2010-04-30

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
(DEPUTY MINISTER OF HOME AFFAIRS)

Ruj. Kami : KDN(S)/PK/03/854/1-10(13)
Tarikh : 30 April 2010

Yang Berhormat
Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Bakri

PENJELASAN DAN JAWAPAN SECARA BERTULIS KEPADA SOALAN-SOALAN AHLI YANG BERHORMAT SEMASA SESl PENGGULUNGAN PERBAHASAN TITAH DIRAJA 2010 MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Yang Berhormat kepada perkara di atas.

2. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tedma kasih kepada Yang Berhormat di atas kepdhatinan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang tugas Kementedan Dalam Negeri.
3. Bersama-sama ini disertakan penjelasan dan jawapan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan untuk makluman dan perhatian Yang Berhormat.

DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOP

2010-04-28

Ministry Has No Jurisdiction To Repair Tanjung Emas Swimming Pool - Razali

MUAR, April 28 (Bernama) -- Deputy Minister of Youth and Sports Datuk Razali Ibrahim said the ministry had no jurisdiction to repair the Olympic-size Tanjung Emas swimming pool because it belonged to the Johor state government.

Menyeru kerajaan Negeri Johor menyerahkan konsesi pengurusan kolam renang Muar kepada kerajaan pusat untuk kerja pembaikan seterusnya

Bernama (28hb. April) melaporkan Datuk Razali Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa kementeriannya tidak berhak untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih kolam renang Muar selagi kerajaan negeri Johor tidak membuat sebarang permintaan kepada KBS untuk ambil alih kerja pembaikan tersebut; cadangan tersebut hanya akan dipertimbangkan dan dikaji-selidik dalam peringkat kementerian setelah penyerahan konsesi pengurusan dilakukan. Pada 02hb., May, Timbalan Meneteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin juga mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan ataupun agensi kerajaan lain boleh mengambil alih konsesi pengurusan untuk kerja baik pulih kolam renang Muar dan diharapkan dapat dibuka untuk kegunaan awam dalam masa terdekat.

2010-04-26

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

USUL PERBAHASAN TITAH DI-RAJA YANG MENYENTUH MENGENAI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA SESI 2010

(Jawapan Bertulis melalui Emal)

PERTANYAAN : USUL PERBAHASAN TITAH DI-RAJA
DARIPADA : Y.B TUAN ER TECK HWA [DAP – BAKRI]

TARIKH :31 MAC 2010 (RABU)

USUL

Tuan Er Teck Hwa [ DAP - Bakri] minta KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN menyatakan sebanyak 30% remaja tidak melanjutkan pelajaran mereka selepas PMR. Sejauh mana usaha kementerian memberikan pertolongan kepada golongan remaja ini. Adakah kajian telah dibuat tentang masalah ini?

2010-04-21

'Uniam', fish farms to boost fishermen's income

THE Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM) has launched a programme to enrich fisheries resources by constructing 'unjam' (clumps of branches anchored at sea to attract fish) off the Muar-Batu Pahat coast.

The Agriculture and Agro-based Industry Ministry, which oversees LKIM, believes that the creation of 'unjam' along the coast, besides promoting marine life, would also help prevent intrusions by trawlers.

Pembahsan atas Pencemaran bekalan air di Johor

Penyata Rasmi DR. 19.4.2010 MS 96~97

5.12 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada Butiran 060000. Saya ingin membangkitkan tentang kualiti air di kawasan Batu Pahat dan Yong Peng. Sejak beberapa bulan ini kita telah menerima banyak aduan daripada penduduk tempatan bahawa bekalan air yang berbau dan menyebabkan sakit selepas minum. Minggu lepas kita sudah mengambil contoh air daripada pusat penapisan air di Sungai Bekok, Bandar Yong Peng, Taman Batu Pahat, Taman Kurnia Batu Pahat dan Taman Rekreasi Hutan Lipur Batu Pahat untuk pemeriksaan dan mendapat contoh air ini di bawah kadar pH yang selamat.


Pembahasan atas isu Jalan Lintas Muar

Penyata Rasmi 19.04.2010

MS 56~57

Tuan Pengerusi [Datuk Ronald Kiandee]: Kepala Bekalan B.27 di bawah Kementerian Kerja Raya terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Bakri.

2.37 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Di sini saya ingin membangkitkan tentang jalan pintas Muar.

Syarikat Ranhill tentu berterima masih kepada Yang Berhormat Menteri melanjutkan bon pelaksanaan projek jalan pintas Muar sebanyak dua kali untuk kerja pembaikan yang menelan perbelanjaan RM60 juta. Sungguhpun Yang Berhormat Menteri pernah turun padang dan menjalankan bon pelaksanaan Ranhill dirampas. Akan tetapi memandangkan Ranhill merupakan syarikat besar yang melakukan perniagaan di merata dunia dan menanggung sepenuhnya kos pembaikan demi menjaga imej dan kredibiliti syarikat mereka.

Pambahasan dalam isu kekurangan gula

Penyata Rasmi DR.19.04.2010

MS 35

12.02 tgh.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya ingin menyentuh Butiran 080900 - Bantuan Kewangan
Kepada Pengeluar Gula dan Tepung. Satu perkara sahaja saya ingin bangkitkan mengenai
kekurangan bekalan gula baru-baru ini timbul di Muar. Dalam Sin Chew Jit Poh pada tarikh 13 April menyatakan bermula dari April kebanyakan gerai-gerai di Muar tidak mendapat bekalan gula yang mencukupi. Menurut kenyataan dari sebahagian peniaga-peniaga tempatan, keadaan ini bermula dari bulan November tahun lepas. Saya ingin Menteri menjelaskan mengapakah perkara ini boleh berlaku?

MS 51
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Yang Berhormat Bakri membangkitkan isu tindakan mengenai gula yang tidak mencukupi di Muar. Saya akan siasat perkara ini dan laporkan kepada Yang Berhormat ya. Yang Berhormat Arau membangkitkan mengenai gula dan tepung dari segi AP, saya sudah sebut tadi, yang AP sudah pun dibincangkan dengan pihak MITI dan kita akan terus berbincang perkara ini. Begitu juga dengan sejauh mana keberkesanan nanotag, saya pun telah jawab. Yang Berhormat Sekijang...

Pembahasan dalam Peringkat Jawatankuasa Rang Undang Bekalan Pertama 2010

Penyata Rasmi DR. 14.4.2010 MS 173-174

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit penjelasan? Tentang Program Cari, saya hendak tanya, Projek Cari yang saya menerima banyak kes di mana bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa datang lambat. Kadang-kadang wang yang diterima tidak tentu masa dan kadang kala wang yang diterima bukan dalam jumlah penuh. Saya minta Menteri menjelaskan mengapa ini boleh berlaku? Kenapa pembayaran wang kebajikan ini tidak boleh secara konsisten? Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.

FLFAM's comment on boiler subsidy issue

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_cwaInAG-fUJTtvIR2wUX-_QzxFxnmuGYxx4SHnb_yaMOuyscqV0OwocvghkeSfOAPw1u1FHNL1s7crnoFCtK7Ap9DsDIQ9nHUQbpPOtm65hmocA6WTm_ROYZLMEBrod-OBFqmaoJ_Hk/s1600/FLFAM+pg1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCI0JgT6h7KZFSikiiEQtizxbV7mQSMHqygSs0mPGEfqvSwAzx4EiRei-9SjduHroviV2HGcOr8GaU6UA_rHs_Zx_9q1RqZ_Fd4QoKJ8KdNqTGdUG5V5ACSZ2au3nM76oQLvVzvp_rIHo/s1600/FLFAM+pg2.jpg

2010-04-20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB BUKAN LISAN
DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : JAWAB BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN ER TECK HWA [BAKRI]

SOALAN :

YB TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan penjelasan tentang konsep pembangunan bersama di Laut China Selatan.

(a)adakah konsep pembangunan bersama ini sebagai pilihan utama bagi Malaysia dalam penyelesaian pertikaian kedaulatan Spratly Island; dan

(b)Sila berikan sebab yang mendorong Malaysia menyokong konsep pembangunan bersama ini memandangkan sebelum ini negara kita tidak pernah menyokong konsep ini.

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BERTULIS
DARIPADA : Y.B TUAN ER TECK HWA(BAKRI)

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan perancangan susulan atas projek kompleks kem tentera TDM Briged ke-7 di Jalan Gelang Patah, Skudai yang terbengkalai. Jika ada perancangan susulan, adakah tindakan pemasangan perangkap kelodak di atas tebing akan dilakukan untuk mencengah banjir lumpur berlaku di Kg. Poh Chee Leong apabila berlaku hujan lebat.

JABATAN PERDANA MENTERI PERBAHASAN TITAH DIRAJA DI DEWAN RAKYAT

JABATAN PERDANA MENTERI
PERBAHASAN TITAH DIRAJA
DI DEWAN RAKYAT

[PERHATIAN : SILA GUNA SATU BORANG UNTUK MENJAWAB SATU PERKARA]

Nama Ahli Yang Berhormat/Kawasan: YB. Bakri Tarikh Perbahasan: 29/03/2010
PERKARA YANG DIBANGKITKAN
JAWAPAN
Dokumen Dalam Bentuk Elektronik
Beliau mencadangkan agar jawapan lisan , bukan lisan dan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti buku bajet diberi
dalam bentuk elektronik dan diterbitkan dalam web Parlimen.
Berhubung dengan cadangan supaya jawapan lisan
dan bukan lisan diberi dalam bentuk elektronik,
adalah dimaklumkan bahawa sebarang cadangan
pertukaran untuk menggantikan terus Buku Penyata
Rasmi Parlimen dan Aturan Urusan Mesyuarat kepada
bentuk cakera padat perlulah terlebih dahulu
melibatkan pindaan kepada peruntukan Peraturan
Mesyuarat yang berkenaan.
Oleh (Nama): Bahagian Pengurusan Dewan Jabatan/Bahagian: Parlimen Malaysia

2010-04-16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
PERTANYAAN : BERTULIS
TARIKH : 16.03.2010 - 15.04.2010

Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cukai pendapatan yang telah dibayar oleh kesemua Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dan Negara dari 2000 ke 2009.

2010-04-14

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT
SEMASA SESI UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. TIMBALAN MENTERI
KE ATAS PERBAHASAN TITAH DIRAJA DI DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : Y.B. Tuan Er Teck Hwa(Bakri)
Tarikh : 1 April 2010(Khamis)

SOALAN:

TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI BUKIT BAKRI
Y.B memohon Y.B Menteri menjelaskan apakah kapasiti sebenar dan kapasiti selepas tapak tersebut dinaiktaraf. Huraikan secara terperinci tentang langkah dan pengurusan serta kos naik taraf untuk menampung sisa pepejal dalam masa tiga tahun akan datang.

Nyatakan kos yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal di seluruh majlis perbandaran di seluruh Malaysia pada tahun 2009.

JAWAPAN:

Tapak pelupusan Bukit Bakri mula digunakan pada tahun 1986 dan snggaran sisa pepejal yang telah dilupus di tapak tersebut mulai tahun 1988 sehingga kini adalah berjumlah 1.9juta tan. Pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menaiktaraf tapak tersebut bagi tempoh penggunean selama 3 tahun sementara menunggu Tapak Pelupusan Sanitari di Pagoh siap dibina.

Kos bagi kerja-kerja naik taraf tapak pelupusan Bukit Bakri adalah dianggarkan RM4.7juta melibatkan pembinaan bund, pemasangan paip leachate dan paip pengudaraan. Apabila siap kelak, tapak tersebut mampu menerima sebanyak 328,500 tan sisa pepejal bagi tempoh 3 tahun.

Berdasarkan maklumat kewangan tahun 2007 yang dikemukakan oleh PBT-PBT di Semenanjung Malaysia, kos bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang perlu dibayar oleh PBT-PBT adalah berjumlah RM1 billion. Buat masa ini Kementerian tidak mempunyai maklumat perbelanjaan PBT bagi tahun 2009. Namun demikian, Kementerian percaya kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan meningkat setiap tahun sejajar dengan pertambahan penduduk dan tabiat masyarakat yang masih kurang mengamalkan kitar semula.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

April 2010

2010-04-12

Pembahsan Usul H1N1

Penyata Rasmi 2010.04.12

MS29

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak bertanya satu soalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sebentar Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Mengapa usul Influenza A (H1N1) ditolak? Usul ini perlu disegerakan saya rasa untuk dibahaskan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Dalam Dewan yang mulia ini untuk mencari penyelesaian yang drastik dan menyeluruh untuk menyelamatkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, jangan bacalah Yang Berhormat. Tidak perlu baca.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Nyawa rakyat sebanyak mungkin. Oleh sebab ini perkara penting. Lagipun kesemua 220 orang...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tidak perlu baca Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat, saya maklum bahawa Yang Berhormat telah menghantar satu usul di bawah perkara P.M.18(1) dan usul tersebut telah pun ditolak di dalam kamar oleh Tuan Yang di-Pertua. Jadi perkara-perkara yang ditolak di dalam kamar tidak akan, dan tidak boleh dibahaskan serta dibaca di dalam Dewan, Yang Berhormat.

Malaysian women can register children born abroad

The Star 12.04.2010

PUTRAJAYA: The Home Ministry has come up with a mechanism to help Malaysian women married to foreigners obtain citizenship for their children, including those who are born abroad.

2010-04-07

Usul H1N1 ditolak oleh Dewan

YPDR. 08/4/3 ( 6B )

7 April 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa

Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 5 April 2010, Isnin telah saya terima. Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.

2. Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan Batu.

3. Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA )

Ghani solves Bakri village woes

MENTERI Besar Datuk Abdul Ghani Othman has brought cheer and joy to more than 25,000 residents in Bakri New Village in Muar.

Chong Chee Seong, NST
2010/04/06

Johor Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman (third from left) having cendol with villagers in Muar last Thursday. — Picture by Jamaludin Husin
Several outstanding problems were solved within two hours when he toured the village in the Bakri parliamentary constituency last Thursday.

Bakri MCA division chairman Sia Kia Tuan said the problems included the relocation of the village landfill, upgrading of the drainage system and water supply to residents in outlying areas.

He said after listening to the views of the residents, Ghani allocated RM3 million to upgrade the village's drainage system which would reduce flash floods and RM1 million to resurface the landfill after its closure within three years.

Pambahasan atas usul H1N1

Penyata Rasmi 2010.04.07

MS39
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Siapa lagi itu?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua. Saya berpendapat isu Influenza A, H1N1 ini perlu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri apa ini? You are standing in point of order apa? [Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua. Saya ada membuat satu usul tentang 18(1). Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua tolak. Saya memang tidak berniat mengingkari keputusan Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi sebagai isu semasa saya harap Tuan Yang di-Pertua menimbangkan semula keputusan tentang H1N1.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bakri. Yang Berhormat Bakri terima kasih Yang Berhormat Bakri. Peraturan Mesyuarat 43 mengatakan bahawa segala keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua tidak boleh diulang kaji dan ditimbang semula. Kalau saya timbang semula bermakna saya sendiri melanggarkan Peraturan Mesyuarat 43. Maka itu semua tindakan saya dan timbalan-timbalan saya sebelum kami bertindak difikirkan baik-baik. Saya tahu dan saya faham. Isu ini adalah isu yang perlu dibincangkan tetapi bagi pendapat saya ia tidak perlu disegerakan di bawah 18(2) dan 18(1). Sila Setiausaha.

MS110
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan daripada Yang Berhormat Bakri tidak dijawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan bertulis.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Mohon penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah habis Yang Berhormat. Sudah habis Yang Berhormat.

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ada soalan yang tidak dijawab.

2010-04-06

Pambahasan atas isu dokumen parlimen diurus secara elektronik

Penyata Rasmi 2010.04.06

MS170-171

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey. Terima kasih Tuan...

Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat Pokok Sena perlu sabar. Ustaz baru nasihat tadi.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh Maksud B.1 iaitu B.1 [Dewan riuh] Perbelanjaan Parlimen. [Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Secara ringkas Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Secara ringkas, satu isu sahaja ingin saya bangkitkan [Disampuk] Saya ingin menyentuh... [Disampuk]


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain saya minta diam Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya. Sorry. Semasa perbahasan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Dewan riuh] Saya mencadangkan supaya pihak Parlimen boleh membekalkan dokumen-dokumen kepada ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diminta diam.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Secara elektronik.

Seorang Ahli: Diam.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Akan tetapi jawapan yang saya terima semalam menyatakan bahawa Penyata Rasmi Parlimen hanya disediakan tertakuk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10. Dalam jawapan tersebut juga menyatakan sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku Penyata Rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Diamlah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Melibatkan kepada pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, apakah maksud yang disebutkan pindaan dalam Peraturan Mesyuarat 10? [Disampuk] Apa yang saya bingung ialah [Ketawa] Bukankah Penyata Rasmi Parlimen pun sudah dipamerkan dalam laman web Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, yang lain diam Yang Berhormat.


Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Adakah pindaan Peraturan Mesyuarat 10 pernah dilaksanakan sebelum ini supaya Penyata Rasmi boleh dibaca di dalam laman web rasmi Parlimen? Apa yang saya ingin tekankan dalam ucapan saya ialah supaya jawapan soalan lisan dan bertulis serta laporan tahunan dijalankan dan dibekalkan secara elektronik seperti cakera padat atau laman web. Buku dalam bentuk buku teks tetapi jawapan yang diterima tidak menyentuh langsung tentang soalan pokok saya.

Akhir sekali saya minta Menteri menyatakan kos yang terlibat dalam menyediakan sesuatu jawapan bertulis dan lisan dalam Parlimen dan bekalkan penyata kos keseluruhan penyediaan jawapan tersebut dalam tahun 2009. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, setakat itu perbahasan. Selepas itu Menteri akan menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 7 April 2010.

2010-04-05

Kerajaan Kenal Pasti Tapak Pelupusan Sampah Baru di Pagoh

sumber:Khabar Orang Johor

Selesai...Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman mengumumkan pemindahan pusat pelupusan sampah Bakri ke satu tapak baru semasa lawatan kerjanya ke Parlimen Bakri.
MUAR: Kerajaan sudah mengenal pasti sebuah kawasan tapak pelupusan sampah di Pagoh bagi menggantikan tapak sedia ada di Bakri yang akan ditutup Jun ini.

Usul mengenali jangkitan kes influenza A(H1N1) kebelakangan ini

Tarikh : 05.04.2010

Tan Sri Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia


Tan Sri,
Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Kementerian Kesihatan telah mengumumkan kadar jangkitan kes influenza A(H1N1) yang disyaki telah meningkat kebelakangan ini, iaitu 50 kes seminggu berbanding dengan cuma 20 kes seminggu dalam bulan Jan dan feb, 2010. Sejak bulan April, tahun 2009, sebanyak 12,688 kes jangkitan telah disahkan. Dua kes kematian baru telah berlaku di Melaka pada 31hb., March dan 02hb., April, menjadikan bilangan kematian meningkat daripada 77 orang kepada 79 orang.

Kenyataan Menteri Kesihatan bahawa sebanyak 210 kes yang disyaki telah direkod dalam tempoh seminggu, iaitu antara 26.03.2010 hingga 01.04.2010 dan pesakit berkenaan yang dirawati di dalam wad telah meningkat sehingga 380 orang. Antaranya 32 kes telah disahkan menjangkiti influenza A(H1N1), iaitu mencapai kadar jangkitan sebanyak 8.4%.

Kawasan jangkitan berkelompok yang serius meliputi negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka. Antaranya 6 merupakan kawasan sekolah. Ini termasuk sebuah sekolah berasrama penuh di Pasir Putih (6 orang) dan Pusat Belia Daerah Bancang , Kelantan (12 orang), Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak (31 orang), Sekolah Menengah Pulau Langkawi (30 orang), sebuah sekolah Tamil di Sungai Buluh, Selangor (15 orang), kawasan perumahan km 14.5 di Jalan Merlimau, Jasin, Melaka (2 orang), Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka (4 orang), Sekolah Rendah Selat Bagan Nyior, Kedah (48 orang), Sekolah Vokesional Langkawi, Kedah (43 orang) dan Sekolah Rendah Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor (3 orang). Ramai ibu bapa tidak rela hantar anak kesayangan mereka ke sekolah di kawasan tersebut kerana dikhuatiri akan dijangkiti.

Dikhutiari ancaman gelombang ke-2 jangkitan influenza A(H1N1) akan berlaku dan bertambah serius berbanding dengan ancaman gelombang pertama memandangkan angka jangkitan yang semakin meningkat. Ditambah pula, kementerian Kesihatan masih belum mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti laporan harian kes jangkitan, galakan pakai penutup mulut, penambahan kakitangan kesihatan khas dan mengadakan wad kuarantin ataupun pengasingan seperti mana yang diamalkan sebelum ini. Lagipun bilangan vaksin dalam negara masih tidak mencukupi untuk memberikan kepada orang awam; cuma membekalkan kepada kakitangan kesihatan di barisan hadapan dan golongan yang berpotensi tinggi dijangkiti virus ini seperti ibu yang mengandung, pesakit buah pinggan, pesakit kronik , pesakit yang lebihan berat badan dan sebagainya.

Cegah sebelum Parah. Diharapkan usul ini dapat dibahaskan dalam dewan ini demi mengembalikan ketenteraman awam dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah jangkitan ini demi menyelamatkan nyawa rakyat supaya tidak dikorbankan serta menyelamatkan nasib negara kita supaya tidak dilabelkan sebagai negara jangkitan serius seperti Mexico yang akan menggugatkan pembangunan ekonomi di masa kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO'SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS 
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG D|-PERTUAN AGONG (2010)

Yang Berhormat Nibong Tebal dan Yang Berhormat Bakri mencadangkan agar penyata-penyata Parlimen serta jawapan lisan, bukan lisan dan dokumen-dokumen lain diberi dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik bagi menjaga alam sekitar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyata rasmi Parlimen (hansard dengan izin) disediakan tertakluk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghendaki Setiausaha Dewan Rakyat untuk menyediakan 'sebuah buku penyata rasmi mesyuarat' yang mengandungi semua ucapan yang dikeluarkan dalam Majlis Mesyuarat dan dalam jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat. Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku penyata rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu melibatkan pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang berkenaan.

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO'SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS 
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2010)

Yang Berhormat Bakri ingin mengetahui senarai kos, kelengkapan dan jenama dalam penyelenggaraan perkakas komputer di Parlimen. Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Parlimen Malaysia cuma mempunyai 1 kontrak penyelenggaraan berkaitan ICT iaitu Kontrak Penyelenggaraan Peralatan Keselamatan ICT Parlimen Malaysia. Kos penyelenggaraan setahun adalah sebanyak RM87,400 (termasuk penggantian perkakasan).

Senarai peralatan yang diselenggara adalah seperti berikut:

(i) Bluecoat ProxySG 400-1;
(ii) Bluecoat ProxySG 400-0;
(iii) Top Layer AppSwitch 3500; dan
(iv) Top Layer IPS 1 00

2010-04-02

Percanggahan Kenyataan : Jawapan Bertulis Dari Dewan Rakyat vs Kenyataan Akhbar Oleh YAB Menteri Besar Johor. Mana Yang Betul ?

Jawapan bertulis dari Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang bertarikh 01hb., April, 2010 mengenai permasalahan tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri, berbunyi seperti berikut;-

2010-04-01

Pambahasan atas cermin gelap dalam perlindungan saksi semasa pengecaman

Penyata Rasmi 2010.04.01

Kementerian Dalam Negeri

MS132-133

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, tentang cermin gelap boleh tambah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana yang saya tahu, pengecaman yang berlaku di kawasan Skudai dan Johor Bahru tidak ada pakai cermin gelap. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan adakah pengecaman di semua balai polis ada menggunakan cermin gelap untuk melindungi saksi?

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Minta...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, memang ringkas Yang Berhormat. Bagus Yang Berhormat Bakri punya soalan Yang Berhormat. Dia ringkas. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya tidak faham... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tetapi tidak faham. Yang Berhormat Bakri cuba... [Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya cakap semula, Yang Berhormat Menteri. Di sini saya hendak tanya ialah sejauh yang mana makluman yang saya dapati, pengecaman yang berlaku di kawasan Skudai dan Johor Bahru, tidak ada pakai cermin gelap. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan adakah pengecaman di semua balai polis ada menggunakan cermin gelap untuk melindungi saksi di balai polis?

1700

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Oh, cam... [Ketawa] Ya, tadi saya sudah jawab. Sebentar tadi saya sudah jawab berhubung kait dengan prosedur mengecam saksi. Yang jawapan tadi berhubung kait dengan cermin dan juga cermin kenderaan Yang Berhormat. Jadi saya pun tidak faham sebenarnya apa Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya... Yang elok sekali Yang Berhormat...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Minta dia soal - surat...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Ya, mungkin Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat ajukan soalan secara bertulis. Saya akan jawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Untuk mengelakkan daripada kekeliruan.

Pembahasan atas isu Penutupan Tapak Sampah Bukit Bakri

Penyata Rasmi 2010.04.01

MS60

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tampatan

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri, boleh tanya satu soalan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Boleh.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang tadi punya. Okey. Terima kasih. Di sini saya hendak tanya seperti di kawasan saya, tandas awam kebanyakan tidak beroperasi. Perkara ini ialah tanggungjawab siapa? Majlis Perbandaran Muar atau siapa? Ini kerana di Bandar Muar Kerajaan Malaysia kata hendak menarik pelancong tetapi kebanyakan tandas tidak beroperasi. So, minta penjelasan dari Menteri.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: Terima kasih lah sahabat saya daripada Bakri.

Sebenarnya jawapan telah saya buat bahawa semua tandas awam adalah dipertanggungjawabkan kepada semua PBT, di mana terletaknya tandas awam itu, maka PBT yang di kawasan itulah yang bertanggungjawab sama ada membina, membaiki, dan menyelenggarakan. Itu jawapan saya Yang Berhormat.

MS62

1230
Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: .... Kementerian ini turut mengambil maklum isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri berhubung dengan kejadian kemalangan yang kerap berlaku di jalan-jalan PBT dan masalah projek penyenggaraan jalan di kawasan Majlis Perbandaran Muar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, kementerian ini telah pun memperuntukkan sebanyak RM2,392,230.00 kepada Majlis Perbandaran Muar bagi melaksanakan projek pembinaan menaikkan taraf jalan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ahli Yang Berhormat Sekijang membangkitkan isu mengenai infrastruktur awam khususnya terminal bas bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam.

MS57

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Tentang tapak pelupusan sampah di Bukit Bakri dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dalam jawab lisan yang diberikan oleh kementerian. Apa yang saya tanya di soalan saya ialah kapasiti sisa pepejal sebenar tetapi jawapan dari kementerian ialah sisa pepejal yang diterima.

Saya mendapati, Yang Berhormat Menteri tidak menyatakan muatan sebenar tapak pelupusan sampah ini. Di sini saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan apakah kapasiti sebenar dan kapasitinya selepas tapak tersebut dinaiktarafkan. Yang Berhormat Menteri juga tidak menghuraikan secara terperinci tentang langkah dan pengurusan serta kos naik taraf untuk menampung sampah dalam masa tiga tahun akan datang. Di samping itu, sila Yang Berhormat Menteri nyatakan secara bertulis kos yang terlibat dalam pengurusan sampah di seluruh majlis perbandaran di seluruh Malaysia pada tahun 2009. Terima kasih.

MS68-69

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin: .... Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukakan apakah langkah Kerajaan Pusat dalam menangani masalah tapak pelupusan sampah yang menjadi isu kepada penduduk, kementerian ini telah pun melaksanakan projek naik taraf tapak pelupusan kepada sekurang-kurangnya tahap tiga sanitary landfill menutup selamat tapak-tapak pelupusan yang terletak di kawasan sensitif seperti kawasan pengambilan air minum dan membina tapak pelupusan sanitary yang baru bagi menggantikan tapak pelupusan yang telah penuh. Sebanyak 37 buah tapak pelupusan yang sedia ada sedang dinaiktarafkan, 17 buah tapak pelupusan yang terletak di kawasan sensitif sedang ditutup secara selamat dan pembinaan sembilan buah tapak pelupusan sanitary baru sedang dilaksanakan serta lima loji rawatan terminal sedang giat dibina dan dijangka siap pada awal tahun 2010 kecuali loji rawatan terminal yang akan dijangka siap secara berperingkat pada tahun 2010.
1250
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejumlah RM624,624 juta telah dibelanjakan dalam tempoh 2006 dan 2009 bagi tujuan pengambilan tanah, menaik taraf tapak pelupusan, penutup selamat, membina baru tapak pelupusan sanitari dalam bidang loji rawatan termal bagi tujuan mengenai isu pelupusan sisa pepejal. Selain daripada itu Kerajaan Persekutuan akan menetapkan dasar pengurusan sisa pepejal di samping menentukan perancangan strategik PSP, pihak kerajaan negeri dan PBT, masih kekal memainkan fungsi dan pertanggungjawaban sedia ada ke atas pentadbiran kerajaan tempatan kecuali pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, [Akta 672] dikuatkuasakan.