2012-10-02

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 2 OKTOBER 2012 (SELASA)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu sekatan eksport sarang burung walit.

a) Senaraikan kertas-kertas perjanjian diantara China dan Karajaan mengenai isu kandungan nitrit mengikut tarikh tandatangan dan penandatangan-penandatangan yang terlibat.

b) Mengapa Pengeksportan sarang burung walit hanya ditetapkan kepada 7 syarikat.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,


(a)  Tidak ada perjanjian dibuat berhubung dengan penentuan kandungan nitrit dalam sarang burung
      walit untuk dieksport ke Republik Rakyat Cina (RRC). Isu berhubung kandungan nitrit yang
      tinggi dalam sarang burung walit telah ditangani melalui perbincangan dan perundingan yang
      telah dijalankan oleh Pasukan Pakar yang terdiri daripada wakil Kementerian Kesihatan
      Malaysia dan wakil Kementerian Kesihatan RRC. Hasil daripada perundingan tersebut, pihak
      RRC telah bersetuju sarang burung walit mentah-bersih yang mempunyai kandungan nitrit
      kurang daripada 30 parts per million (ppm) dibenarkan untuk dieksport ke RRC.


(b)  Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak pernah menghadkan pengeksportan sarang
      burung walit kepada beberapa syarikat sahaja sebaliknya ia terbuka kepada mana-mana syarikat
      pengeksport yang memenuhi syarat-syarat eksport sarang burung walit yang ditetapkan di negara
      ini. Syarikat-syarikat pengimport dari negara pengimpoty yang berurusan dengan pengeksport
      dari negara ini juga perlu memohon permit import daripada pihak berkuasa negara berkenaan
      untuk membolehkan pengimportan produk sarang burung walit dilaksanakan.



 

No comments:

Post a Comment