2012-10-08

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 8 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 26

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan rancangan untuk memasang tiang lampu di sepanjang Pintasan Muar. Jika ya:

a) Berapakah peruntukan yang terlibat

b) Bilakah pemasangan lampu akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa?



 JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperoleh nilai yang terbaik untuk wang atau value for money daripada setiap peruntukan yang dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Sehubungan itu, faktor Analisa Kos Faedah projek perlu di ambil kira secara keseluruhan sebelum Kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina projek-projek infrastruktur awam, seperti jalan raya.

Cadangan pemasangan lampu atau lampu limpah di sepanjang Jalan Persekutuan - seperti di Jalan Pintasan Muar, Johor ini - sememangnya akan memberikan manfaat terhadap usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan para pengguna di jalan raya. Walau bagaimanapun, pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan di sepanjang laluan Jalan Persekutuan atau lebuh raya akan melibatkan kos yang amat tinggi dan memberi implikasi terhadap skop projek yang diluluskan itu. Oleh itu untuk memastikan peruntukan Kerajaan itu dibelanjakan secara optimum dan cost effective, pemasangan lampu-lampu jalan di Jalan Persekutuan seperti di Jalan Pintasan Muar ini dihadkan di lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan sahaja, iaitu seperti di persimpangan-persimpangan jalan, selekoh dan kawasan-kawasan awam seperti sekolah, pasar dan sebagainya.

Namun demikian, kementerian ini sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif dan berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negara ini, khususnya melibatkan lokasi atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan (blackspots).

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment