2010-03-31

Pemberitahuan Pertanyaan Lisan

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 31.3.2010 (Rabu)
NO. SOALAN : 25


Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang pelancaran Projek Trans-Peninsular Oil Pipeline sejak 2007:

a) Apakah status terkini project transpen ini dan bilakah privilege Transpeninsular Petroleum Sdn. Bhd. mengurus projek ini tamat; dan
b) Senaraikan nama-nama pelabur utama luar negeri yang terlibat dalam projek ini serta pegangan syernya.

Jawapan:

Tuan Yang Di Pertua,

Syarikat Trans-Peninsula Petroleum Sdn.Bhd. (TPP) telah diberikan kelulusan secara dasar dan tanpa galakan cukai oleh Kerajaan Malaysia untuk membina, memiliki dan mengendalikan projek saluran paip minyak pada tahun 2006. Walaubagaimanapun, pada tahun 2009, syarikat TPP telah memaklumkan bahawa pelaksanaan projek saluran paip yang dicadangkan tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran perselisihan dalaman syarikat. Lanjutan dari status projek syarikat tersebut, Kerajaan telah membatalkan kelulusan secara dasar yang telah diberikan kepada syarikat TPP. Pembatalan kelulusan tersebut adalah berkuatkuasa serta merta.

Pambahasan atas isu pertolongan kepada remaja tidak melanjutkan sekolah selepas PMR

Penyta Rasmi 2010.03.31

MS254

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri, boleh kasi....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tentang masalah belia. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya. Dalam satu kenyataan yang dikemukakan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2006 menyatakan dalam golongan di Majlis Kaunselor.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, ini perkara barulah, Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak, bukan.


Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Perkara baru, perkara baru.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Akhir sekali. Ini ada kena-mengena dengan Kementerian Belia dan Sukan. Tidak ada. Tidak apa. Ini last sekali. Sebanyak 30% daripadanya tidak melanjutkan pelajaran mereka selepas PMR. Sejauh mana usaha kementerian memberikan pertolongan kepada golongan remaja ini. Adakah kajian telah dibuat tentang masalah ini?


Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan Tekwando ini.

Dato' Ahmad Shabery Cheek: Saya rasa silakan. Ini perkara barulah.

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Saya juga bersama

MS269
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri...

Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Boleh saya tanya soalan?... [Dewan riuh]

Datuk Douglas Uggah Embas: Itulah antara perkara...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Mahu beri jalan Yang Berhormat?

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Menyampuk]

Datuk Douglas Uggah Embas: ....Yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat...

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Satu soalan yang pendek sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, Menteri tidak beri jalan Yang Berhormat.

Datuk Douglas Uggah Embas: Apa-apa perkara yang tidak dijawab akan diambil kira dalam kementerian. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga pukul 10 pagi hari Khamis, 1 April 2010... [Dewan riuh]

Pembahasan atas isu Kem Tentera Skudai

Penyata Rasmi 2010.03.31

MS169

Kementerian Petahanan

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Seterusnya saya menyentuh mengenai isu Yang Berhormat Kinabatangan yang mungkin sudah balik awal sebab ada tanggungjawab lain - yang mempersoalkan mengapa banyak projek pembinaan yang terbengkalai dan sakit serta mengenai keadaan berek bujang anggota tentera yang daif dan tidak sesuai didiami. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya terdapat satu sahaja projek terbengkalai di bawah konsep penswastaan iaitu pembinaan Kompleks Skudai, Johor.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Masuk maghrib sahaja menjadi.[Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Kementerian Pertahanan sedang meneliti dari segi perundangan untuk mengambil tindakan ke atas tentera yang terlibat. Manakala terdapat empat projek sakit yang mana telah diambil tindakan susulan dengan melantik kontraktor penyelamat dan saya sendiri turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah ini supaya anak-anak buah saya, pegawai-pegawai dan anggota tentera tidak dikesampingkan dari segi kebajikan perumahan mereka.

MS179

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri yang ini ialah tentang yang tadi Menteri cakap projek Kem Tentera Skudai yang terbengkalai 10 tahun. Tadi Menteri sebut tentang akan menyelesaikan masalah ini, bolehkah Menteri jelaskan apakah tindakan yang sudah diambil untuk kontraktor pembangunan kem tersebut dan saya juga minta Menteri jelaskan tempoh masa untuk menyelesaikan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil, terima kasih.

