2010-10-29

Kenyataan: Perkara tentang Kolam Renang Muar yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009

YB Er Teck Hwa memberikan pandangan terhadap isu tapak Kolam Renang Muar akan ditukar menjadi bangunan baru MPM
Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dibentangkan dalam Parlimen pada 25 Oktober 2010, laporan Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan bagi negeri Johor di halaman 143 telah membangkitkan isu kompleks kolam renang terbiar di Muar.

2010-10-28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH : 28 OKTOBER 2O1O (KHAMIS)

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil pantauan pihak JKR terhadap mutu kerja pembaikan laluan pintas Muar setelah performance bond Ranhill dilanjutkan sehingga september 2010. Adakah masalah jalan mengembang dan bertakung air yang membahayakan pengguna akan diselesaikan selepas September, 2010.

2010-10-26

Kertas Perintah

RALAT
KERTAS PERINTAH 14 TAHUN 2010
ANGGARAN PERBELANJAAN PERSEKUTUAN 2011
PEMBETULAN

Peruntukan Asal Tahun 2010 (RM)
Muka SuratRuangBaris
DicetakDibaca
4141
Emolumen
44,005,448,87042,162,130,270


2Perbelanjaan-perbelanjaan Lain124,360,666,93096,117,017,730


3Jumlah Perbelanjaan Mengurus168,366,115,800138,279,148,000


8JUMLAH BESAR221 ,585,772,800191,498,805,000

2010-10-21

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

JAWAPAN SOALAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

Ruj Kami: YBM NRE 10/15/17 Jld.2
Tarikh: 21 Oktober 2010

Y.B. Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

Ahli Yang Berhormat,

Per: Pertanyaan Tambahan Yang Dibangkitkan Semasa Sesi Perbahasan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar Di Dewan Rakyat Pada 12 Julai 2010

Saya dengan hormatnya ingin merujuk kepada pertanyaan tambahan yang dibangkitkan oleh YB di Dewan Rakyat semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar pada 12 Julai 2010.

2010-10-18

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR

YPDR.08/4/3(3B)
18 Oktober 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 14 Oktober, 2010, Khamis telah saya terima.

2. Perkara ini sememangnya merupakan isu yang serius dan Kerajaan amat memandang berat akan perkara tersebut. Kemalangan yang berlaku pada 10 Oktober 2010 itu adalah dalam siasatan. Perkara mengenai langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani kadar kemalangan jalan raya telah juga diberi penerangan oleh kerajaan pada pertanyaan jawab lisan daripada Yang Berhormat Besut bertarikh 14 Oktober 2010.

3. Oleh yang demikian, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 18(7)(a) dan (b) saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA PANDIKAR AMIN HJ MULIA

Y.B. Bakri cuba menbangkitkan satu usual dibawah P.M. 18(1) tetepi ditolak

DR. 18.10.2010 MS30

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Peraturan Mesyuarat 18. Peraturan Mesyuarat.

Seorang Ahli: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Peraturan Mesyuarat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

2010-10-13

pembahasan dalam Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

DR. 13.10.2010 MS43

Pembahasan dalam Rang Undang-undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010

2010-10-07

Abandoned Muar Olympic-sized pool to undergo renovation

NST 2010/10/07

By Chong Chee Seong

THE Youth and Sports Ministry is not in the position to apply for funds to rebuild the Muar Olympic-sized swimming pool.

Kenyataan: Penyebaran Berita Palsu Oleh Mereka Yang Tidak Bertanggungjawab

http://4.bp.blogspot.com/_GQALRcKR7V8/TK_lZSRQcvI/AAAAAAAAAes/Ye4m8beM5AQ/s1600/PA060016.jpg
YB Er bersama dengan asisten Lim Peng membuat laporan polis terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu

Pada pertengahan bulan Ogos 2010 yang lepas, saya telah membongkarkan dalam sidang akhbar bahawa pemohon Tabung Amanah Warisan Polis telah dikenakan komisen. Hal ini kerana saya telah menerima aduan daripada seorang mangsa yang telah dikenakan komisen ketika menerima RM1000 daripada Tabung Amanah Warisan Polis. Saya ingin mengingkatkan semua pemohon supaya tidak lagi ditipu oleh sindiket yang sama.

2010-10-02

Kenyataan: Mengapa Harus Menubuhkan Lagi Pasukan Tindakan Khas

Menurut pengumuman Pengerusi Majilis Perbandaran Muar (MPM), Yang Dipertua Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan pada 30 Ogos 2010, pihak MPM akan menubuhkan satu pasukan khas iaitu Pasukan Tindakan Khas untuk kerja penyelengaran infrastruktur asas di lebih daripada 250 buah taman perumahan yang kawasan penjagaan MPM. Pekerja daripada MPM telah mengumumkan bahawa usaha itu merupakan salah satu projek yang dirangka oleh kerajaan negeri. Projek ini iaitu penubuhan pasukan tidakan khas akan dilancarkan di 16 buah Majlis Perbandaran yang terletak dalam Johor untuk menyelesaikan masalah awam.

2010-10-01

Kenyataan : Adakah pelajar bukan Islam dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam merupakan satu kes terpencil?

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Wee Ka Siong amat kesal dengan tindakan mengungkitkan semula isu dimana pelajar bukan Islam telah dipaksa untuk meniru cara sembahyang orang Islam. Menurut beliau, isu tersebut telah diselesaikan beberapa bulan yang lepas dan guru yang terlibat telah diberikan amaran.