan saya mengalu-alukan cadangan-cadangan dari Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri. Saya minta penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di sini saya hendak tanya bilakah tapak baru di Pagoh akan siap diguna. Saya minta satu tempoh yang tepat mengenai isu ini - tentang tapak pelupusan sampah. Saya hendak tanya, bilakah tapak baru di Pagoh akan siap digunakan dan saya minta satu tempoh yang tepat mengenai isu ini.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, tapak pelupusan Pagoh ini merupakan satu tempat yang baru dan kita sedang meneliti dari semua aspek teknikal supaya ianya menjadi sebuah tempat tapak pelupusan sanitary.

Buat masa ini sebab memandangkan kita sedang mengupgradekan tapak pelupusan di Bakri, maka ianya masih dapat berfungsi dan digunakan dengan baik untuk selama setahun. Selepas itu apabila di sini start, sama ada di Pagoh atau Muar kita akan ubah tempat. Ini adalah untuk makluman Ahli Yang Berhormat.

No comments:

Post a Comment