MS182

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya fikir apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng, oleh Yang Berhormat Pokok Sena, oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi saya telah jelaskan tetapi apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tadi, kem Skudai ini sebenarnya sedang diselamatkan, dan kontraktor penyelamat telah pun dikenal pasti untuk dilantik. Izinkan saya menghabiskan...

MS186

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri boleh minta jalan? [Ketawa] Yang Berhormat Menteri bolehkah bagi satu tempoh yang tepat...

Pambahasan atas masalah penggunaan pukat tunda

Penyata Rasmi 2010.03.31

Kementerian Pertanian dan Asas Tani

MS149

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Bakri ada membangkitkan isu penggunaan pukat tunda yang merosakkan habitat ikan, bubu, unjam-unjam dan peralatan nelayan persisiran pantai.
1830
Pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan kecil seluruh negara. Sistem zon telah diperkenalkan untuk melindungi sumber perikanan nelayan di seluruh negara. Peraturan tahun 2009, 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing yang melakukan berbagai-bagai kesalahan telah ditahan oleh pihak pelbagai Agensi Penguat kuasa Maritim Negara kerana melanggar zon yang disebutkan tadi. Yang Berhormat Arau pula mengutarakan tentang isu-isu pertanian. Pertamanya berkenaan bantuan yang dilaksanakan di kawasan seluas 376 hektar sawah yang merupakan bantuan pembaikan infrastruktur kecil dan jalan ladang dalam kawasan Parlimen Arau. Sukacita saya maklumkan bahawa projek-projek tersebut sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan April 2010.

MS157

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum cukup prihatin terhadap masalah pencerobohan haram pukat tunda yang dihadapi oleh nelayan pesisir pantai di Parit Jawa. Hasil penangkapan dan pendapatan nelayan tempatan telah susut sebanyak 50% akibat pencerobohan tersebut.

Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk membantu mereka ini yang kurang bernasib baik, yang disebabkan oleh masalah pencerobohan pukat tunda?

MS159-160

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Kemudiannya yang berbangkit daripada Yang Berhormat Bakri. Tadi saya sudah jawab Yang Berhormat Bakri, bahawa saya pun tahu masalah ini Yang Berhormat.

Saya sudah cakap sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1995. Inilah juga masalah yang saya bangkitkan apabila pencerobohan pukat tunda dalam zon A yang menyebabkan berlakunya masalah di seluruh negara, bukan sahaja di Bakri.

Oleh kerana itu, kita telah pun mengambil beberapa tindakan. Saya sudah katakan tadi iaitu tindakan pada tahun 2009, kita telah ambil tindakan kepada 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa hanya hendak menguatkuasakan agak sukar. Tambahan pula sekarang ini zaman IT.

Sebelum penguat kuasa sampai, bot sudah hilang kerana dia akan dihubungi. Adalah dia punya orang tertentu bagi tahu penguat kuasa akan datang. Kita sedar akan perkara ini. Oleh sebab itu kementerian sedang berusaha dan telah pun memanggil beberapa syarikat untuk kita perkenalkan dipanggil vessel tracking system, di mana salah satu yang saya sendiri melihat presentation yang dibuat kepada saya ialah supaya semua bot ini diletakkan satu alat dan kita boleh monitor dan kalau cara ini berjaya, maka kita boleh mengambil tindakan serta-merta. Kalau kita duduk di ibu pejabat, kalau mana-mana kapal yang masuk zon kita boleh terus matikan enjin. Jadi kapal ini kita terus boleh ambil tindakan. Inilah usaha yang kita sedang buat. Bukan sahaja di tempat Yang Berhormat, di tempat saya pun sama iaitu di Tanjong Karang. Jadi saya ingat itulah. Ya...

2010-03-30

Pmabahsan atas isu notis warden dari Amerika Syarikat terhadap Sabah

Penyata Rasmi 2010.03.30

MS02-04

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, apakah polisi hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat hari ini. Apakah sikap sebenar Amerika terhadap negara apabila mengeluarkan arahan kepada rakyatnya agar tidak berkunjung ke Sabah baru-baru ini.

Timbalan Menteri Luar Negeri II [Dato' Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan yang dikemukakan. Malaysia mempunyai hubungan dua hala yang baik dan akrab dengan Amerika Syarikat. Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa hubungan kerjasama yang kukuh dengan Amerika Syarikat mendatangkan banyak manfaat kepada Malaysia.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan komitmen masingmasing untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat semasa perbualan telefon mereka pada 26 Jun 2009.

Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat akan terus dipertingkatkan lagi meliputi kerjasama politik, perdagangan dan pelaburan. Peluang membangunkan dan berkongsi teknologi baru terutamanya dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi serta tenaga hijau. Usaha untuk mengadakan lawatan peringkat tinggi di Amerika Syarikat dan sebaliknya, akan terus dilakukan.

Kerajaan tidak mahu membuat sebarang spekulasi terhadap sikap sebenar Amerika Syarikat apabila Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Jabatan Negara Amerika Syarikat telah masing-masing mengeluarkan Notis Warden atau dengan izin, Warden Notice dan amaran perjalanan atau dengan izin, travel alert pada 15 Januari 2010.

Notis Warden dan amaran perjalanan tersebut menasihati rakyat Amerika Syarikat supaya berwaspada dalam membuat sebarang perjalanan ke kawasan pedalaman timur Sabah termasuk Semporna, Mabul dan Sipadan. Di dalam menangani perkara ini, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada 18 Januari 2010, untuk mendapatkan penjelasan mengenai tujuan pengeluaran amaran perjalanan tersebut. Pertemuan tersebut juga adalah bertujuan untuk memaklumkan pendirian kerajaan serta keadaan sebenar di Malaysia terutamanya di Sabah. Sekian terima kasih.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Luar Negeri atas soalan asal saya. Kita tidak menafikan hubungan baik dua hala ini. Memang ini hubungan tradisi yang telah kita jalin selama ini. Kita tetap ikhlas dengan Amerika tetapi sejauh mana keikhlasan Amerika kepada kita? Ini kerana apabila mengeluarkan arahan perjalanan kepada rakyatnya untuk jangan pergi ke pantai-pantai terkenal di Sabah ini, terutama di kawasan Semporna - ini Menteri daripada Semporna pun ada.

Ia memberi kesan. Amerika ini Tuan Yang di-Pertua, arahan dia itu, walaupun ditujukan kepada rakyatnya, ia memberi kesan kepada negara-negara lain. Ini menjejaskan dari segi kedatangan pelancongan kepada negara Malaysia. Jadi di mana letaknya hubungan baik ini? Apakah Amerika tidak sedar bahawa kesan akibat ini boleh merugikan Malaysia yang dianggap sebagai sahabat? Jadi ini yang saya ingin bertanya soalan tambahan ini kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau ada jawapanlah. Jadi sejauh mana keikhlasan Amerika kepada kita yang ikhlas kepada mereka. Terima kasih.
1010
Dato’ Lee Chee Leong: Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Sri Gading di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Hubungan dua hala Malaysia dengan Amerika Syarikat adalah baik dan meliputi berbagai aspek. Amerika Syarikat merupakan rakan dagang yang ketiga terbesar dengan jumlah perdagangan dua hala sebanyak RM109 bilion pada tahun 2009. Amerika Syarikat juga merupakan salah sebuah negara pelabur yang terbesar dan juga terpenting di Malaysia dengan jumlah pelaburan sebanyak RM2.414 bilion pada tahun 2009.

Seperti yang saya telah maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada 18 Januari 2010 untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya. Menurut Duta Besar Amerika Syarikat tindakan beliau mengeluarkan notis ‘warden’ tersebut adalah sebagai memenuhi tanggungjawab beliau untuk menjaga keselamatan warga Amerika Syarikat dan bukannya dirujuk kepada Malaysia. Malahan dalam perbincangan tersebut beliau telah mengatakan penghargaan beliau dan Amerika Syarikat terhadap segala tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan-kawasan yang disebutkan iaitu di kawasan Timur Sabah.

Pihak kementerian juga telah mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya dalam menangani pertanyaan dari negara-negara asing dengan mengeluarkan kenyataan akhbar yang menjelaskan keadaan keselamatan yang sebenarnya di negara ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang selamat dan aman bagi menarik pelancong-pelancong luar untuk melawat khususnya di Sabah. Terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri apabila notis ‘warden’ tersebut dikeluarkan? Adakah kementerian perlu mengadakan tindakan yang drastik untuk membuat perundingan diplomatik antarabangsa untuk menyelesaikan masalah ini? Apakah kesan keperluan kepada negara kita seperti pelancong dan pelaburan? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bakri atas soalan tambahan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, notis ‘warden’ tersebut telah dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 15 Januari, 2010. Satu amaran perjalanan juga telah dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada hari yang sama. Kementerian Luar Negeri telah memanggil Duta Besar Amerika Syarikat pada hari Isnin, 18 Januari 2010 telah menggesa Duta Besar Amerika Syarikat untuk mengkaji semula notis warden tersebut kerana urusan keselamatan negara terutamanya di Sabah adalah terjamin. Amaran perjalanan Jabatan Negara Amerika Syarikat tersebut akan luput pada 15 April tahun ini.

Pembahasan atas isu kekurangan guru dan Perbincangan dengan Dong Jiao Zong

Penyata Rasmi 2010.03.30

MS75-77

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Amat Berhormat Menteri, satu soalan? Tentang dasar, apa yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimanakah menyelesaikan masalah guru yang berkurangan secara berperingkat. Kedua, saya juga minta Tan Sri jelaskan sejak bila kementerian duduk dan berbincang tentang masalah kekurangan guru dengan Dong Jiao Zhong. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Sikit sahaja, Yang Berhormat.Tambahan.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Biar saya jawab dulu.

...Soal kekurangan guru, ini umumnya memang kita hadapi. Walaupun jumlah peratusan guru yang kurang itu tidaklah sebesar mana kita berhadapan dengan beberapa kekangan. Kadang-kadang guru kurang untuk satu opsyen umpamanya Bahasa Inggeris akan tetapi kalau kita lihat daripada bilangannya sebenarnya guru itu ada tetapi sukar untuk kita tempatkan di sekolah yang memerlukan kerana isu-isu seperti pertukaran, ada isu-isu sosioekonomi. Kadang-kadang ada pihak yang merayu supaya tidak ditukarkan ke tempat lain. Umpamanya di Lembah Klang ini kita ada jumlah guru Bahasa Inggeris yang berlebihan. Ini kerana mereka tidak bersedia untuk dihantar ke tempat lain walaupun kita minta dan sebagainya dan di sesetengah tempat tidak mempunyai jumlah yang mencukupi.

Jadi, ini isu-isu bukan pentadbiran yang biasa kita hadapi. Kalau jumlah umpamanya di sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak mencukupi kita tidak biasa hendak bincang dengan Dong Jiao Zhong ya. Kita sendiri tahu rekod kita yang sedia ada. Cara bagaimana kita hendak selesaikan masalah, itu lebih utama. Perkara ini kita ambil perhatian, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Amat Berhormat Menteri, kalau dasar Yang Amat Berhormat Menteri sebutkan tadi boleh direalisasikan dalam kementerian bermakna parti-parti politik tidak dibenarkan masuk dalam sekolah. Kalau hendak benar, dibenarkan semua, kalau tidak hendak benar, tidak dibenarkan semua boleh dijadikan satu polisi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Cuma jangan dipolitikkan. Pemimpin-pemimpin masyarakat boleh pergi...

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Kami setuju. Be fair. Setuju.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Akan tetapi ia tidak boleh jadi forum untuk dipolitikkan.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Setuju. Setuju.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Baik, terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Amat Berhormat Menteri, berkenaan dengan Dong Jiao Zhong, boleh? Satu soalan pendek sahaja.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Saya telah jelaskan tadi bahawa kita tidak perlu bincang dengan Dong Jiao Zhong. Pegawai saya di sini, di depan dan belakang ada ramai, kita tahu di mana kekurangannya. Kalau bincang dengan dia pun dia tidak boleh selesaikan masalah pasal dia bukan ada kuasa. Dia badan yang mungkin mewakili sekolah-sekolah jenis kebangsaan tetapi penyelesaiannya bukan di peringkat mereka. Mungkin kalau mereka hendak bantu tolong carilah guru-guru yang berkelayakan yang boleh kita gunakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang kita perlukan. Kalau setakat itu mungkin boleh tetapi kita tidak ada hendak bincang. Ini kerana soal kekurangan guru itu sudah jadi satu urusan dalam kementerian yang harus kita cari jalan untuk atasi dan selesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, biar sambung sedikit lagi. Soal memperkasakan...

