2012-10-08

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 8 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 26

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan rancangan untuk memasang tiang lampu di sepanjang Pintasan Muar. Jika ya:

a) Berapakah peruntukan yang terlibat

b) Bilakah pemasangan lampu akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa?

2012-10-05

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan jumlah pekebun sayur yang sewa tanah untuk kegiatan penanaman sayur di seluruh negara mengikut pecahan:
a) negeri
b) kaum
dari 2001 hingga 2011. Apakah langkah-langkah untuk mangatasi masalah tersebut.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 3 OKTOBER 2012 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 12

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di antara Kementerian dan Majlis Perbandaran Muar. Jika ya, apakah keputusan? Jika tidak, mengapa? .

2012-10-02

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 2 OKTOBER 2012 (SELASA)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu sekatan eksport sarang burung walit.

a) Senaraikan kertas-kertas perjanjian diantara China dan Karajaan mengenai isu kandungan nitrit mengikut tarikh tandatangan dan penandatangan-penandatangan yang terlibat.

b) Mengapa Pengeksportan sarang burung walit hanya ditetapkan kepada 7 syarikat.

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 37

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011.