PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA (BAKRI)PERTANYAAN : BERTULIS
TARIKH : 16.03.2010 - 15.04.2010
Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cukai pendapatan yang telah dibayar oleh kesemua Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dan Negara dari 2000 ke 2009.
JAWAPAN:
Tuan Yang DiPetua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cukai pendapatan yang dikenakan ke atas kesemua Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari tahun 2000 hingga 2008 adalah sebanyak RM82 juta. Bagi tahun 2009, jumlah cukai pendapatan tersebut masih belum dimuktamadkan.
No comments:
Post a Comment