2009-03-23

Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tarikh : 23.03.09

Tan Sri Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya dengan ini memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 bagi mengemukakan usul yang berbunyi berikut:-

Bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar dimaklumkan oleh Menteri Pertanian Dan Indutri Asas, Tani pada Mei 2008, insentif akan diberikan kepada petani dan penternak bermuta dari 2008 Jun. Manakala, Pada bulan Jun 2008, Jabatan berkenaan menyatakan bahawa penternak komersil ayam perdaging yang melebihi 20 ribu ekor tidak diberikan insentif berkenaan. Polisi berkenanan telahpun menpengaruhi sebanyak setengah dari jumlah penternak ayam perdaging di Semenanjung Malaysza dan menyebabkan banyak ladang-ladang ternakan yang beroperasi dengan pendapatan negatif atas kenaikan kos.