2010-04-26

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

USUL PERBAHASAN TITAH DI-RAJA YANG MENYENTUH MENGENAI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
MESYUARAT PERTAMA, DEWAN RAKYAT, PARLIMEN MALAYSIA SESI 2010

(Jawapan Bertulis melalui Emal)

PERTANYAAN : USUL PERBAHASAN TITAH DI-RAJA
DARIPADA : Y.B TUAN ER TECK HWA [DAP – BAKRI]

TARIKH :31 MAC 2010 (RABU)

USUL

Tuan Er Teck Hwa [ DAP - Bakri] minta KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN menyatakan sebanyak 30% remaja tidak melanjutkan pelajaran mereka selepas PMR. Sejauh mana usaha kementerian memberikan pertolongan kepada golongan remaja ini. Adakah kajian telah dibuat tentang masalah ini?

JAWAPAN

1. Selain daripada program latihan sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Kementerian turut menawarkan program-program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) kepada golongan belia yang tercicir dan tidak menamatkan persekolahan sehingga Tingkatan 5. Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti Kursus Bahasa Inggeris dan Kursus Teknologi Maklumat (ICT).

2. Melalui program ini, para belia akan berpeluang mengikuti latihan kemahiran teknikal dan vokasional secara jangka pendek yang dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan, Kompleks Rakan Muda atau di mana-mana premis dan dewan yang bersesuaian di semua negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN). Program-program seperti ini diadakan pada hujung minggu ataupun kelas sebelah malam.

3. Untuk makluman, Kementerian Belia dan Sukan tidak menjalankan kajian berhubung permasalahan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

No comments:

Post a Comment