tag:blogger.com,1999:blog-67519506286030710922024-03-25T13:43:10.651+08:00ER TECK HWA@BlogThis is the official English and Bahasa Malaysia's Blog of Er Teck HwaEr Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.comBlogger335125tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-38672032182654476112013-07-18T10:30:00.000+08:002013-07-18T10:30:00.821+08:00
Terhadap Penduduk-penduduk Berdekatan Dengan Sebuah Kompleks Petrokimia di
Daerah Yunlin (Rancangan tahun pertama)<o:p></o:p>
residents near a petrochemical complex in Yunlin County (Year 1)<o:p></o:p>
Muat Turun Dari Sini
Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-79439643256456164452012-10-08T15:08:00.000+08:002012-10-08T15:08:48.804+08:00 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 8 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 26
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan rancangan untuk memasang tiang lampu di sepanjang Pintasan Muar. Jika ya:
a) Berapakah peruntukan yang terlibat
b) Bilakah pemasangan lampu akan dilaksanakan. Jika tidak, mengapa?
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperoleh nilai yang terbaik untuk wang atau value for money daripada setiap peruntukan yang dibelanjakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Sehubungan itu, faktor Analisa Kos Faedah projek perlu di ambil kira secara keseluruhan sebelum Kerajaan meluluskan peruntukan untuk membina projek-projek infrastruktur awam, seperti jalan raya.
Cadangan pemasangan lampu atau lampu limpah di sepanjang Jalan Persekutuan - seperti di Jalan Pintasan Muar, Johor ini - sememangnya akan memberikan manfaat terhadap usaha untuk meningkatkan tahap keselamatan para pengguna di jalan raya. Walau bagaimanapun, pemasangan dan penyelenggaraan lampu jalan di sepanjang laluan Jalan Persekutuan atau lebuh raya akan melibatkan kos yang amat tinggi dan memberi implikasi terhadap skop projek yang diluluskan itu. Oleh itu untuk memastikan peruntukan Kerajaan itu dibelanjakan secara optimum dan cost effective, pemasangan lampu-lampu jalan di Jalan Persekutuan seperti di Jalan Pintasan Muar ini dihadkan di lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan sahaja, iaitu seperti di persimpangan-persimpangan jalan, selekoh dan kawasan-kawasan awam seperti sekolah, pasar dan sebagainya.
Namun demikian, kementerian ini sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif dan berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negara ini, khususnya melibatkan lokasi atau kawasan yang kerap berlaku kemalangan (blackspots).
Sekian, terima kasih.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-39518211090394744972012-10-05T19:11:00.000+08:002012-10-05T19:17:42.356+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 4 OKTOBER 2012 (KHAMIS)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan jumlah pekebun sayur yang sewa tanah untuk kegiatan penanaman sayur di seluruh negara mengikut pecahan:
a) negeri
b) kaum
dari 2001 hingga 2011. Apakah langkah-langkah untuk mangatasi masalah tersebut.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian ini tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai penyewaan tanah oleh pengusaha sayur di seluruh negara. Sungguhpun demikian, maklumat yang diperoleh daripada Persekutuan Persatuan - Persatuan Pekebun - Pekebun Sayur - Sayuran Malaysia menunjukkan sebanyak 60% daripada pengusaha adalah yang terdiri daripada mereka yang menyewa tanah daripada orang lain, mengusahakan di tanah hak milik sementara (TOL) atau tanah haram.
Semua pekebun sayur diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti penanaman sayuran di kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Projek Tanah Terbiar mengikut kesesuaian.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-15761552368798842982012-10-05T19:03:00.001+08:002012-10-05T19:12:20.534+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 3 OKTOBER 2012 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 12
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai
pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di
antara Kementerian dan Majlis Perbandaran Muar. Jika ya, apakah
keputusan? Jika tidak, mengapa? .
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, Kolam Renang Muar adalah di bawah Majlis Perbandaran Muar dan ia tertaklu kepada bidang kuasa Kerajaan Negeri dan bukannya Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, sebarang permohonan perlu dirujuk kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan bukan secara terus kepada Kementerian Belia dan Sukan. Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-84340804753305843792012-10-02T23:24:00.001+08:002012-10-02T23:26:21.155+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 2 OKTOBER 2012 (SELASA)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 32
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu sekatan eksport sarang burung walit.
a) Senaraikan kertas-kertas perjanjian diantara China dan Karajaan
mengenai isu kandungan nitrit mengikut tarikh tandatangan dan
penandatangan-penandatangan yang terlibat.
b) Mengapa Pengeksportan sarang burung walit hanya ditetapkan kepada 7 syarikat.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Tidak ada perjanjian dibuat berhubung dengan penentuan kandungan nitrit dalam sarang burung
walit untuk dieksport ke Republik Rakyat Cina (RRC). Isu berhubung kandungan nitrit yang
tinggi dalam sarang burung walit telah ditangani melalui perbincangan dan perundingan yang
telah dijalankan oleh Pasukan Pakar yang terdiri daripada wakil Kementerian Kesihatan
Malaysia dan wakil Kementerian Kesihatan RRC. Hasil daripada perundingan tersebut, pihak
RRC telah bersetuju sarang burung walit mentah-bersih yang mempunyai kandungan nitrit
kurang daripada 30 parts per million (ppm) dibenarkan untuk dieksport ke RRC.
(b) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak pernah menghadkan pengeksportan sarang
burung walit kepada beberapa syarikat sahaja sebaliknya ia terbuka kepada mana-mana syarikat
pengeksport yang memenuhi syarat-syarat eksport sarang burung walit yang ditetapkan di negara
ini. Syarikat-syarikat pengimport dari negara pengimpoty yang berurusan dengan pengeksport
dari negara ini juga perlu memohon permit import daripada pihak berkuasa negara berkenaan
untuk membolehkan pengimportan produk sarang burung walit dilaksanakan.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-75723340872477799912012-10-02T13:40:00.001+08:002012-10-02T13:42:11.321+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 1 OKTOBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 37
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI
menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi
oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan
jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada
peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Bagi menangani kenaikan kos yang dihadapi oleh penternak ayam penelur tempatan, Kerajaan telah mengambil pendekatan meningkatkan aspek kecekapan pengurusan penternakan dan produktiviti. Antara pendekatan yang diberi tumpuan meliputi:
(i) kaedah penternakan ayam secara reban tertutup
(ii) amalan sistem penternakan menggunakan sistem Amalan Penternakan Yang Baik
(Good Animal Husbandry Practices - GAHP)
(iii) meningkatkan usaha kawalan penyakit ayam seperti Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI),
Newcastle Disease (sampar ayam) dan lain-lain; dan
(iv) penggunaan automasi dalam aktiviti penternakan ayam penelur. Sebagai contoh menggunakan
mesin pengumpulan penggredan telur.
Kenaikan kos akibat daripada kenaikan harga kacang soya dan jagung sebagai bahan makanan ternakan boleh diimbangi melalui peningkatan dalam produktiviti ternakan di mana pembesaran ternakan dapat dipertingkat dan dipercepatkan dengan menggunakan kaedah cooling system dan tunnel ventilation dalam sistem penternakan ayam penelur secara reban tertutup.
Kerajaan telah melaksanakan aktiviti regulatori dari aspek kawalan penyakit dan intervensi bagi mengawal harga dan memastikan bekalan telur dalam negara mencukupi untuk kegunaan rakyat. Bantuan yang disediakan Kerajaan kepada penternak ayam berskala kecil dan sederhana adalah seperti:
(a) pemberian elaun pelaburan semula di bawah Jadual A, Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi
penternak ayam/itik yang membuat pelaburan semula menukarkan sistem reban ayam terbuka
kepada sistem ayam reban tertutup pada tahun 2003 hingga tahun 2010. Kerajaan Persekutuan
telah memperuntukkan sebanyak RM595 juta nilai pelaburan sebagai insentif penternak ayam.
Sebanyak 46 syarikat penternak ayam di seluruh negara telah menerima manfaat daripada
perlaksanaan insentif ini;
(b) Program Bumi Hijau (2008-2010) melalui pembekalan anak ayam, makanan dan peralatan
melibatkan seramai 20,565 orang peserta melibatkan perbelanjaan Kerajaan sebanyak RM 9.6
juta; dan
(c) pemberian insentif pengeluaran di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (2008-2010)
sejumlah RM230 juta melibatkan seramai 8,394 orang termasuk penternak ayam penelur.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-83393568348789924222012-09-24T13:18:00.000+08:002012-09-25T01:18:37.955+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 24
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan adakah jumlah pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia. Jika ya, bagaimana Kerajaan dapat mencapai kadar pengurangan pelepasan CO2 ke 40% seperti yang dicadangkan pada 2009.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia adalah dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia.
Sehubungan dengan itu, Kemnetrian Sumber Asli dan Aalam Sekitar telah merangka roadmap jangka masa pendek dan jangka masa panjang ke arah pegurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gas - GHG) berdasarkan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK atau GDP) sehingga 40% berbanding tahun 2005 menjelang tahun 2020.
Sekian, terima kasih.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-90707471570924889712012-09-24T13:05:00.000+08:002012-09-25T01:06:32.001+08:00PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
SOALAN 27
SOALAN:
Tuan ER TECK HWA [Bakri] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan berapakah pelepasan CO2 dalam unik tan metrik per kapita dan kg per PPP US$ of GDP dari 2009 hingga 2011 untuk Malaysia and juga zon-zon industri di:.
a) Kertih, Terengganu
b) Gebeng, Pahang
c) Pasir Gudang-Tanjung Langsat, Johor.
JAWAPAN:
Tuan Yang Diperua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhotmat, daripada inventori gas rumah hijau (greenhouses gas - GHG) negara, pelepasan CO2 dalam unti tan metrik per kapita pada tahun 1994 adalah 7.2 tan karbon dioksida setara per kapital (CO2eq/capita). manalakla pada tahun 2000 adalah 9.5 tan CO2eq/capita.
Intensiti pelepasan GHG berdasarkan GDP pula adalah 0.55 tan karbon dioksida setara per GDP (tan CO2rq/ribu ringgit GDP) pada tahun 1994 dan 0.62 tan CO2eq/ribu ringgit GDP pada tahun 2000. Maklumat-maklumat ini terkandung di dalam Laporan Komunikasi Kebangsaan Kedua kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengeni Perubahan Iklim (UNFCCC(.
Bagi tempoh tahun 2000 hingga 2005, intensiti pelepasan GHG berdasarkan GDP tidak banyak berubah. Walau bagaimanpun, menjelangkan tahun 2007, intensiti pelepasan GHG berdasarkah GDP mencapai 0.58 tan CO2eq/ribu ringgit GDP. Maklumat lanjut mengenai pelepasan GHG selepas tahun 2000 sedang dikutip dalam proses penyediaan Laporan Komunikasi Kebangsaan Ketiga.
Dalam mengira CO2 per kapita, Kemneterian mengira pelepasan seluruh negera dan tidak mengikut zon industri.
Sekian, terima kasih.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-79667299024771698002012-08-30T16:50:00.000+08:002012-09-25T00:51:08.256+08:00PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (SEPT, 2012)
1) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan berapakah pelepasan CO2 dalam unik tan metrik per kapita dan kg per PPP US$ of GDP dari 2009 hingga 2011 untuk Malaysia and juga zon-zon industri di:.
a) Kertih, Terengganu
b) Gebeng, Pahang
c) Pasir Gudang-Tanjung Langsat, Johor. (2012/09/24)
2) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR menyatakan adakah jumlah pelepasan CO2 yang dihasilkan oleh perusahaan-perusahaan usaha-sama dan kepunyaan orang asing di Malaysia dikira sebagai sebahagian daripada pelepasan CO2 Malaysia. Jika ya, bagaimana Kerajaan dapat mencapai kadar pengurangan pelepasan CO2 ke 40% seperti yang dicadangkan pada 2009. (2012/09/24)
3) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan dibawah progam 1Bestari.
a) Senaraikan sekolah-sekolah yang terlibat..
b) Adakah kaji sedilik telah dijalankan kepada PIBG dari sekolah-sekolah yang terlibat.
c) Adakah YES4G dibenar menggunakan fasiliti yang dibina oleh mereka dalam kampus sekolah untuk tujuan komersial. Jika ya, mengapa? (2012/09/25)
4) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelesaikan ketiadaan pengangkutan awam di Kawasan Bukit Naning. (2012/09/26)
5) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan kepada setiap daerah di Malaysia untuk mengatasi masalah banjir dari 2009 ke 2012. Senaraikan projek-projek berkaitan dengan isu tersebut yang sudah siap dan akan dilaksanakan di Dearah Muar dari 2009 ke 2012. (2012/09/27)
6) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan langkah-langkah untuk mangatasi kenaikan kos yang dihadapi oleh penghasil telur ayam dipunca oleh kenaikan harga kacang soya dan jagung dari Amerika Syarikat. Senaraikan penolongan dari Kerajaan kepada peternak ayam skala kecil dan sederhana dari 2001 ke 2011. (2012/10/01)
7) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah untuk mengatasi isu sekatan eksport sarang burung walet.
a) Senaraikan kertas-kertas perjanjian diantara China dan Karajaan mengenai isu kandungan nitrit mengikut tarikh tandatangan dan penandatangan-penandatangan yang terlibat.
b) Mengapa Pengeksportan sarang burung walet hanya ditetapkan kepada 7 syarikat. (2012/10/02)
8) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan perkembangan mengenai pembaikpulihan Kolam Renang Muar. Adakah rundingan telah dijalankan di antara Kementerian dan Majlis Perbandaran Muar. Jika ya, apakah keputusan? Jika tidak, mengapa? (2012/09/03)
9) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERTANIAN & ASAS TANI menyatakan jumlah pekebun sayur yang sewa tanah untuk kegiatan penanaman sayur di seluruh negara mengikut pecahan:
a) negeri
b) kaum
dari 2001 hingga 2011. Apakah langkah-langkah untuk mangatasi masalah tersebut. (2012/10/04)
10) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan rancangan untuk memasang tiang lampu di sepanjang Pintasan Muar. Jika ya:
a) Berapakah peruntukan yang terlibat
b) Bilakah pemasangan lampu akan dilaksanakan.
Jika tidak, mengapa? (2012/10/08)
Soalan Bertulis:
1) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pekerja di setiap kementerian mengikut pecahan:
a) Kakaitangan tetap dan kontrak
b) Kaum dan bangsa
c) negeri
dari 2009 ke 2012.
2) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGAJIAAN TANGGI menyatakan jumlah institut-insitut pendidikan tempatan yang mempunyai cawangan di negera asing. Senaraikan nama institut, negara dan tarikh cawangan tersebut disediakan.
3) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan di setiap kementerian yang mempunyai kalayakan Doktor Falsafah. Senaraikan angka tersebut dengan pecahan Doktor Falsafah yang diperolehi dari Universiti tempatan dan negara asing.
4) Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kakitangan di Unik Perancang Ekonomi. Senaraikan mengikut pecahan negeri, kaum dan pebelanjaan yang terlibat untuk setiap UPE peringkat negeri. Senaraikan jumlah kakitangan di setiap UPE negeri yang mempunyai kelayakan Doktor Falsafah dengan pecahan Doktor Falsafah yang diperolehi dari Universiti tempatan dan negara asing.
5) Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis bantuan dan polis biasa di negara kita. Senaraikan angka tersebut mingikut pecahan negeri dari 2001 hingga 2012. Senaraikan jumlah sektor swasta yang menggunakan perkhidmatan polis bantuan dan jumlah bayaran yang diterima oleh PDRM dari 2001 hingga 2012.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-48185591717882106502012-07-04T16:01:00.001+08:002012-07-04T16:01:17.247+08:00Kenyataan Rasmi: DAPSY Johor selesai proses pendigitalan untuk DEIA RAPID secara manualBadan Bertindak Save Pengerang dan Gabungan NGO Pengerang telah menyemak Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) RAPID yang dikeluarkan dua minggu lalu.
Oleh sebab kekurangan dana, Gabungan NGO tersebut perlu mengumpul dana untuk membeli DEIA tersebut daripada konsultan. Saya mewakili Gabungan ini dan bertanggungjawab atas pembelian DEIA tersebut yang telah diserahkan kepada badan bertindak untuk disalin dan didigitalkan.
Seluruh proses menyalin dan pendigitalan memerlukan 12 orang tenaga kerja dan 5 mesin pencetak dan berjaya diselesaikan dalam masa sembilan hari bekerja. Proses ini berjalan siang dan malam berterusan sehingga selesai pada 1 Julai yang lalu.
Kepentingan pendigitalan maklumat
Pada 27 Jun 2012, semasa sesi debat berkenaan Akta (Pindaan) Kualiti Alam Sekitar 2012, saya menyuarakan beberapa ketidakadilan dalam penglibatan orang awam dalam DEIA, iaitu:
1. DEIA hanya dipertonton kepada umum di pejabat-pejabat yang tertentu sahaja, iaitu JAS, balai polis, dewan awam, perpustakaan dan pejabat Penghulu. Orang awam dibenarkan menyemak dokumen tersebut hanya di tempat-tempat yang tersenarai.
Dengan kata lain, orang awam diminta duduk meneliti dokumen tersebut di situ, membaca laporan yang tebal dalam jangka masa yang lama dan memberi komen selepas itu.
DEIA merupakan satu laporan yang menyeluruh dan penuh dengan perincian teknikal. Sebagai contoh, DEIA RAPID mengandungi 3440 muka surat dan dijilidkan dalam lima buku yang berbeza. Sehingga kini, JAS tidak menyediakan EIA atau DEIA dalam
bentuk salinan digital yang boleh dimuat turun. Ini merupakan satu bentuk halangan kepada hak dan kebebasan orang awam untuk mendapatkan maklumat. Polisi hanya membenarkan ringkasan eksekutif laporan ini diletakkan secara online dan ini dikira ketinggalan zaman dalam era digital ini.
Laporan EIA atau DEIA adalah sangat rumit dan tenaga pakar diperlukan untuk memahami dan mentafsirkan isinya. Tidak semua orang dapat memahami perincian teknikal dalam laporan ini. Jika tiada petugas yang dapat membantu orang awam
membaca laporan ini di pejabat-pejabat tersenarai, bagaimana mereka dapat memberi maklumbalas berkenaan laporan tersebut?
3. Masa yang diberi untuk menyemak laporan ini juga tidak mencukupi. Hanya empat minggu diperuntukkan dan masa tersebut terhad kepada waktu pejabat sahaja. Maklumbalas perlu diberikan dalam minggu kelima. Ini bermaksud, orang awam yang
bekerja pada waktu pejabat tidak dapat menyemak laporan ini. Kesimpulannya, tempoh yang diberi terlalu singkat untuk menyemak dan memahami laporan ini dan menyediakan maklumbalas yang bersesuaian.
4. Laporan DEIA terlalu mahal. Harga yang biasa dikenakan adalah RM1,500 dan ia hanya boleh dibeli daripada konsultan yang menyediakan laporan tersebut untuk pengusul projek. Harga ini menghalang ramai orang untuk membelinya, apatah lagi
menyemaknya. Tambahan lagi, seseorang perlu menempah dahulu untuk membeli laporan tersebut. Belian tidak boleh dilakukan secara terus.
Berdasarkan keterangan di atas, dalam Parlimen, saya mencadangkan JAS supaya memuat naik laporan penuh EIA atau DEIA dalam laman web mereka dan membenarkan orang awam memuat turun dokumen tersebut secara percuma. Menteri yang terlibat
menjawab bahawa beliau akan mempertimbangkan cadangan yang diberikan lalu isu ini tidak dibincangkan lagi dalam Dewan.
Pernilaian Umum yang “sulit”
Semasa saya meminta maklumat lanjut daripada DoE mengenai pembelian laporan DEIA RAPID, saya telah diarahkan untuk berhubung dengan syarikat konsultan bernama Integrated Enviotech Sdn. Bhd. Saya telah diminta untuk menurunkan tandatangan ke atas satu dokumen P&R oleh syarikat tersebut untuk membolehkan tempahan dokumen dilakukan. Saya menolak untuk menurunkan tandatangan kerana DEIA merupakan dokumen rasmi untuk tatapan umum dan syarikat tersebut tidak berhak menghalang apa-apa usaha untuk menyebarkan laporan tersebut kepada umum.
Walaupun syarikat konsultan tersebut memiliki hak cipta laporan tersebut, penyediaan laporan tersebut telah dilakukan dengan pengarahan oleh pengusul projek, PETRONAS. PERTRONAS merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan dan dikira
sebagai hak milik Kerajaan Persekutuan. Maka, syarikat konsultan tersebut tidak boleh meminta sebarang tambahan dana daripada orang awam atau mengenakan sebarang syarat sulit.
DEIA yang diterbitkan untuk muatturun
Saya telah dimaklumkan oleh sumber tidak rasmi bahawa JAS akan mula mengeluarkan DEIA dalam format digital mulai 1 Julai 2012 dan orang awam dibenarkan untuk memuat turun laporan tersebut dari laman web JAS.
Walaupun begitu, JAS masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi sehingga hari ini. Jika sumber tersebut benar, kami sangat mengalu-alukan usaha ini kerana ia benar-benar mencerminkan etika tadbir urus yang baik dan mematuhi semangat keterbukaan dan ketelusan.
Sebelum pengumuman rasmi mengenai EIA yang boleh diperolehi secara percuma online ini, badan bertindak kami membuat keputusan untuk melancarkan salinan digital DEIA RAPID yang lengkap kerana ini penting untuk kemaslahatan orang awam.
Selain itu, kami telah menjemput tenaga-tenaga pakar dari Malaysia, Amerika Syarikat da Taiwan untuk bersama-sama dengan kami dalam mengkaji DEIA RAPID. Tarikh tutup untuk maklumbalas DEIA ini adalah 16 Julai 2012.
**Karangan ini diterjermah oleh Anis Afida Mohd Azli
Er Tek Hwa
Ahli Parlimen Bakri
04.07.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-20238627318899986432012-07-03T16:58:00.001+08:002012-07-03T16:58:53.838+08:00Press Release: Johor DAPSY completes the digitising process for the RAPID DEIA manuallyThe Save Pengerang Taskforce and the Pengerang NGO alliance have begun reviewing the RAPID Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) which was released two weeks ago.
Due to insufficient funds, the Alliance had to raise funds to purchase the DEIA from the consultant. I represented the Alliance and was responsible in purchasing the DEIA which I passed to the Taskforce to be scanned and digitised.
The whole scanning and digitisation process took 12 men and 5 scanners and was completed in 9 working days. This process ran day and night continuously until it was completed on July 01.
The importance of information digitalisation
On 27th June 2012, during the debate session on the Environmental Quality (Amendment) Bill 2012, I pointed out the discrepancies in relation to public participation of DEIAs. They included:
1. Public review of EIAs or DEIAs is only allowed at selected offices, e.g. DoE offices, police stations, public hall, libraries and the Penghulu’s office. The public is only allowed to review the document at these offices. The public is expected to sit at these offices, read these huge reports and give comments accordingly.
The DEIA is a very comprehensive and technical report. For example, the contents of the RAPID DEIA are 3440 pages in total and in 5 separate books. To date, DoE does not provide the downloading of the soft copies of EIAs or DEIAs. This is an inconvenience to the public and hinders their right to and freedom of information. The policy of only providing for executive summaries of these reports online is considered outdated especially in this digital age.
2. The EIA or DEIA reports are complicated reports that would require an expert to understand and decipher the contents. Not everyone would be able grasp the technical details in these reports. If there is no technical person available at these selected offices to assist the public, how would you expect them to give their comments?
3. The period for the reviewing of these reports is insufficient. The period given is 4 weeks and only restricted to office hours and available through the weekend. Feedback is to be given in the fifth week. If a person has flexible working hours, these hours would be suitable to them. But, what about those who do not have the luxury of flexible hours? Hence, this review period is too short for the public to read and understand a bulky technical document as well as prepare appropriate comments.
4. The DEIA report is too expensive. The normal price for a DEIA is RM1,500 and it only can be purchased from the consultant who prepares the report for the project proponent. The high price tag for a report would deter many people from purchasing it, let alone review it. Additionally, one would need to make an order for purchase in advance. The report cannot be bought on the spot.
Based on the arguments above, in Parliament, I suggested that DoE uploaded the full EIA or DEIA on its website and allow the public to download the document(s) for free. The Minister responded that he would consider the option suggested and there was no further discussion in The House.
A “confidential” Public Review
When I requested for further information from DoE regarding the purchase of the RAPID DEIA report, I was instructed to make an enquiry with a consultant company called Integrated Enviotech Sdn Bhd. I was asked to sign a P&R document by this company prior to the release of the purchasing order. I refused to put my signature on this document as the DEIA is an official document open for public scrutiny and the consultant should not obstruct the circulation of the contents of the documents.
Even though the consultant might own the copyright of the report, the preparation of the report was done on the instructions of the project proponent, PETRONAS. PETRONAS is a GLC and is considered the property of the Federal Government. Hence, the consultant company should not request for additional funds from the people or seek to implement confidential conditions.
DEIA published for downloading
I was told by an unofficial source that the DoE will start releasing DEIAs in digital format beginning July 01, 2012 and the public would be allowed to download from the DOE homepage.
Nevertheless, DOE has not made its official announcement until today. If the source is true, we indeed welcome this as it subscribes to the rules of good governance and is in the spirit of being open and transparent.
Prior to the official announcement of the freely available EIAs online, the taskforce has decided to release the complete digital copy of the RAPID DEIA as this report concerns public interest. Besides that, we have invited experts from Malaysia, USA and Taiwan to join us in our effort in reviewing the RAPID DEIA. The deadline for feedback on the DEIA is July 16, 2012.
The full DEIA can be downloaded here
Er Teck Hwa
MP Bakri
2012.07.03Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-27401624247601507802012-06-14T17:44:00.000+08:002012-07-07T01:09:23.893+08:00Ucapan penangguhan: Impak Projek Petrokimia Rapid Terhadap Sosioekonomi Di Sekitar Pengerangkenyataan Rasmi Dewan Rakyat 14.06.2012
DR 14.6.2012 MS103
Impak Projek Petrokimia Rapid Terhadap Sosioekonomi Di Sekitar Pengerang
5.44 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, dalam satu pembangunan perusahaan negara, punca rezeki rakyat tidak boleh dinafikan. Kerajaan mesti menyediakan penempatan baru atau beri pampasan sewajarnya. Kerajaan tidak sepatutnya menghalalkan penindasan rakyat atas nama pembangunan. Pembangunan sepatutnya tidak meninggalkan rakyat.
Projek RAPID mempunyai apa yang saya sebut di atas. Manfaat mereka telah dinafikan dan hanya dibayar dengan harga yang sangat rendah. Contohnya, nelayan yang telah menjalankan aktiviti perikanan sejak lima generasi ini diarah pindah dan hanya diberikan pampasan bernilai RM14,000 hingga RM30,000. Mereka telah memfailkan dakwaan di mahkamah terhadap syarikat pengendali RAPID dan kerajaan negeri.
Saya minta penjelasan bahawa berapakah kos pampasan untuk nelayan dan pampasan tanah telah disediakan dalam jumlah peruntukan sebanyak RM60 bilion di dalam pembangunan projek RAPID ini? Saya juga minta penjelasan teliti mengenai kawasan penempatan semula yang dirancang di kawasan Punggai dan kawasan Kampung Dato’ Abdul Ghani Othman serta kawasan baru untuk pertanian dan perikanan. Bagaimana masalah kesesakan dan persaingan nelayan di kawasan baru perikanan ini akan diatasi? Seterusnya, kawasan simpanan tadahan air Sungai Lembing yang terlalu dekat dengan kawasan RAPID yang dikhuatiri membawa kesan buruk kepada hutan simpan di kawasan tersebut.
Kerosakan hutan akan mengakibatkan banjir seperti bencana Kota Tinggi pada tahun 2007. Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini memandangkan jarak di antara sempadan kawasan tadahan air tersebut ke kawasan RAPID sekitar 2 kilometer? Terdapat dua hutan simpan iaitu Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Panti di mana satu projek jalan baru akan dibina melalui hutan simpan ini hingga ke kawasan projek RAPID dan Hutan Simpan Belungkor yang akan dijadikan kawasan bandar baru. Sekiranya kedua-dua kawasan ini dibangunkan, adakah kerajaan berhasrat untuk menghapuskan hutan simpan ini? Apakah perancangan untuk mengatasi masalah banjir dan hakisan pantai?
Di samping itu, apakah kajian yang berhubung impak pencemaran udara dan air bagi projek RAPID? PM2.5 merupakan impak pencemaran udara yang biasa dikeluarkan oleh industri petrokimia ini. Berapakah lingkungan keluasan pencemaran PM2.5 bagi Projek RAPID Tanjung Langsat dan Tanjung Bin yang diguna pakai oleh kerajaan? Selepas projek ini siap dibina, berapa peratus peningkatan kecenderungan penyakit barah yang bakal dihadapi oleh penduduk di ketiga-tiga kawasan ini dan selatan Johor?
DR 14.6.2012 MS104
Pengarah Dialog, Ngau Boon Keat telah menyatakan masalah pencemaran telah lama berlaku di Pengerang, mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab bagi seorang yang diamanahkan membangunkan kawasan ini. Bagaimana pula kawalan terhadap pembuangan sisa cecair berbahaya industri ini? Saya minta penjelasan teliti kerajaan mengenai social cost selepas 30 hingga 50 tahun Projek RAPID ini dibina? Sekian, terima kasih.
1750
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ S.K. Devamany a/l S. Krishnasamy]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri yang telah memaparkan ucapan penangguhan. Akan tetapi sebelum saya baca Tuan Yang di-Pertua saya memanglah ingin tahu maksud di sebalik sintaksis beliau yang penuh tersirat dan tersurat dengan penuh kenakalannya. Ini kerana Yang Berhormat tahu mengenai projek ini secara mendalam.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan industri minyak dan gas di Pengerang telah dirancang dengan teliti dan mengambil kira kesan sosial alam sekitar dan ekonomi dengan terperinci. Dasar Alam Sekitar dan Sosial yang berkesan menyeluruh dan mendalam telah wujud di Malaysia sejak sekian lama. Segala dasar-dasar di bawah undang-undang negara ini telah dipatuhi dalam pembangunan di Pengerang. Pihak pelabur dan pemaju di Pengerang juga diarahkan untuk mematuhi dengan teliti dasar-dasar dan undang-undang Malaysia bagi memastikan kebajikan penduduk Pengerang terjamin dan pembangunan mematuhi standard antarabangsa dan nasional.
Isu pembayaran pampasan, isu yang pertama yang diungkitkan oleh Yang Berhormat.
Hingga di setakat ini tiada bayaran pampasan yang dilakukan tetapi bayaran dalam bentuk sagu hati telah dibayar atas dasar terjejasnya mata pencarian pihak nelayan. Yang Berhormat kena tahu apakah itu pampasan dan sagu hati. Proses pampasan tengah dirunding, belum dimuktamadkan.
Seperti yang semua sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, bayaran pampasan dan ganti rugi kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam pembangunan hak minyak dan gas di Pengerang dikendalikan oleh pihak kerajaan negeri. Isu nelayan sebenarnya diberi perhatian khusus oleh pihak kerajaan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Perasmian Petronas RAPID yang akan diketuai oleh Exco Negeri Johor iaitu Yang Berhormat Datuk Haji Ab. Aziz bin Kaprawi.
Pelbagai perancangan dan bantuan sama ada untuk membantu secara jangka pendek atau jangka panjang telah diatur untuk membantu pihak nelayan. Isu pembayaran pampasan tanah juga akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri di mana buat masa ini ianya masih belum dimaklumkan kepada awam kerana urusan pengambilan balik tanah yang terlibat masih di...
DR 14.6.2012 MS105
...peringkat awal di mana seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 masih lagi diwartakan. So, sabarlah Yang Berhormat.
Baik, isu mengenai kawasan penempatan semula yang dirancang, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Dua kawasan penempatan semula telah dikenal pasti untuk menempatkan penduduk di Pengerang yang terlibat dalam pengambilan tanah oleh kerajaan negeri. Penempatan pertama berdekatan Teluk Ramunia bersaiz 387 ekar telah mula dibangunkan dan telah dinamakan sebagai Taman Bayu Permai. Taman ini akan memuatkan lebih kurang 1,000 unit rumah lengkap dengan kemudahan seperti kumbahan bersepadu, tangki air menegak, kemudahan awam seperti sekolah rendah, sekolah menengah, surau, masjid, rumah ibadat bukan Islam, taman permainan, padang, klinik, balai polis, rumah kedai dan sebagainya.
Taman Bayu Permai dijangka mula diduduki pada Mac 2013 iaitu jangka masa pertama pemindahan penduduk ke kawasan penempatan semula ini. Kawasan kedua Yang Berhormat yang telah dikenal pasti ialah berhampiran Pungai yang bersaiz 800 ekar. Kawasan kedua ini akan menempatkan perumahan bagi Program Rimbunan Kasih yang dibangunkan oleh pihak IRIS.
Selain daripada itu, kawasan kedua ini disediakan untuk menampung pemindahan penduduk bagi fasa-fasa pembangunan berikutnya jika ianya dimajukan pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya panjang sedikit kerana isu yang dibangkitkan begitu banyak oleh Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: 6 minute.
Dato’ S.K. Devamany a/l S. Krishnasamy: Dalam membela nasib nelayan, objektif kerajaan melatih semula nelayan adalah untuk meningkatkan taraf hidup dengan memberi peluang untuk menceburi sektor perindustrian yang menjanjikan pendapatan yang lebih baik. Oleh itu, kerajaan menggalakkan nelayan-nelayan terlibat agar menceburi bidang baru yang muncul daripada pembangunan minyak dan gas di Pengerang.
Kerajaan telah mengenal pasti peluang-peluang ini dan sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pusat latihan perindustrian bagi memberi peluang nelayan-nelayan terlibat dilatih semula. Contoh program latihan semula yang boleh didapati di Kolej Komuniti Bandar Penawar di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi adalah perpaipan domestik, penghawa dingin domestik, pendawaian elektrik domestik, kimpalan arka dan gas, kemasan bangunan pengurusan perisian pejabat, pengurusan pangkalan data, pengendalian pejabat, pengendalian sumber manusia, pengendalian pemasangan asas perakaunan, aplikasi komputer dalam perakaunan dan sistem perakaunan berkomputer. Semua kursus-kursus latihan in boleh dimanfaatkan oleh golongan nelayan yang mahu menceburi bidang baru dalam industri minyak dan gas.
DR 14.6.2012
106
Selain itu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar akan dijadikan Pusat Latihan Integrasi Minyak dan Gas Johor yang bakal menyediakan latihan dalam bidang keselamatan. Industri bermula tahun ini. Pada tahun-tahun berikutnya lebih banyak lagi latihan akan diperkenalkan dari semasa ke semasa mengikut permintaan daripada syarikat-syarikat minyak dan gas di Pengerang. Namun, kerajaan juga tetap mengambil berat nasib nelayan-nelayan yang mahu terus bekerja sebagai nelayan.
Satu projek untuk menyediakan pusat perikanan baru di Sungai Musuh telah dimasukkan dalam perancangan dan bakal menyediakan kemudahan yang lebih besar dan lebih baik untuk nilai-nilai di Pengerang. Kerajaan juga akan menyediakan program latihan untuk menaikkan kemampuan nelayan persisiran pantai kepada nelayan laut tengah dan laut dalam, deep sea fishing dgn izin.
Bantuan juga akan diberikan untuk menaik taraf bot dan enjin bot agar berupaya untuk pergi ke kawasan laut tengah dan laut dalam untuk menangkap ikan. Isu kawasan simpanan tadahan air yang dibawa oleh Yang Berhormat. Jarak sebenarnya tadahan air Sungai Lebam daripada tapak Projek RAPID ialah 20 kilometer. Pembangunan projek ini tidak akan membawa kesan buruk kepada kawasan tadahan air tersebut kerana jaraknya yang jauh. Maka, jangan kurangkan putaran politik Yang Berhormat. Itu maksud sebenarnya.
Baik, kawasan hutan simpan yang dibawa oleh Yang Berhormat lagi, kerajaan negeri sedang merangka kajian pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pengerang yang memperincikan cadangan perancangan guna tanah dan zoning ke pendudukannya.
Kemudahan infrastruktur utility serta ianya juga meliputi zon pengekalan dan pemulihan alam sekitar.
Melalui RKK Pengerang ini juga, pihak kerajaan telah mengenal pasti kawasan yang perlu dikekalkan bagi menjaga kelestarian alam sekitar seperti kawasan hutan simpan, rizab paya bakau, kawasan pertanian zon penampan dan badan air. Akhir sekali isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah penilaian impak alam sekitar yang spin balik. Ini bawa isu macam Lynas di sini juga.
Satu Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telah dijalankan untuk projek RAPID sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Kualiti Alam Sekitar (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Alam Sekitar) 1987. EIA ini sedang dikaji oleh Jabatan Alam Sekitar. Laporan EIA termasuklah penilaian terperinci kesan menyeluruh mengenai kualiti udara dan air yang dijangka akan timbul akibat projek RAPID.
Garis panduan kualiti udara Malaysia meliputi PM10, diulangi PM10 dan jumlah parti kulat terampai tetapi tidak menyebut tentang PM2.5. Oleh kerana ketiadaan garis panduan bagi PM2.5 di Malaysia, terdapat garis panduan kualiti udara standard lain di peringkat antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Garis Panduan Kualiti Udara atau...
DR 14.6.2012
107
...AS National Ambient Air Quality Standards (NAAQS). Garis Panduan Antarabangsa ini boleh digunakan sebagai garis panduan bagi PM2.5 di Malaysia.
Kualiti alam sekitar yang sedia ada, Udara Bersih 1978 dan pindaan yang dicadangkan akan dikuatkuasakan dengan tegas untuk mengawal perlepasan pemelihara kualiti udara dan melindungi kesihatan awam. Standard dan perundangan sedia ada di peringkat nasional dan antarabangsa yang akan dikuatkuasakan mengikut keperluan di Pengerang adalah seperti berikut. Cepat saya habiskan:
(i) Environmental Quality (Clean Air) Regulations 1978 Malaysia;
(ii) Environmental Quality Act 1974 Malaysia;
(iii) Environmental Quality Prescribe Activities;
(iv) Environmental and Social Economic Impact Assessment order 1987 Malaysia;
(v) Recommended Malaysia Act Quality Guide Lines for PM10;
(vi) Total suspended Particulate Malaysia World Health Organization (WHO);
(vii) Air Quality Guide Lines or US National Ambient Air Quality Standard for PM2.5 International;
(viii) Stock Home For Convention For The Controlled Hazardous Substances;
(ix) International the EU Reach Legislation (EU);
(x) The US Toxic Substances Control Act US; and
(xi) The Canadian Environmental Protection Act Canada.
Kesan projek kepada risiko kanser kepada masyarakat sekeliling ditentukan melalui penilaian kesan kesihatan yang pada amnya dijalankan oleh EIA.
Akhir sekali, kos sosial jangka panjang projek RAPID yang diungkit oleh Ahli Yang Berhormat, kos sosial jangka panjang projek RAPID adalah ditentukan melalui kajian sosial ekonomi penilaian projek. Perundingan pihak berkepentingan telah dijalankan oleh kerajaan negeri untuk menyediakan maklumat tentang projek tersebut dan untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat yang terlibat, kajian kos sosial berkaitan dengan impak pembangunan industri berat di Pengerang dan kawasan sekitarnya sedang dijalankan melalui pembangunan sebuah pelan induk, Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang yang akan meneliti impak sama ada secara sosial atau ekonomi terhadap masyarakat setempat dan sekitar.
Kajian yang menyeluruh ini dijangka siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2012.
Percayalah Yang Berhormat, kepentingan rakyat didahulukan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari
Isnin 18 Jun 2012.
Dewan ditangguhkan pada pukul 6.02 petang.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-55753757858647787582012-05-28T13:00:00.000+08:002012-05-29T19:14:54.865+08:00FOKUS HARI INI-PELUPUSAN SAMPAHPunca: Berita Radio RTM
Masalah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakri, di Muar Johor yang terpaksa menghidu bau sampah, bakal berakhir. Ini apabila tapak pelupusan sampah di kawasan berkenaan akan ditutup, apabila tapak pelupusan yang baru di Pagoh, siap, menjelang pertengahan tahun depan. Tapak pelupusan sedia ada menerima 400-tan metrik sisa pepejal, setiap hari. Azizah Yaccob meninjau perancangan pembangunan di kawasan berkenaan :
Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saiful Bahari berkata, Kerajaan sudah mengenal pasti sebuah kawasan pelupusan sampah di Pagoh bagi menggantikan tapak tersebut yang akan beroperasi tidak lama lagi. Selain tidak mampu menampung pembuangan sampah, tapak lama itu menyebabkan pencemaran bau dan alam sekitar.Kawasan pelupusan sampah di Pagoh itu adalah dari jenis 'sanitary landfill' atau sistem tertutup yang terbukti lebih efisyen dalam sistem pelupusan sampah:
Sebelum ini, penduduk sekitar kawasan tersebut merayu supaya tapak pelupusan sampah itu ditutup kerana terpaksa menghidu bau busuk . Selain wujudnya pelbagai masalah lain termasuk pemandangan yang tidak menyenangkan, pencemaran sungai dan menjadi tempat pembiakan lalat. Ini disuarakan Ketua Kampung Sungai Abong.
PENUTUP: Tapak Pelupusan sampah baharu diharap akan menyelesaikan isu tapak pelupusan sampah dan akan memberikan keselesaan kepada penduduk di Muar, khususnya penduduk di DUN Bakri, Johor. Fokus Politik dan Pembangunan, Azizah Yaccob untuk Berita Radio, RTM.((PBR))Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-17602020266385769842012-05-18T16:40:00.000+08:002012-09-25T00:46:06.176+08:00PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (JUN, 2012)
1) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan lokasi sumber air bagi projek petrokimia di Tanjung Bin, Pengerang dan Pasir Gudang-Tanjung Langsat. Senarikan jumlah penggunaan air setiap tahun untuk:
a) pengguna industri di kawasan tersebut.
b) Pengguna industri dan domestik bagi Daerah Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pontian untuk setahun. (11/06/2012)
2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab terdapatnya tiga plan loji penapisan Petrokimia di Johor Selatan sedangkan projek di Tanjung Bin dan tanjung Langsat masih belum mencapai tahap dunia. Mengapakah tidak difokus kepada satu kawasan sehingga mencapai tahap maksima memandang industri petrokimia medatangkan impak tinggi kepada alam sekitar.(11/06/2012)
3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah status rancangan pemulihan dan pengekalan hutan simpanan paya bakau di kawasan Sungai Pulai dan Sungai Lebam disebabkan oleh amcaman projek petrokimia. Berapakah jumlah peruntukan keseluruhan yang disediakan untuk memulihara kawasan hutan bakau tersebut? (12/06/2012)
4) Y.B. Er teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN & INDUSTRI ASAS TANI menyatakan angka dengan pecahan tahunan dari 2000-2012 di Daerah Kota Tinggi, Pontian dan Johor Bahru untuk:
a) Jumlah dan nilai Perikanan marin dan Akuakultur.
b) Jumlah dan nilai tanaman lain.
c) bilangan nelayan dan pekerja industri tani. (12/06/2012)
5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilangan dan nilai projek-projek kerajaan persekutuan terbengkalai mengikut negeri-negeri dari tahun 2007-2012.
a) Adakah Kementerian menyenarai hitam syarikat atau termasuk individu di syarikat tersebut?
b) Senaraikan projek Kerajaan Persekutuan bagi Daerah Muar dari 2007-2012 dan nilai projek. (13/06/2012)
c) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan warganegera Malaysia graduan Universiti dari Negara China yang memohon perkerjaan di sektor perkhidmatan awam dan berapakah jumlah kelulusan pemohonan tersebut dari tahun 2009-2012. (13/06/2012)
6) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang berjaya serta yang gagal mencapai sasaran projek bagi menampung import makanan daripada negara luar.Apakah projek TKPM ini dapat mengurangkan Import hasil makanan daripada negara pengimport ke negara ini. (14/06/2012)
7) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat yang telah melepaskan kewarganegaraan mereka mengikut pecahan tahun dari 2002 hingga 2012 dan negara. Apakah tindakan Kementerian bagi mengurangkan perkara ini. Berapakah jumlah yang memohon kewarganegaraan mengikut tahun dan negara asal. Mengapakah kelulusan diberikan? (14/06/2012)
8) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara sehingga 30 Mac 2012 mengikut negara yang memberi pinjaman dan purata pembayaran semula setiap tahun.Adakah pembayaran semula ini menggunakan tunai atau menggunakan tukaran eksport barangan sebagai cara pembayaran. (15/06/2012)
9) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota Polis yang bertugas, logistik, jenis gas pemedih mata dan perbelanjaan yang digunakan semasa Himpunan Aman 28 April 2012. Apakah status siasatan berhubung letupan bom semasa Himpunan Aman 7 September 2011. (18/06/2012)
10) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan semenjak Kemerdekaan sehingga kini berapakah syarikat atau individu yang layak dikenakan cukai tetapi dilepaskan oleh Kementerian. Apakah syarat-syarat sehingga perlepasan ini diberikan. (18/06/2012)
Soalan Bertulis:
1) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyenaraikan jumlah pelajar yang ditanggung oleh Kerajaan di setiap negara, bidang pengajian dan purata perbelanjaan bagi setiap pelajar. Berapakah jumlah pelajar yang enggan balik mengikut bidang pengajian dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap mereka.
2) Y.B. Er Teck Hwa minta PERDANA MENTERI menyenaraikan lokasi-lokasi aktiviti program 1 Malaysia dan jumlah perbelanjaan yang diguna berkaitan aktiviti tersebut sehingga kini. Adakah perbelanjaan ini ditanggung oleh Kerajaan atau pihak swasta.
3) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PENDIDIKAN menyenaraikan sekolah-sekolah yang siap dibina dan tidak siap dibina mengikut tahun dari 2002-2012, jenis sekolah, lokasi dan jumlah enrolmen pelajar. Mengapakah Kementerian tidak memberikan kelulusan kepada Sekolah Tinggi Kuantan dan Sekolah Chong Hwa Seagamat.
4) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyenaraikan program pembangunan belia yang dirancang dan telah dilaksanakan dalam Daerah Muar dari tahun 2008 hingga penghujung tahun 2012? Adakah program tersebut mencapai objektif perlaksanaan dan jumlah perbelanjaan yang terlibat?
5) Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah peluang pekerjaan mengikut industri yang ada di Daerah Muar serta jumlah warga kerja tempatan dan asing mengikut industri sedia ada di daerah Muar. Apakah perancangan kementerian bagi meminimumkan penghijrahan belia Muar ke bandar-bandar lain ekoran dari kekurangan peluang pekerjaan.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-78489763382051800932012-04-18T18:04:00.004+08:002012-04-18T18:10:01.385+08:00Press Statement: 75% Pengerang Residents reject RAPID ProjectWith regard to The RAPID project which will be started very soon, a petition cited under Standing Order Section 19 had been established to demand The Parliament to set up a poll for Pengerang residents in order for them to decide their own homeland’s future.
The campaign started on 31th March 2012 and ended on 8th April 2012. Within this period, a survey had been carried out simultaneously as a future step to understand what the local opinion towards the said project is.
The survey covered from Tanjung Pengilih to Sungai Musuh. According to the division of administrative area, 8 localities were affected by the project under Tanjung Surat State Seat. Due to insufficient human resources, one of the localities is located at the north bank of Sungai Lebam and was not covered by the survey team.
According to the 2008 Electoral Roll, Tanjung Surat has 16498 voters. The total voters under the above mentioned Electoral Roll 7 localities, is 8515. By assuming that there are 15% (14.85%) of unregistered voters and underaged residents, an estimated amount of affected residents is around 10,000 people, or approximately 2/3 of the total residents. 338 survey forms had been received. With the estimation of 3-5% error rate, hereby is the analysis report of the said survey.
Explanation
338 persons had been involved in the survey. The racial composition of this total number of persons is 164 Malay (48.52%), 167 Chinese (49.41%) and 7 (2.07%) of the rest are from other races.
The Age distribution is as follows : 16 person under 21 y.o (4.73%), 120 person within 21 to 39 y.o.(35.50%), 67 person within 40 to 49 y.o.(19.82%), 63 person within 50 to 59 y.o. (18.64%), 72 person above 60 y.o. (21.30%).
There are 5 questions in the survey form and 4 of them are objective type questions.
First question asked whether the respondent realised a petrochemical project will be carried out in this area. 97.34% of respondents said they know about the project.
Second questionaskedif the respondent realise that the said project will bring destruction to the environment. 90.53% of them said YES and 0.3% said they have no comment.
Third question asked if the project will ruin the traditional country side livelihood, especially its effect on the fishermen. 92.01% said YES and 0.89% had no comment.
Fourth question asked the respondents to list out the benefits that will be brought about by the project for the residents. 73.96% of the respondents did not answer this question. 15.38% said the project will bring in jobs for local and 10.65% said they were observing the progress.
The fifth question asked if the respondents agreed that the project was a necessity. 75.15% of them did not agree. 23.37% said they agreed to the development and the rest of 1.48% said they had no comment.
Analysis
The above statistics obviously shows that most of the Pengerang residents have negative views towards the project. In the fifth question, up to 75.15% of the respondents do not agree that it is a necessity to have the project located in Pengerang.
Although most of the respondents realized the impact of petrochemical industry towards the environment and traditional country life (question 2),
there are less than 1% of respondents mentioned the environmental issues in > question 4. Hence, the statistics reveals that local residents are more concerned with the economic interests that can be brought in or perhaps lack of knowledge of environmental pollution that may caused by the petrochemical industry.
While respondents were asked to list out the benefits (question 5), among them 73.15% of them left the space blank. 80% of them did not agree that it was a necessity to develop such a kind of project in Pengerang. 20% of others agreed.
Nevertheless, most of the respondents were not able to list out the reasons why they agreed or did not agree with the project.
The main reason may be caused by a lack of related information, especially while Federal Government announces the project of the Dialog-Vopak Deep Sea Terminal, most of the residents were not informed. Besides that, when UPEN Johor launched a seminar for the RAPID project early this year, attendants were not allowed to question. Information-blocking caused by the authorities had obstructed the option for the residents to raise their voice for their opinion.
It is something important to note that, under question 5, there are 33 fishermen who responded to the survey and 90.91% of them did not agree and 9.09% agreed.
Fishing activities will be the first to be affected in this project. These fishermen have been living here for more than 4 generations. Although the Fishing Department suggests those who will be affected by the project to move to the eastern side of Pengerang.
In fact, currently their catches has dropped within 50 to 70%. Fishermen who are considered as “outsider” to the local fishermen will increase the competitiveness and eventually cause the conflict between new comers and local fishermen.
Other than that, the Fishing Department and Fisherman Association since then have not yet offered an issue statement for the fishermen. This has caused discontent to the affected fishermen and eventually cause an incident whereby 578 fishermen filed a suit seeking compensation for land reclamation project connected with the project.
Conclusion
It is a necessity for the Federal Government and Johor State Government to face squarely to the opinion of Pengerang Residents. This survey which was conducted simultaneously during the petition campaign can be made as a good reference. In order to be prudent, the authorities should conduct a in-deep survey through an agency with good credibility. Besides that, the public should be allowed to question the authorities for clarification concerning their doubts.
MP Bakri
Er Teck Hwa
17.04.2012
Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-2616051538010377382012-04-10T14:51:00.001+08:002012-04-10T14:51:35.397+08:00Kenyataan Rasmi: Rayuan daripada Penduduk-penduduk Pengerang telah diserahkan kepada Pejabat Yang-Dipertua Dewan Rakyat
Berdasarkan kepada projek pembangunan hab industri minyak dan gas yang akan di bina di Pengerang, Johor, saya telah memetik Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu kempen Tandatangan di kawasan tersebut pada 31 Mac 2012 hingga 8 April 2012. Saya amat berharap agar Parlimen dapat memberikan penduduk kawasan tersebut menentukan masa depan mereka dengan cara undian dan saya juga berharap supaya segala kesulitan ini boleh diatasi.
Dalam kempen Tandatangan ini, sebanyak 87 kali sukarelawan-sukarelawan ini berulang-alik. Kempen ini turut mendapat kerjasama daripada segenap akar umbi parti-parti politik sama ada Pemerintah dan juga Pembangkang. Walaupun terdapat sedikit usaha Barisan Nasional/UMNO untuk melakukan pelbagai cara bagi menghalang kempen ini, sehinggakan ada antara sukarelawan ditahan dan disoalsiasat identiti oleh pihak Polis namun, sebanyak 3612 tandatangan berjaya dipungut bersamaan dengan 36% daripada penduduk kawasan yang terlibat. Ini telah melepasi sasaran yang ditetapkan sebelum kempen ini bermula iaitu 1/3 daripada penduduk kawasan yang terlibat.
Dalam sistem demokrasi, sekiranya 1/3 daripada penduduk di satu komuntiti mengemukakan rayuan agar satu usul dapat dibahaskan di Dewan, ia tidak harus dibiarkan begitu sahaja atau ditolak. Maka, saya amatlah berharap agar rayuan ini dapat dipertimbangkan sewajarnya oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat. Selepas 48 jam usul ini dihantar ke Pejabat Yang DiPertua Dewan Rakyat, adalah diharapkan agar usul yang mengandungi kebimbangan penduduk Pengerang ini dapat dimasukkan sebagai satu usul di dalam Aturan Mesyuarat Dewan, sebagai satu contoh terbaik kongres demokrasi.
Ahli Parlimen BakriEr Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-23387227214468118972012-04-05T01:02:00.001+08:002012-04-05T01:02:55.302+08:00Kenyataan: rancangan pemindahan nelayan yang tergesa-gesa di Pengerang
jeti Tanjung Musuh, Pengerang
Dalam ucapan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Chua Tee Yong semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat bertarikh 04 April 2012, beliau telah menyatakan bahawa seramai 645 orang nelayan akan dipindahkan ke Kampung Tanjung Musuh . Selain daripada itu, sebuah bangunan perikanan dan jeti bernilai RM 800 juta akan turut dibina. Di bawah ini adalah merupakan respons saya berhubung dengan jawapan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tersebut.
Sehingga ini, terdapat lebih kurang 80 orang nelayan menghuni kampung tersebut. Ini bermakna sekiranya pelan pemindahan ini dilaksanakan, kampung ini terpaksa menerima seramai 645 orang nelayan dan 400 bot lagi. Ini akan menyebabkan jeti sedia ada berpotensi mengalami kesesakan dan persaingan untuk meraih hasil akan menjadi lebih sengit. Menurut pemahaman saya, nelayan-nelayan sedia ada di kampung tersebut telah pun menghuni dan mencari rezeki di perairan berhampiran selama tiga generasi. Menurut maklum balas yang diterima, dari tahun 2010 sehingga kini, pendapatan mereka semakin berkurangan di mana dahulu mereka berupaya meraih pendapatan sehingga RM 3000 sebulan tetapi kini menjadi semakin kurang iaitu sekitar RM 800 - RM 1000 sahaja. Nelayan-nelayan sedia ada di kampung tersebut merasa amat kecewa dan tidak berpuas hati dengan perancangan pemindahan ini. Mereka bukan sahaja terpaksa menghadapi saingan dengan 400 bot yang bakal berpindah malah mereka terpaksa bersedia untuk menerima hakikat bahawa sumber rezeki mereka akan semakin mengecil sebaik proses pemindahan ini dilakukan.
Nelayan-nelayan yang sedia ada di Kampung Tanjung Musuh ini adalah merupakan nelayan yang menggunakan bot bersaiz sederhana dan kecil sahaja. Bagi bot bersaiz sederhana, jarak zon perikanan hanyalah sekitar lingkungan 60 km sahaja, iaitu sehingga ke Tanjung Sedili manakala bagi bot bersaiz kecil pula, jarak zon perikanan mereka sekitar 3 batu nautika. Nelayan-nelayan ini bukanlah nelayan laut dalam yang mampu untuk ke laut lepas mencari hasil tangkapan yang lebih banyak.
Semenjak dua tahun kebelakangan ini, terdapat kapal-kapal yang tidak dikenali telah datang ke kawasan sekitar zon perikanan berhampiran kampung tersebut untuk membuang tanah-tanah kotor. Tindakan kapal-kapal ini telah menyebabkan kerosakan karang laut hingga mengakibatkan jaring-jaring nelayan ini menjadi rosak akibat daripada kerja-kerja membuang tanah ini. Tindakan ini juga telah mengakibatkan nelayan-nelayan terlibat mengalami kemerosotan hasil perikanan yang drastik.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menjawap soalan yang saya bangkitkan di Dewan Rakyat sejujurnya. Jawapan bahawa Kementerian dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) untuk memastikan pemindahan berjalan lancar dan Pejabat Perikanan Daerah Kota Tinggi bersama-sama Persatuan Nelayan Pengerang akan memastikan kehidupan nelayan-nelayan ini tidak terjejas adalah satu jawapan yang lemah.
Perkara yang patut menjadi keutamaan Kementerian adalah memberikan statistik-statistik dan juga langkah-langkah penyelesaian yang lengkap agar rakyat dapat diberikan penjelasan kukuh berhubung kesesuaian proses pemindahan ini. Bukannya membiarkan rakyat terkapai-kapai dengan persoalan yang membelenggu pemikiran mereka dan keluarga mereka dan memberikan satu jawapan yang tidak konkrit. Timbalan Menteri hanya memberikan satu lagi jawapan yang tipikal, mengutarakan janji-janji yang tidak affirmatif dan konstruktif sebagai jalan penyelesaian buat rakyat Pengerang. Inikah contoh terbaik Timbalan Menteri sebuah Kerajaan yang mendahulukan rakyat?
Ahli parlimen Bakri
Er Teck Hwa
04.04.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-89633542856605246982012-03-29T16:27:00.000+08:002012-03-29T16:27:35.928+08:00Mengapa Saya Bangkitkan Isu Israel?
Saya telah menerima banyak komen-komen di dalam ruangan mesej Facebook saya dan juga melalui email yang menyatakan saya sekadar cuma bermain politik dan memperbesarkan isu mengenai perdagangan dengan Israel ini. Ketidakfahaman masyarakat Cina terhadap isu ini mungkin tidak akan tiada jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat namun, ini merupakan batu loncatan kepada semua Wakil-Wakil Rakyat untuk tidak lagi menyuarakan isu-isu yang hanya bersangkutan dengan warna kulit, bahasa, dan juga agama masing-masing.
Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kita sering mendengar laungan perjuangan hak samarata, keadilan dan kesaksamaan dan bermacam lagi pekikan slogan, tetapi hakikatnya kita masih lagi bermain di dalam lingkungan atau “inner circle” kita sendiri semata-mata. Inilah masa yang terbaik untuk kita semua buktikan sebagai seorang Wakil Rakyat, kita bukanlah mewakili sesuatu kumpulan semata-mata sebaliknya kita mewakili semua lapisan masyarakat termasuk juga minoriti yang tidak mengundi kita.
Ataupun kita hanya sekadar melihat saja mancis tanpa ada usaha untuk menyalakan lilin walaupun kita sebenarnya berada di dalam kegelapan?
Isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel boleh sahaja dibangkitkan oleh Wakil Rakyat Islam dari PAS dan PKR kerana mungkin pada pandangan sekelompok masyarakat, isu mengenai Israel ini hanya menyentuh nurani mereka yang beragama Islam sahaja. Namun, saya melihat jauh ke hadapan.
Saya mengambil tindakan yang mungkin sedikit menjolok mata rakan-rakan sebangsa saya, malahan, saya akan berhadapan dengan serangan-serangan pihak-pihak hipokrit yang selama ini mempergunakan isu Israel-Palestin ini sebagai kepentingan politik domestik mereka semata-mata dan saya yakin mengenai perkara ini serta jauh lebih buruk, saya boleh dikenakan tindakan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Tetapi mengapa saya tetap bangkit dan bertegas menyuarakan perkara ini? Saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi maka sudah pastilah saya perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan keazaman yang tinggi walaupun menghadapi pelbagai halangan dan cabaran.
Saya sering mengungkapkan bahawa isu berkaitan Israel –Palestin berkait rapat dengan rasa kemanusiaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sering diajar di dalam kempen-kempen untuk menunjukkan rasa kasih sayang terhadap sesama manusia. Malahan, sebagai manusia sejati, kita turut menzahirkan perasaan kasih sayang bukan sahaja sesama manusia tetapi kepada semua makhluk ciptaan Tuhan.
Apabila saya melihat kekejaman demi kekejaman, kezaliman demi kezaliman yang sentiasa dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin, ia sememangnya menyentuh naluri kemanusiaan saya. Tiada seorang manusia sejati pun yang dapat menafikan betapa sedihnya kita melihat gambar-gambar anak kecil yang menemui ajal ekoran hujan peluru tentera Israel. Ribuan lagi yang telah kehilangan anggota badan dan menjadi cacat seumur hidup mereka.
Tidakkah kita merasa belas kasihan? Bagaimana mungkin saya mendiamkan diri apabila saya menerima beberapa dokumen-dokumen Kerajaan yang menunjukkan wujudnya hubungan perdagangan di antara negara kita dengan Israel. Kepastian perlu dicari agar kita tidak menjadi antara negara yang membantu Israel dalam menyediakan dana persenjataan mereka.
Selain itu, saya melihat dengan wujudnya laporan Kesatuan Eropah yang menyatakan Malaysia berada di tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama Israel dan juga beberapa laman web yang jelas memaparkan nama Malaysia sebagai antara pengeksport utama bekalan minyak sawit Israel ini dari aspek keselamatan negara.
Dengan pendedahan kesemua dokumen ini tanpa ada bantahan atau tindakan rasmi daripada pihak berwajib negara kita terhadap laporan dan laman web tersebut, ia berpotensi mendedahkan negara kita kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai perasaan kemarahan yang meluap dan dendam berterusan dengan negara Israel ini. Adakah kita mahu beberapa peristiwa seperti kejadian di Bali berlaku di dalam negara kita? Sudah tentu tidak.
Maka, Adakah kita mahu beberapa peristiwa seperti kejadian di Bali berlaku di dalam negara kita? Sudah tentu tidak. Maka, kewujudan laporan ini memerlukan penjelasan daripada Kerajaan dan Dewan Rakyat merupakan tempat yang paling sesuai untuk menuntut penjelasan dan tindakan segera daripada pihak Kerajaan.
Saya juga melihat isu mengenai Israel ini seringkali digunakan oleh UMNO/BN sebagai satu alat untuk memanjangkan hayat politik mereka dengan memainkan sentimen sesetengah kelompok masyarakat. Isu Israel ini sebenarnya telah lama menjadi mainan mereka. Ia dijadikan sebagai satu bahan untuk memesongkan perhatian masyarakat terhadap sesuatu isu yang boleh memberikan liabiliti kepada mereka. Dan kali ini, isu Israel kembali menggegar dunia politik Malaysia khasnya penganut Islam tatkala, isu NFC sedang mengancam kedudukan UMNO.
Hanya kerana satu temubual Ketua Pembangkang, UMNO terus menjaja cerita, mencipta prejudis rakyat terhadap satu sama lain sedangkan hakikatnya yang tidak dinafikan oleh Menteri bahawa sememangnya Jemaah Menteri pernah memberikan kelulusan perdagangan dengan Israel pada tahun 1996 turut menjadikan UMNO/BN itu tidak ubah seperti pemain wayang dongeng yang sentiasa mencipta sensasi dan menyembunyikan pekung sendiri.
Saya telahpun mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat untuk menuntut Kerajaan menyatakan pendirian sama ada menarik balik semua kebenaran Jemaah Menteri tahun 1996 atau membiarkannya sahaja dan tidak lagi menuding jari kepada Pakatan Rakyat sebagai ejen Zionis hanya untuk menimbulkan prejudis rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini seolah-olah “Paksi Keganasan”. Perkara ini perlu dihentikan segera kerana banyak lagi isu-isu negara yang sedang membelit negara ini dan ia adalah tumpuan utama kedua-dua belah pihak.
Dari satu sisi Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008 melarang perdagangan dengan Israel manakala dari sisi yang lain, Jemaah Kabinet telah membenarkannya. Mengapa wujud dua keadaan yang bertentangan. Bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan? Apakah kita sendiri tidak menghormati rang undang-undang yang kita gubal? Maka, jalan terbaik adalah Kerajaan Pemerintah UMNO/BN harus menunjukkan wajah sebenar mereka dalam isu ini.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
29.03.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-78559937792801214642012-03-28T12:53:00.002+08:002012-03-28T13:27:55.542+08:00kenyataan Rasmi: Pengumuman Kepada Penduduk Pengerang mengenai pelancaran kempen petisyenSaya memetik Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu rayuan berhubung pembangunan projek RAPID Pengerang,untuk mendapatkan pandangan sebenar kebanyakkan penduduk tempatan sama ada bersetuju atau tidak dengan pembinaan projek ini dan saya membawa usul berhubung perkara ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
Merujuk kepada Bahagian Perundangan Parlimen dan didapati bahawa sepanjang tempoh 10 tahun ini, usul dibawah Perkara 19 tidak pernah dibentangkan dalam Dewan rakyat.
Usul ini akan mengandungi tandatangan penduduk tempatan dan objektif saya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1/3 daripada penduduk tempatan menandatangani rayuan ini.
Saya telah mengeluarkan satu pengumuman secara rasmi di kawasan Pengerang dan berharap penduduk-penduduk yang terlibat boleh memberikan sokongan terhadap kempen tandatangan ini, supaya satu referendum dapat diadakan supaya penduduk-penduduk dapat memberikan pandangan terhadap masa depan kampungnya sendiri.
kempen petisyen telah bermula sekarang dan tamat pada malam 8hb April. Tandatangan yang terkumpul akan dikemukakan bersama-sama dengan usul ke Pejabat Tuan-Yang Dipertua Dewan Rakyat pada pukul 10 pagi 9hb April.
Sekiranya kebenaran diberikan oleh Yang Dipertua, usul ini akan dimasukkan di dalam urusan mesuarat dan dibahas oleh ahli-ahli Dewan Rakyat supaya membuat keputusan untuk mengadakan satu undi di Kawasan Pengerang terhadap pembangunan projek ini.
Penandatangan rayuan tersebut memohon agar Dewan Rakyat menubuhkan satu referendum kepada penduduk-penduduk asal kawasan-kawasan dalam lingkungan 3KM daripada Kawasan Projek RAPID untuk memperolehi pandangan keseluruhan.
1. Sekiranya 50% dari jumlah penduduk bantah projek tersebut, ia seharusnya diberhentikan.
2. Sekiranya 50% dari jumlah penduduk menerima pembangunan tersebut:
a. Menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menerima kajian semula daripada rakyat dan pakar-pakar alam sekitar mengenai DEIA.
b. Jumlah pampasan yang diberikan seharusnya mencerminkan kerugian sebenar yang dialami penduduk termasuk kehilangan punca rezeki dan sebagainya.
c. Segala urusan pemindahan tapak perkuburan perlulah dilakukan dengan sempurna oleh pihak Kerajaan.
Tiada kegiatan pungutan wang akan terlibat dalam kempen tandatangan tersebut. Sekiranya orang awam ingin memberi sokongan dari segi kewangan, mereka boleh berhubung dengan kordinator kempen.
Satu Facebook Fan Page telah ditubuhkan untuk kempen tandatangan ini:
https://www.facebook.com/KampungKuSuaraKu
Seluruh maklumat dan pengumuman akan dipamerkan di fan page tersebut dan penduduk-penduduk temapatan juga boleh bertanya soalan disini.
Disamping itu, kami memerlukan sukarelawan untuk menjalankan kerja-kerja dalam kempen ini. Sila menghubungi senarai dibawah
untuk maklumat lanjut.
Saya menyeru seluruh penduduk-penduduk pengerang mengambil bahagian dalam kempen tandatangan ini supaya perkara ini boleh diselesaikan dengan menggunakan saluran perundangan untuk memutuskan masa hadapan pengerang.
Jika anda ingin menandatangani petisyen ini, sila hubungi:
Kodinator Kempen: Macrus Sew(019-7570705)
Penyelaras di Kawasan Pengerang:
Cik Goh(013-7090881)
Encik Wong(017-7662048)
Cik COCO(013-78943690)
Encick YAHYA(017-7269408)
Encick TAUFIK(019-9896483)
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
28.03.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-50847371021179486602012-03-22T18:43:00.000+08:002012-03-22T20:12:39.115+08:00Kenyataan: petisyen dilancarkan di Pengarang di bawah P.M. 19Sejak tahun lepas, penduduk-penduduk tempatan Pengerang sudah pun menghantar tidak kurang daripada 4 memorandum kepada pihak tertentu termasuk kepada Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Persekutuan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan Projek Terminal Petroleum Laut Dalam atau RAPID (Refinery And Petrochemical Integrated Development) di Penggerang, Johor namun tiada apa-apa tindakan yang dilaksanakan. Ribuan tandatangan telah diperolehi oleh persatuan-persatuan penduduk tempatan, namun ia tidak dilayan.
Maka, saya memetik Perkara 19, Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk mengadakan satu rayuan berhubung perkara tersebut di atas, untuk mendapatkan pandangan sebenar kebanyakkan penduduk tempatan sama ada bersetuju atau tidak dengan pembinaan projek ini dan saya membawa usul berhubung perkara ini ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
Saya telah mengemukakan pertanyaan kepada Bahagian Perundangan Parlimen dan mendapati bahawa sepanjang tempoh 10 tahun ini, usul dibawah Perkara 19 tidak pernah dibentangkan dalam Dewan rakyat. Usul ini akan mengandungi tandatangan penduduk tempatan dan objektif saya adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1/3 daripada penduduk tempatan menandatangani rayuan ini. Malahan, Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional mewar-warkan slogan Rakyat Didahulukan, jadi saya memohon agar usul ini dapat dibahaskan di dalam Dewan Rakyat sesuai dengan konsep “Rakyat Didahulukan” tersebut.
Ahli Parlimen Penggerang, YB Azalina Othman Said telah menyatakan bahawa semasa perhimpunan penduduk membantah projek berkenaan, banyak kereta-kereta bernombor pendaftaran Singapura kelihatan di tapak perhimpunan dan beliau mengesyaki bahawa perhimpunan itu telah disertai oleh rakyat negara asing.
Dalam Perbahasan Titah Di Raja, saya telah membangkitkan bahawa saya mempunyai gambar-gambar mengenai peserta semasa perhimpunan tersebut. Tuduhan rambang YB Azalina sebenarnya telah membangkitkan kemarahan penduduk kerana hakikatnya ramai penduduk-penduduk yang terpaksa mencari rezeki, bekerja di Singapura ekoran daripada kekurangan peluang pekerjaan di Penggerang untuk penduduk yang berpendidikan tinggi, kadar pertukaran matawang Singapura yang lebih tinggi dan ramai di kalangan penduduk Penggerang memilik kenderaan berpendaftaran Singapura.
Sekiranya YB Azalina berhasrat untuk turun padang meninjau perkara ini, saya bersedia bersama-sama beliau untuk melihat sejauh mana kebenaran tuduhan beliau itu. Tambahan pula, penganjur Perhimpunan ini adalah kebanyakkan terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan MCA. Sekiranya dia menuduh peserta perhimpunan adalah rakyat Negara lain maka, adakah YB Azalina cuba untuk menuding jari terhadap saudara-saudaranya di dalam Barisan Nasional yang membawa masuk rakyat-rakyat Negara lain itu?
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
22hb Mac 2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-21020642082961633502012-03-21T13:15:00.000+08:002012-03-21T13:16:00.114+08:00Foreigners joined Pengerang protest, claims AzalinaMalaysiaKini 8:07PM Mar 20, 2012
S Pathmawathy
Pengerang BN member of parliament Azalina Othman lambasted outsiders, whom she said made much out nothing at a protest against a planned oil refinery in her constituency.
"I read an Internet portal’s news report that there was a protest in Pengerang.
"I found it weird, when I went down there I didn’t see any protest (by locals)," said the former tourism minister today.
Azalina (left) said when debating the royal address in the Dewan Rakyat that based on her observations, she detected cars used by demonstrators that bore foreign registration plates.
"The demonstration we saw, the cars were from a foreign country.
"I don’t want to say it, but we know they are from a neighbouring country," said Azalina.
She downplayed the protest, saying that "only 200 attended" and it was not reflective of the views of people in the constituency, which has more than 33,000 voters.
The demonstrators on Sunday had protested against national oil company Petronas’ plans to set up a gas refinery in Pengerang.
The protesters were concerned that the RM20 billion Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) would pollute the environment, and particularly affect sea fishing activities.
"I take this opportunity to stress that the BN government is not a cruel government... the state government has given assurance that their income will be protected when they are moved to a new area," said Azalina.
She also took Johor PKR chief Chua Jui Meng to task for claiming that the project was a "radioactive factory".
"He said this is a 'radioactive factory'... isn't this slander? I am very sad. Even if you want to oppose, you can just do so. No need to slander," she said, adding that she could always debate with Chua on the issue.
Pengerang residents in seven villages are also worried that the first phase Rapid project, involving 9,500 acres, might see some of them being evicted.
The second phase is even bigger, covering 22,500 acres.
A spokesperson for the protesters, Kasran Abdullah, said the local people were not opposed to development, but they don't want to be relocated.
"A four- to five-acre oil palm plantation can bring about RM1,000 to RM2,000 monthly. If we move out, how are we supposed to feed ourselves?" the former school headmaster said.
Kasran said 35 percent of the local population were fishermen who were expecting to face water pollution probelms as a result of the refinery.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-8455168028723970742012-03-15T14:31:00.003+08:002012-03-15T14:31:51.922+08:00Kenyataan : Usul EDL ditolak dengan alasan yang tidak munasabahUsul saya mengenai kadar tol yang dikenakan kepada pengguna lebuhraya EDL telah ditolak dengan alasan dimana rundingan di antara Kerajaan dan konsasi tengah dijalankan.
pembayaran tol EDL merupakan kebimbangan rakyat yang mendesak. Projek ini bermula pada 25 Februari 2008 dan akan mula dibuka pada akhir bulan ini. Selama 4 tahun projek ini dibina dan pihak kerajaan telah memberikan kontrak kepada konsesi MRCB Lingkaran Selatan Sdn. Bhd bernilai RM 900 juta dengan tempoh konsesi selama 34 tahun serta kebenaran untuk menaikkan kadar tol setiap 3 tahun. Adalah sesuatu yang tidak positif apabila pihak Kerajaan dan pemaju Konsesi masih lagi dalam proses perbincangan bagi kadar tol walhal lebuhraya ini akan dibuka beberapa minggu saja lagi. Ini menunjukkan kelemahan ketara pihak Kerajaan dalam berhadapan dengan syarikat konglomerat atau ada agenda tersembunyi?
Sekiranya Kerajaan boleh menetapkan tempoh konsesi selama 34 tahun sambil membenarkan kenaikan kadar tol setiap 3 tahun, mengapa sehingga kini kedua-dua pihak belum dapat menentukan kadar tol untuk lebuhraya tersebut? Adakah rundingan ini merupakan udang di sebalik batu dan perjanjian sebenarnya pun sudah diselesai? Adakah kerajaan tangguhkan pengumuman kadar tol kerana PRU-13 semakin dekat?
Sekiranya Kabinet tidak dapat membuat keputusan sehingga hari ini, kebimbangan rakyat tidak akan selesai. Sebagai seorang wakil rakyat yang dilantik, saya tidak dibenarkan untuk mengemukakan pertanyaan yang menjadi kebimbangan rakyat di Dewan Rakyat, apa yang boleh diharapkan lagi dengan sistem pentadbiran kita? Adakah rakyat sendiri perlu pergi ke Kementerian terbabit untuk mendapatkan penjelasan, menyuarakan kebimbangan dan mendapatkan keadilan buat diri mereka sendiri?
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
15.03.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-3445172321984835392012-03-09T14:17:00.000+08:002012-03-09T14:17:41.201+08:00Kenyataan Rasmi: Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparanLoji nadir bumi Lynas di Gebeng telah menimbulkan keresahan penduduk setelah pendedahan dibuat tentang risiko yang boleh ditanggung seandainya sisa-sisa radioaktif dari loji tersebut tidak diuruskan dengan baik. Ribuan rakyat berbilang kaum telah berhimpun di Kuantan 26 Februari lalu membantah operasi syarikat terbabit. Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja telah berlaku di Kuantan malahan di beberapa bandar utama di Malaysia menyaksikan rakyat bangkit memberikan isyarat jelas buat Pemerintah, rakyat tidak mahu negara ini menjadi tong sampah radioaktif.
Ada yang memberikan hujah bahawa Loji Lynas ini akan memberikan pulangan baik kepada pendapatan negara. Saya sebenarnya tidak ingin menyangkal hujah ini namun, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja tambahan lagi, pengecualian cukai diberikan hingga 12 tahun. Kita sangat baik apabila memberikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif pengecualian cukai begini walaupun industri ini dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Apakah pihak Pemerintah tidak menyedari akan tindakan mereka memberikan pengecualian cukai ini ibarat “Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua. Kita telah lihat bencana radioaktif yang berlaku di Bukit Merah dulu. 8 kes leukimia dan 7 kes kematian telah berlaku. Walaupun telah ditutup pada tahun 1992, namun kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan hingga hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Apakah kita tidak mempelajari daripada kesilapan kita dahulu?
Kilang-kilang yang terletak di dalam lingkungan 5KM dari Loji nadir bumi Lynas
Di sekeliling loji Lynas ini terdapat banyak kilang-kilang yang telah dibina lama dahulu. Kilang-kilang seperti BASF Petronas Chemical, BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, W.R Grace Speciality Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, Kaneka Innovative Fibers Sdn. Bhd, Cargill Palm Products (Kuantan) dan banyak lagi. Pelbagai produk-produk pengguna dihasilkan oleh kilang-kilang ini, daripada lampin pakai buang untuk bayi, tuala wanita, minuman jus, air mineral, lampu, produk rambut,nutrisi haiwan dan macam-macam lagi. Apakah alasan Kerajaan Pemerintah untuk membenarkan pembinaan loji berbahaya ini berdekatan dengan industri-industri begini? Apakah pihak Kerajaan Pemerintah tidak memikirkan mengenai nasib ribuan pekerja-pekerja industri yang mencari rezeki untuk menyara keluarga di Pusat Perindustrian Gebeng ini? Bagaimana pula dengan nasib 309 nelayan laut dalam di sekitar Kuantan? Sektor perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Sekiranya terjadi kebocoran sisa atau kemalangan radioaktif bukankah ini turut memberikan kesan kepada industri perikanan?
Manakala, di pihak kilang-kilang lain, adakah anda tidak berani untuk menyuarakan kebimbangan pekerja-pekerja anda terhadap loji penapisan nadir bumi ini? Sekiranya berlaku kebocoran atau kemalangan radioaktif, tidakkah anda sedar ia akan menjejaskan kesihatan pekerja-pekerja anda dan juga produk-produk yang anda hasilkan? Apakah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri bersedia untuk memindahalihkan kesemua kilang-kilang di sekeliling loji ini sebagai menuruti syarat minimum seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia?
Bandar-bandar yang terletak di dalam lingkungan 40KM dari Loji nadir bumi Lynas
Sedangkan dalam industri pemprosesan Cyanide, jarak selamat diantara loji pemprosesan dengan kawasan penempatan penduduk adalah sekitar 10 km seperti yang dinyatakan oleh International Cyanide Management Institute (ICMI). Namun, loji pemprosesan Nadir Bumi Gebeng ini hanya berjarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Apakah kita boleh menutup sebelah mata terhadap nasib penduduk Balok dengan membenarkan pembinaan loji pemprosesan Nadir Bumi yang mengandungi pelbagai logam berat ini berdekatan dengan penempatan mereka? Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima, dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Bersediakah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Bagaimana dengan pelan evakuasi dan kontigensi melibatkan hampir 1 juta penduduk ini?
Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan ingin memastikan keselamatan rakyat sewaktu mengumumkan keputusan untuk mengarahkan Lynas mengalihkan tempat pengumpulan sisa ini ke lokasi yang lebih jauh dari penempatan. Namun, ini tidak menjelaskan penyelesaian sebenar kerana Loji Nadir Bumi LYNAS ini tidak seharusnya dibenarkan wujud di bumi Malaysia ini sekiranya Kerajaan Pemerintah dan Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam memastikan keselamatan dan nyawa rakyat.
Ahli Parlimen Bakri
Er Teck Hwa
09.03.2012Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-51580807819955601152012-02-20T19:06:00.000+08:002012-02-20T19:06:51.494+08:00PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KELIMA, PARLIMEN KEDUABELAS (MAC, 2012)1)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan kriteria yang digunakan untuk menentukan tambang perjalanan di Eastern Dispersal Link (EDL).
a)Berapakah jumlah penguna jalanraya menggunakan jalanraya ini setiap hari dalam purata. Berapakah daripadanya ialah warganegera Malaysia.
b)Apakah impaknya terhadap kos kehidupan penduduk tempatan dan pengangkutan . (2012/03/12)
2)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Tabung Haji mengadakan tawaran khas atau memberikan keutamaan kepada muslimin dan muslimat yang kurang kemampuan termasuk ibubapa tunggal dan OKU untuk menunaikan Fardhu Haji. Sekiranya tidak, mengapa? (2012/03/13)
3)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapa keluarga yang tinggal di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Johor telah diberi arahan untuk mengosongkan rumah kediaman mereka di bawah projek landasan berkembar Gemas-Johor Baharu. Senaraikan jumlah rumah kediaman yang terlibat berdasrakan pecahan kawasan Daerah dan mukim. (2012/03/14)
4)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pengeluaran lesen hiburan oleh Majlis Perbandaran Muar dari 2000 ke 2012 berdasarkan pecahan tahunan:
a)Jumlah lesen hiburan yang dikeluarkan
b)Jumlah lesen hiburan yang digantung dan alasan mengapa ia digantung. (2012/03/15)
5)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan aktiviti persatuan-persatuan di universiti-universiti Kerajaan yang terlibat kos melebihi RM10,000.00:
a)Senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan pecahan universti-universiti yang terlibat dari tahun 2005 ke 2012.
b)Adakah pihak universiti mengarahkan mahasiswa-mahasiswi ke luar kempus untuk memunggut wang untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. (2012/03/19)
6)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan dalam pengajaran bahasa Cina yang dihantar ke SJKC dari tahun 2005 ke 2012 berdasarkan pecahan mengikut negeri. Senaraikan jumlah mesyuarat di antara Kementerian dengan Dong Jiao Zong dari 2005 ke 2012 menganai isu ini. (2012/03/20)
7)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan Ahli Parlimen dan Ahli Perundangan Dewan di setiap negeri yang memiliki lesen senjata api dari tahun 2002 ke 2012 berdasarkan pecahan tahunan. Senaraikan:
a)Nama wakil rakyat yang tersebut.
b)Nama wakil rakyat dimana lesen tersebut ditarik balik dan alasannya. (2012/03/21)
8)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan mengenai kerja-kerja memperbaiki tebing tembok Tanjung Emas. Adakah peruntukan berjumlah RM500,000.00 telah diluluskan untuk projek tersebut pada 2009.
a)Sekiranya ya, mengapa sehingga kini tidak dilaksanakan.
b)Jika tidak, sejauh mana kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan negeri terhadap masalah tersebut. (2012/03/22)
9)Y.B. ER TECK HWA minta PERDANA MENTERI menyatakan rumah kediaman pegawai kerajaan yang tidak dihuni di Kawasan Bandar Muar:
a)Jumlah rumah dan bangunan berdasarkan pecahan Kementerian yang memiliki.
b)Senaraikan lokasi rumah dan bangunan tersebut dan alasan mengapa ia tidak dihuni. (2012/03/26)
10)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pemohonan warga negera kanak-kanak berumur kurang dari 12 tahun disebabkan oleh sijil perkahwinan tidak sah dari tahun 2005 ke 2012 berdasarkan pecahan warganegera ibu dan bapa. (2012/03/27)
Soalan Bertulis:
1)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang berkaitan dengan kelakuan mahram dari 2000 ke 2012.
a)Kes yang disiasat.
b)Kes yang didakwa di mahkamah dan hukumnya yang diberi.
Senaraikan angka tersebut diatas berdasarkan pecahan kaum, umum dan jantina mangsa.
2)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membina satu bangunan di atas ruang letak kereta di kawasan Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar supaya unit-unit kepakaran yang berlainan boleh ditumpuhkan di satu tempat.
3)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan kumpulan-kumpulan kebudayaan dan kesenian yang dihantar oleh Kerajaan ke luar negara untuk jalinan hubungan antarabangsa. Senaraikan kumpulan-kumpulan kebudayaan yang terlibat berdasarkan pecahan destinasi dan kos yang terlibat dari 2008 ke 2012.
4)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah syarikat jualan langsung yang disiasat dan didakwa ke mahkamah. Senaraikan syarikat-syarikat yang dihukum kerana kesalahan dan hukuman yang diberi kerana kesalahan tersebut dari tahun 2005 ke 2012 .
5)Y.B. ER TECK HWA minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah siasatan kes kakitangan kerajaan pesekutuan dan negeri yang terlibat dalam kes jenayah. Berapa kes yang disiasat dan didakwa di mahkamah dan berapakah pegawai digantung tugas/letak jawatan/dipecat kerana kes yang terlibat dari 2002 ke 2012 berdasarkan pecahan negeri dan tahunan.Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6751950628603071092.post-21681623565791131752012-02-14T11:44:00.003+08:002012-02-14T11:45:49.818+08:00Najib: Govt exploring new ways to give people efficient serviceThe Stars 2012.02.14
By ZUHRIN AZAM AHMAD
zuhrinazam@thestar.com.my
PUTRAJAYA: New ideas and approaches are being explored to solve problems and ensure that the people receive efficient service, says Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Prime Minister said the government administration was looking to achieve positive outcomes through an effective and efficient management within a minimum allocation.
He said the Cabinet Committee mechanism might not be suitable as “it took too long to decide and involved too many ministers and officials”.
“We cannot continue with the conventional approach whereby the outcome may not be satisfying,” he said.
“We need new and creative ideas, innovative approaches and there is no need to maintain something just because it has been the practise,” he said at the Prime Minister’s Department’s monthly gathering here yesterday.
Also present was Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Najib said government officials should not be defensive or be in denial over the need for a better approach in implementing projects and initiatives.
“There are actually new approaches which are more effective than those that we have been practising, thinking that these were the best.
“Through this problem-solving approach, issues can be solved in a shorter time,” he added.
Najib also stressed on the importance of effective and timely execution to ensure the Government’s initiatives reached the target groups on time.
“Being effective means officials should be able to interpret the Government’s intentions and make the right decisions,” he pointed out.
Najib said the Rural Transformation Pro-gramme would be launched soon so that villagers could also enjoy the benefits and changes brought about by the Government.
Based on the country’s 5.8% economic growth registered in the third quarter of 2011, the country was on track to achieving the aspired high income nation status by 2020, he added.
“The country’s economy has also blossomed positively since Malaysia recorded the highest total trade of RM1.3 trillion last year.”Er Teck Hwahttp://www.blogger.com/profile/13958368408872589802noreply@blogger.com0