2010-04-05

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN BERTULIS
Y.B. DATO'SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ,
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEMASA MENGGULUNG PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS 
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG D|-PERTUAN AGONG (2010)

Yang Berhormat Nibong Tebal dan Yang Berhormat Bakri mencadangkan agar penyata-penyata Parlimen serta jawapan lisan, bukan lisan dan dokumen-dokumen lain diberi dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik bagi menjaga alam sekitar. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, penyata rasmi Parlimen (hansard dengan izin) disediakan tertakluk kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat 10, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang menghendaki Setiausaha Dewan Rakyat untuk menyediakan 'sebuah buku penyata rasmi mesyuarat' yang mengandungi semua ucapan yang dikeluarkan dalam Majlis Mesyuarat dan dalam jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat. Sehubungan itu, sebarang cadangan untuk menggantikan terus buku penyata rasmi Parlimen dan dokumen-dokumen lain dalam bentuk cakera padat atau secara elektronik perlulah terlebih dahulu melibatkan pindaan kepada peruntukan Peraturan Mesyuarat yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment