2010-04-01

Pambahasan atas cermin gelap dalam perlindungan saksi semasa pengecaman

Penyata Rasmi 2010.04.01

Kementerian Dalam Negeri

MS132-133

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, tentang cermin gelap boleh tambah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Di sini, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sejauh mana yang saya tahu, pengecaman yang berlaku di kawasan Skudai dan Johor Bahru tidak ada pakai cermin gelap. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan adakah pengecaman di semua balai polis ada menggunakan cermin gelap untuk melindungi saksi?

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Minta...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, memang ringkas Yang Berhormat. Bagus Yang Berhormat Bakri punya soalan Yang Berhormat. Dia ringkas. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya tidak faham... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tetapi tidak faham. Yang Berhormat Bakri cuba... [Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya cakap semula, Yang Berhormat Menteri. Di sini saya hendak tanya ialah sejauh yang mana makluman yang saya dapati, pengecaman yang berlaku di kawasan Skudai dan Johor Bahru, tidak ada pakai cermin gelap. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan adakah pengecaman di semua balai polis ada menggunakan cermin gelap untuk melindungi saksi di balai polis?

1700

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Oh, cam... [Ketawa] Ya, tadi saya sudah jawab. Sebentar tadi saya sudah jawab berhubung kait dengan prosedur mengecam saksi. Yang jawapan tadi berhubung kait dengan cermin dan juga cermin kenderaan Yang Berhormat. Jadi saya pun tidak faham sebenarnya apa Yang Berhormat...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya... Yang elok sekali Yang Berhormat...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Minta dia soal - surat...

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Ya, mungkin Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat ajukan soalan secara bertulis. Saya akan jawab.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Untuk mengelakkan daripada kekeliruan.

No comments:

Post a Comment