Bernama (28hb. April) melaporkan Datuk Razali Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyatakan bahawa kementeriannya tidak berhak untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih kolam renang Muar selagi kerajaan negeri Johor tidak membuat sebarang permintaan kepada KBS untuk ambil alih kerja pembaikan tersebut; cadangan tersebut hanya akan dipertimbangkan dan dikaji-selidik dalam peringkat kementerian setelah penyerahan konsesi pengurusan dilakukan. Pada 02hb., May, Timbalan Meneteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin juga mencadangkan supaya Kementerian Belia dan Sukan ataupun agensi kerajaan lain boleh mengambil alih konsesi pengurusan untuk kerja baik pulih kolam renang Muar dan diharapkan dapat dibuka untuk kegunaan awam dalam masa terdekat.
Saya mengalu-alukan cadangan kedua-dua orang Timbalan Menteri di mana mereka berinisiatif dan berpandangan positif dalam usaha menyelesaikan masalah kolam renang yang terbengkalai sekian lama. Sungguhpun isu kolam renang ini bukan perhatian utama dalam isu tempatan di mana isu kualiti struktuk laluan pintas Muar yang tidak memuaskan perlu diselenggarkan segera demi pembangunan tempatan, tetapi kolam renang ini merupakan satu-satunya kemudahan awam yang tidak diuruskan dengan sempurna oleh Majlis Perbandaran Muar agak mengaibkan. Atas kelalaian pengurusan kerajaan tempatan, masalah kolam renang ini bertambah parah dan telah membazirkan banyak wang rakyat dalam kerja pembaikan dan pembangunan dalam tempoh dua puluh tahun lepas. Adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos perbelanjaan negara jika penyerahan konsesi pengurusan kepada kerajaan pusat untuk meluluskan peruntukan melakukan kerja baik pulih di premis yang sedia ada.
Permasalahan kolam renang ini harus kembalikan kepada asasnya, iaitu hak konsesi pengurusan yang dipegang oleh kerajaan negeri. Atas semangat permuafakatan Pakatan Rakyat, isu penyerahan konsesi pengurusan kolam ini akan diusulkan oleh DUN Maharani, Dr. Mohammad Taslin dan DUN Skudai, Dr. Boo Chen Haw dalam Persidangan Dewan Negeri Johor pada bulan Jun ini. Mereka akan memantau perkembangan usul ini sehingga hak penyerahan konsesi diselesaikan supaya kerajaan pusat boleh mengambil-alih kuasa dalam peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih.
Dicadangkan bahawa kerajaan negeri sepatutnya berpandukan kepada usul penyerahan konsesi pengurusan stadium Muar demi menyelesaikan masalah kolam renang ini. Jikalau Majlis Perbandaran Muar tidak mampu menguruskan dan menyelenggarakan sesebuah kemudahan awam, sepatutnya berbudi bicara dan berunding dengan kerajaan negeri untuk mencapai sesuatu penyelesaian yang drastik dan effisen seperti penyerahan konsesi pengurusan, hak milik bangunan dan kelengkapan sebelum sesuatu permasalahan itu menjadi parah. Jika kerja baik pulih stadium Muar dapat diselesaikan dalam masa dua tahun sahaja setelah penyerahan konsesi pengurusan dilakukan, dianggarkan kerja baik pulih kolam renang akan dibereskan dalam masa yang lebih singkat dengan kos yang lebih kecil berpandukan kepada model penyelesaian yang sama.
Mengenai kenyaaan yang dibuat oleh Pengerusi MCA kawasan Muar, Tay Puay Chuan sempena majlis perayaan Hari Wanita pada 05hb. Mac bahawa “parti-parti politik pemerintah dan pembangkang seharusnya mengenepikan perbezaan pendirian, demi merealisasikan konsep 1Malaysia.” Saya hendak menekankan bahawa asas konsep 1Malaysia ini harus serasi dengan wawasan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Meyahut kepada kenyataan beliau, saya berpendapat “pencapaian diutamakan” seharusnya diapplikasikan dahulu. Dimaklumkan bahawa persoalan kolam renang Muar ini telah diusulkan dalam Dewan Rakyat dan menteri telah berikan maklum balas yang positif, seharusnya MCA antara parti pemerintah yang berkuasa di dalam kerajaan negeri Johor harus mengenepikan perbezaan pendirian parti dalam mengkaji dan mengusulkan persoalan kolam renang yang terbengkalai sekian lama, membentangkan punca permasalahan dan mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak, iaitu penduduk tempatan, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan melalui saluran yang sah seperti di dalam Dewan Negeri Johor. Kebajikan dan kemudahan rakyat sepatutnya diutamakan dalam minda pemimpin MCA, bukan hanya mencari kepentingan politik demi keperibadian, harapan untuk menonjolkan sebuah parti politik yang mengutamakan wawasan “rakyat didahulukan” tentu dapat dicapai.
07hb.May, 2010
No comments:
Post a Comment