Penyata Rasmi DR. 14.4.2010 MS 173-174
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, boleh sambung sedikit penjelasan? Tentang Program Cari, saya hendak tanya, Projek Cari yang saya menerima banyak kes di mana bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa datang lambat. Kadang-kadang wang yang diterima tidak tentu masa dan kadang kala wang yang diterima bukan dalam jumlah penuh. Saya minta Menteri menjelaskan mengapa ini boleh berlaku? Kenapa pembayaran wang kebajikan ini tidak boleh secara konsisten? Apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil: Sama-sama Yang Berhormat Bakri. Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Parit Sulong. Program apabila - saya hendak menyingkap kembali ya, bahawa apabila Program Cari itu dilancarkan ia hanya untuk setahun, program itu hanya untuk setahun. Akan tetapi ramai daripada Ahli Yang Berhormat mungkin terlupa tentang fakta itu, itu hanya untuk setahun. Bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bukan untuk selama-lamanya. Dahulu pun enam bulan, sekarang bila saya sudah bagi arahan, kita naikkan jadi setahun bantuan yang diberi.
Lepas itu kita kena ada - sebab kita bukan welfare state. Akan tetapi masalah yang dihadapi apabila kita sudah beri bantuan, bila kita dapati bahawa penerima itu mungkin keluar daripada kepompong kemiskinan antara lain. Bila kita terpaksa mengambil tindakan untuk memberhentikan, akan kita hadapi masalah. Akan tetapi saya rasa itu satu kebiasaan dan kita cuba seberapa yang boleh. Kalau boleh kita akan sambung tetapi mana kes yang jelas dan nyata kita tidak boleh sambung kita tidak akan sambung. Namun begitu, atas permintaan Yang Berhormat, walaupun program itu telah pun ditamatkan tetapi saya telah pergi ke Kabinet dan minta kelulusan.
Kabinet telah pun bermurah hati bahawa walaupun kita sudah tidak dapat 1,000 lebih pegawai asalnya telah pun dikurangkan kepada 543 pegawai Cari di seluruh negara. Tadi Yang Berhormat daripada Parit Sulong pun bertanya tentang Program Azam Tani dan Program e-Kasih Azam Tani. Saya hendak maklumkan bahawa kepada semua, di dalam peruntukan tambahan ini dia sebenarnya dibahagikan kepada dua. Satu, peruntukan untuk kementerian dan agensi-agensi di bawahnya, di bawah apa yang kita katakan business as usual dengan izin. Lagi satu dibahagikan kepada business not as usual iaitu di bawah NKRA.
Di mana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjadi lead ministry untuk dengan izin, low income household. Di antara kaedah atau tugas tanggungjawab kita ialah untuk menentukan 44,643 keluarga di mana nama-nama itu diberi kepada kami di kementerian. Untuk membantu keluar daripada kepompong kemiskinan tegar akhir tahun ini, 2010. Saya hendak menjelaskan di sini bahawa untuk NKRA, pembasmian low income household ini, meningkatkan kehidupan mereka. Bahawa target group kita untuk tahun ini ialah mengeluarkan 44,643 keluarga yang mana nama-nama mereka telah pun dimasukkan ke dalam sistem e-Kasih di bawah ICU dan diberikan kepada kami untuk membantu mengeluarkan daripada kepompong kemiskinan tegar.
Untuk kemiskinan tegar ini kita semua sedia maklum adalah di mana pendapatan seisi rumah RM440 ke bawah. Peruntukan yang insya-Allah, akan diluluskan ini. Program-program di bawahnya, tadi ada Ahli Yang Berhormat tanya siapa dia yang akan menjalankannya. Bukan semua program itu akan dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Misal kata untuk Program Azam Tani akan dijalankan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bukan kita yang akan menjalankannya.
2050
Cuma nama itu diberikan kepada kementerian dan kita akan minta supaya kementerian memberi pengkhususan kepada keluarga-keluarga di bawah sistem e-Kasih ini. Kita ada empat azam. Misal kata apabila pecahan peserta itu dibuat dan kita akan buat pecahan peserta ini selepas kelulusan ini dan kita akan identify keluarga mana yang memerlukan, misal kata bantuan untuk productive welfare, Azam Tani maka di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bantu. Ataupun misal kata untuk Azam Kerja dan mereka kata dalam satu keluarga yang menerima bantuan, ada anaknya yang memerlukan pekerjaan ataupun latihan kemahiran dan dia akan di park dengan izin, di bawah Kementerian Sumber Manusia yang akan menjalankan latihan kemahiran dan lain-lain.
Akan tetapi pengawasannya akan dijalankan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebab kita tidak mempunyai kepakaran mahupun pegawai dan kakitangan. Jadi sebab di bawah NKRA ini gabungan kementerian, Menteri-menteri, agensi-agensi kerajaan. Kami hanya menjadi lead ministry ataupun yang akan menyelaraskan peruntukan yang diamanahkan. Saya hendak maklumkan bahawa setakat ini respons yang kita dapat begitu baik sekali daripada kementerian yang lain. Insya-Allah jika peruntukan tambahan ini diluluskan, kita sudah siap semuanya, kita akan tentukanlah implementasinya berjalan dengan sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment