2010-04-06

Pambahasan atas isu dokumen parlimen diurus secara elektronik

Penyata Rasmi 2010.04.06

MS170-171

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey. Terima kasih Tuan...

Dato’ Ismail Kasim [Arau]: Yang Berhormat Pokok Sena perlu sabar. Ustaz baru nasihat tadi.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh Maksud B.1 iaitu B.1 [Dewan riuh] Perbelanjaan Parlimen. [Dewan riuh]

Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Secara ringkas Yang Berhormat Bakri.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Secara ringkas, satu isu sahaja ingin saya bangkitkan [Disampuk] Saya ingin menyentuh... [Disampuk]


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain saya minta diam Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Ya. Sorry. Semasa perbahasan menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. [Dewan riuh] Saya mencadangkan supaya pihak Parlimen boleh membekalkan dokumen-dokumen kepada ahli-ahli di dalam Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain diminta diam.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Secara elektronik.

Seorang Ahli: Diam.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Akan tetapi jawapan yang saya terima semalam menyatakan bahawa Penyata Rasmi Parlimen hanya disediakan tertakuk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10. Dalam jawapan tersebut juga menyatakan sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku Penyata Rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu. [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Diamlah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Melibatkan kepada pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, apakah maksud yang disebutkan pindaan dalam Peraturan Mesyuarat 10? [Disampuk] Apa yang saya bingung ialah [Ketawa] Bukankah Penyata Rasmi Parlimen pun sudah dipamerkan dalam laman web Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, yang lain diam Yang Berhormat.


Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Adakah pindaan Peraturan Mesyuarat 10 pernah dilaksanakan sebelum ini supaya Penyata Rasmi boleh dibaca di dalam laman web rasmi Parlimen? Apa yang saya ingin tekankan dalam ucapan saya ialah supaya jawapan soalan lisan dan bertulis serta laporan tahunan dijalankan dan dibekalkan secara elektronik seperti cakera padat atau laman web. Buku dalam bentuk buku teks tetapi jawapan yang diterima tidak menyentuh langsung tentang soalan pokok saya.

Akhir sekali saya minta Menteri menyatakan kos yang terlibat dalam menyediakan sesuatu jawapan bertulis dan lisan dalam Parlimen dan bekalkan penyata kos keseluruhan penyediaan jawapan tersebut dalam tahun 2009. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat, setakat itu perbahasan. Selepas itu Menteri akan menjawab. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi hari Rabu 7 April 2010.

No comments:

Post a Comment