PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :    BERTULIS
DARIPADA     :    Y.B TUAN ER TECK HWA(BAKRI)
SOALAN:
Minta MENTERI  PERTAHANAN menyatakan perancangan susulan atas  projek kompleks kem tentera TDM Briged ke-7 di Jalan Gelang Patah,  Skudai yang terbengkalai. Jika ada perancangan  susulan, adakah tindakan  pemasangan perangkap kelodak di atas tebing akan dilakukan untuk  mencengah banjir lumpur berlaku di Kg. Poh Chee Leong apabila berlaku  hujan lebat.
JAWAPAN:
Projek ini adalah merupakan projek penswastaan dan Kausar Consortium  Sdn. Bhd. (KCSB) telah dilantik sebagai kontraktor untuk melaksanakan  projek ini. Berikutan dengan kegagalan kontraktor tersebut dalam  melaksanakan projek berkenaan, Kementerian Pertahanan akan membuat  perancangan semula Kompleks 7 Briged Skudai. Kementerian Pertahanan  sedang meneliti dari aspek perundangan untuk menamatkan kontrak  berkenaan. Kementerian Pertahanan juga dalam proses perancangan  kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pembaikan perangkap kelodak  (slit trap). Kerja-kerja ini dijangka akan dimulakan pada awal bulan  Julai 2010.
 
 
No comments:
Post a Comment