PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
TARIKH : 28 OKTOBER 2O1O (KHAMIS)
SOALAN:
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan hasil pantauan pihak JKR terhadap mutu kerja pembaikan laluan pintas Muar setelah performance bond Ranhill dilanjutkan sehingga september 2010. Adakah masalah jalan mengembang dan bertakung air yang membahayakan pengguna akan diselesaikan selepas September, 2010.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-pertua,
untuk makruman Dewan yang Mulia ini, JKR telah meranjutkan bon pelaksanaan kontrak projek Membina Jalan pintas Muar (Muar By-Pass) bagi tempoh setahun lagi, iaitu sehingga 27 september 2011.
sehubungan itu, kontraktor yang berkenaan, iaitu Ranhil corporation sdn. Bhd. masih lagi sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih kerosakan turapan permukaan jaran dan menaik taraf jaran yang mendap, termasuk di kawasan yang terlibat dengan pembetung jalan.
Berdasarkan perancangan, kerja-kerja berkenaan dijangka akan disiapkan sepenuhnya sebelum tempoh bon pelaksanaan berakhir.
Untuk makluman Ahli yang Berhormat, Perakuan Siap Membaiki Kecacatan tidak akan dikeluarkan kepada kontraktor terlibat sehingga kerja-kerja pembaikan tersebut disiapkan sepenuhnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKR.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment