2009-03-23

Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tarikh : 23.03.09

Tan Sri Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hormatnya, saya dengan ini memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 bagi mengemukakan usul yang berbunyi berikut:-

Bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar dimaklumkan oleh Menteri Pertanian Dan Indutri Asas, Tani pada Mei 2008, insentif akan diberikan kepada petani dan penternak bermuta dari 2008 Jun. Manakala, Pada bulan Jun 2008, Jabatan berkenaan menyatakan bahawa penternak komersil ayam perdaging yang melebihi 20 ribu ekor tidak diberikan insentif berkenaan. Polisi berkenanan telahpun menpengaruhi sebanyak setengah dari jumlah penternak ayam perdaging di Semenanjung Malaysza dan menyebabkan banyak ladang-ladang ternakan yang beroperasi dengan pendapatan negatif atas kenaikan kos.

Tema pemberian insentif ini adalah satu langkah kerajaan untuk menjamin keselamatan makanan Negara kita. Sekiranya insentif penternak ayam pedaging ini digugurkan, ia sendiri akan bercanggah dengan dasar kerajaan.

Malaysia walaupun tidak menpunyai sumber-sumber makanan haiwan yang mencukupi, industri ternakan ayam pedaging telah menjadi satu sektor yang boleh dibanggakan. Penternak-penternak berkenalan bukan sahaja dapat membekalkan daging ayam yang mencukupi malah ia juga merupakan sumber daging yang termurah. Oleh demikian, pihak kerajaan dapat memberikan tumpuan yang lebih adil pada sektor ini.

Kenaikan harga bijirin, ubat-ubatan, bahan-bahan binaan dan sebagainya telah meningkatan kos pengeluaran sektor pengeluaran ayam pedaging dengan begitu nyata. Penguguran penternak-penternak ayam pedaging daripada senarai yang layak menerima insentif tersebut adatah keputusan yang salah.

Untuk meringankan bebanan penternak, insentif tersebut seharusnya disalurkan kepada mereka selaras dengan dasar pemberian insentif ini. la juga seterusnya dapat menjamin bekalan daging ayam yang mencukupi di pasaran.

Pertubuhan Penternak Negeri Johor telah berulang-ulang kali menulis surat rayuan perjumpaan dengan Menteri Pertanian dan Industri Tani supaya mengadakan sessi dialog. Tetapi sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil oleh kementerian betkenaan.

Sekiranya kerajaan enggan menyelesaikan masalah tersebut diatas, ia akan mengakibatkan banyak ladang ternakan terpaksa berhenti beroperasi, Penternak-penternak juga akan mungkin mengadakan tunjuk perasaan dan seterusnya menjejaskan imej negara.

Oleh itu, Dewan ini harus membahaskan usul ini supaya polisi intensif berkenaan harus diubah dan memunafaatkan ke semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

No comments:

Post a Comment