2009-11-09

Pembahasan dalam Peringkat Jawatankuasa (Jabatan Perdana Menteri)

Rang Undang-undang Perbekalan 2010 - Peringkat Dasar (Kementerian Kerja Raya)

Penyata Rasmi Dewan Rakyat mukasurat 169

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, boleh minta penjelasan?

Dato Shaziman bin Abu Mansor: Sila.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab soalan saya kawasan Bakri. Tuan Yang di-Pertua, kos pembaikan sebanyak RM55.5 juta dan kos pembaikan defected lost, dengan izin, sebanyak RM5.9 juta, yang jumlahnya RM61.1 juta merupakan 21.1% daripada kos kontrak sebenarnya RM285 juta. Pihak Ranhill masih mampu menampung kos pembaikan kerosakan yang tinggi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat berucap Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak, ini ada kena mengena dengan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ringkaskan Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya, boleh. Ini memberikan satu tanda tanya besar iaitu berapakah peratus keuntungan yang diperolehi oleh Ranhill? 100% ataupun berlipat kali ganda?

Adakah konsep dijaminkan keuntungan besar? Kedua, lagipun kos pembaikan kerosakan adalah tinggi di mana laluan pintas sepanjang 40km telah menelan hampir RM4 juta per kilometer selepas projek ini siap pada September 2005. Manakala kos pembaikan¡­dengan izin, ialah RM0.42 juta per kilometer yang dianggapkan semua penduduk sepanjang 14km telah rosak, tetapi hakikatnya ialah separuh daripada wire rope mengalami kerosakan yang bermakna kos pembaikannya ialah RM0.8 juta per kilometer.

Kualiti pembinaan laluan pintas ini agak memalukan. Piawai-piawai yang digunakan oleh Kementerian JKR semasa mengurniakan projek ini kepada Ranhill agak membingungkan rakyat.

Adakah disebabkan untuk kepentingan kroni parti pemerintah, kerajaan sanggup menggadaikan duit rakyat demi mengenyangkan sang buaya tanpa mengambil kira konsep "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Terima kasih.

Dato Shaziman bin Abu Mansor: Yang Berhormat dari Bakri boleh cakap bahasa yang mudah ya Yang Berhormat bila Yang Berhormat hendak bertanya Muar Bypass. Itu sahaja sebenarnya. Muar Bypass ini sebenarnya, ia adalah projek design and build, malah sebagaimana Yang Berhormat katakan, keadaan jalan itu tidak memuaskan, saya sendiri turun, saya sendiri pergi ke Muar dan melihat keadaan itu. Memang banyak, ia bumpy. Salah satu sebab utama jalan itu bumpy kerana tanahnya adalah tanah gambut. Di Johor banyak tanah gambut. Jadi, sama ada, bagi syarikat yang melaksanakan projek ini adalah syarikat besar, iaitu Ranhill, sebuah syarikat yang besar.

Jadi bagi mereka, mereka sanggup menerima kerugian asalkan imej, kredibiliti syarikat itu tidak terjejas kerana saya telah meminta supaya tempoh hari mencadangkan supaya performance bond nya dirampas. Akan tetapi, sekiranya performance bond syarikat ini dirampas, sudah pasti akan menjejaskan nama syarikat itu. Itu sebab syarikat itu bersetuju menawarkan dirinya untuk melanjutkan masa performance bond nya, iaitu melanjutkan masa untuk memperbaiki defect period. Jangan Yang Berhormat salah anggap katakan untung berlipat ganda. Bagi syarikat besar-besar ini, kredibiliti, kerana mereka bukan sahaja melakukan perniagaan di negara ini, mereka juga melakukan perniagaan di seberang laut. Itu sebab mereka mahu imej mereka dijaga. Ini penting untuk Yang Berhormat ketahui bahawa projek ini akan diperbaiki dan ditanggung oleh syarikat itu sendiri. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment