2012-10-05

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32

SOALAN:

Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan jumlah pekebun sayur yang sewa tanah untuk kegiatan penanaman sayur di seluruh negara mengikut pecahan:
a) negeri
b) kaum
dari 2001 hingga 2011. Apakah langkah-langkah untuk mangatasi masalah tersebut.



JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian ini tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai penyewaan tanah oleh pengusaha sayur di seluruh negara. Sungguhpun demikian, maklumat yang diperoleh daripada Persekutuan Persatuan - Persatuan Pekebun - Pekebun Sayur - Sayuran Malaysia menunjukkan sebanyak 60% daripada pengusaha adalah yang terdiri daripada mereka yang menyewa tanah daripada orang lain, mengusahakan di tanah hak milik sementara (TOL) atau tanah haram.

Semua pekebun sayur diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti penanaman sayuran di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Projek Tanah Terbiar mengikut kesesuaian.

No comments:

Post a Comment