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : TUAN ER TECK HWA ( BAKRI )
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.03.2010
SOALAN : NO 14

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab kenderaan komersial dan persendirian yang usianya lebih 20 tahun susah mendapatkan premium insurans pihak ke-3 (3rd Party). Ada antaranya terpaksa membeli premium insurans pihak pertama ataupun ditambah dengan premium persendirian (P.A).

DARIPADA : TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ( REMBAU )
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 30.03.2010
SOALAN : NO 25

Tuan Khairy Jamaluddin ( Rembau ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan dengan cadangan bagi memperkenalkan skim insurans motor pihak ketiga yang mempunyai had tanggungan nilai tertentu, seperti di Thailand untuk segmen pengguna kenderaan lama.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Saya memohon untuk menjawab soalan dari Yang Berhormat Bakri bersama-sama soalan dari Yang Berhormat Rembau kerana kedua-duanya menyentuh perkara dan isu yang sama.

Untuk makluman Yang Berhormat, banyak syarikat penanggung insurans secara individunya tidak mampu menawarkan perlindungan insurans motor, terutamanya polisi insurans motor pihak ketiga. Ini adalah berdasarkan pengalaman tuntutan yang tidak memuaskan akibat peningkatan kemalangan jalanraya dan kos perniagaan yang semakin meningkat berbanding kadar premium yang masih berdasarkan Tarif Motor yang tidak pernah berubah semenjak tahun 1978. Sebagai contohnya, pada tahun 2008, bagi setiap ringgit premium yang diterima oleh penanggung insurans, sebanyak RM2.70 telah dibayar sebagai tuntutan.

2. Walau bagaimanapun, disebalik kepincangan harga ini yang memudaratkan kedudukan kewangan penanggung-penanggung insurans am, Bank Negara Malaysia tidak membenarkan penanggung insurans memaksa pemilik kenderaan untuk membeli perlindungan insurans tambahan sebagai syarat untuk memperoleh perlindungan insurans motor. Pemilik kenderaan yang tidak dapat memperoleh perlindungan insurans yang diingini daripada mana-mana penanggung insurans dinasihatkan supaya mendapatkan perlindungan polisi insurans motor Pihak Ketiga daripada Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP), iaitu suatu pakatan yang ahlinya terdiri daripada penanggung insurans am berlesen.

3. MMIP merupakan penanggung insurans terakhir dan wajib menawarkan perlindungan insurans motor kepada pemilik kenderaan yang tidak boleh mendapatkan perlindungan dari pasaran. Perlindungan insurans motor yang dikeluarkan oleh MMIP boleh didapati dari mana-mana cawangan atau agen-agen MMIP iaitu Multi-Purpose Insurans Berhad, Uni.Asia General Insurance Berhad dan Pos Malaysia Berhad.

Pambahasan atas kekurangan bekalan air di Johor

Penyata Rasmi 2010.03.30 MS218

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tambah satu soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Mengenai masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk Johor, terutamanya di Kluang, Batu Pahat di mana didapati dua empangan pembekal air utama iaitu Empangan Sembrong dan Bekok sudah berada di bawah paras selamat. Saya ingin tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah kekurangan air ini berlaku?

Menurut penduduk di sana hujan turun memang cukup seperti tahun-tahun yang lepas dan agak ganjil bila dikatakan air dalam empangan hampir kering sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk catuan air. Di samping itu, minta Menteri berikan senarai kadar hujan yang turun sejak tahun lepas sehingga Februari 2010 dan senarai rekod kualiti air, kerana penduduk di kawasan berkenaan mengadukan air paip berbau masam. Terima kasih.

Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui: Kita tahu dalam musim kemarau ini di mana di Kluang, di Batu Pahat dan di Kota Kinabalu pun, kita tidak dapat mengawal cuaca dan apabila ia berlaku dan bila kemarau itu berpanjangan, kita akan melakukan catuan air dan sebagainya dan inilah situasi yang kita hadapi. Bagi Bakri ini, baru ini Yang Berhormat hadir satu majlis di Muar, di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun melancarkan program untuk hargai air dan kita kena ada satu program bersepadu supaya pihak DOE, pihak kerajaan negeri yang mengawal sumber air, mereka semua ini kena bekerjasama supaya kita dapat mengadakan satu holistic approach, dengan izin, untuk pastikan bahawa kita cukup sumber air untuk minuman di masa akan datang.

2010-03-29

Tes Perbahasan Usul Titah Seri Paduka Baginda (2010)

MS191-195

7.03 mlm.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk turut membahaskan dan menjunjung kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Pertama sekali, saya ingin membangkitkan satu isu mengenai pengumuman rasmi high speed broadband (HSBB) Telekom Malaysia yang berada pada 24 Mac 2010 di Dataran Merdeka. Saya memang faham projek HSBB yang bernilai RM11.3 bilion yang dimeterai pada September 2008 adalah usaha awam – swasta antara Telekom Malaysia dan kerajaan. Ini memang satu usaha yang baik untuk membangunkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dan membolehkan rakyat menikmati aplikasi internet dengan kelajuan lebih daripada 10Mbps. Soalan saya ialah di bawah konsep 1Malaysia ini, mengapa dalam pengumuman rasmi ini, tandas yang disediakan untuk Perdana Menteri yang begitu canggih dan mewah sekali sebaliknya tandas awam yang disediakan untuk orang awam bukan sahaja kecil, panas, busuk dan tiada bekalan air. Di sini saya tunjuk satu gambar. [Menunjukkan sekeping poster] Perbezaannya Perdana Menteri dan orang awam. [Ketawa]

PERBAHASAN USUL TITAH SERI PADUKA BAGINDA (2010)


PERBAHASAN USUL
MENJUNJUNG KASIH KE ATAS
TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2010)
OLEH Ahli Parlimen Bakri Y.B.Tuan Er Teck Hwa

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

SOALAN ( 68 )

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 29 MAC 2010 (ISNIN)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)

SOALAN :-

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan muatan dan tarikh sebenar penutupan tapak pelupusan sampah dan langkah-langkah pengurusan susulan di Bukit Bakri, Muar. Apakah perancangan pemulihan dan pembangunan tapak tersebut di masa kelak.

JAWAPAN :-

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak pelupusan sisa pepejal di Bukit Bakri, Muar adalah sebuah tapak bukan sanitari yang tidak mempunyai sebarang kelengkapan untuk menangani pencemaran alam sekitar dan melindungi kesihatan awam. Pada ketika ini, tapak tersebut menerima sisa pepejal sebanyak 300 tan sehari. Tapak ini telah hampir penuh kapasitinya dan usaha untuk membina tapak sanitari yang baru di Pagoh, Muar bagi menggantikan tapak di Bukit Bakri ini sedang dijalankan.

Sementara menunggu tapak baru tersebut siap dibina, tapak pelupusan di Bukit Bakri sedang dinaiktaraf bagi menampung sisa pepejal selama tiga tahun lagi. Usaha menaik taraf ini adalah usaha sementara bagi menangani pencemaran alam sekitar dan melindungi kesihatan awam. Sebaik sahaja tapak alternatif di Pagoh beroperasi dalam tempoh 3 tahun lagi, tapak di Bukit Bakri ini akan ditutup selamat lengkap dengan lapisan HDPE (high density polyethylene) dan loji rawatan yang akan melindungi sumber air dan kawasan sekitar daripada tercemar oleh air larut resap disamping kelengkapan menangani pelepasan gas metana. Tapak ini akan diwartakan sebagai tapak pelupusan sisa pepejal dan dimasa hadapan akan hanya digunakan sebagai kawasan lapang atau rekreasi. Pembangunan lain tidak akan dibenarkan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2010-03-25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN (PR-1231-L35745)
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 25 MAC 2010 (KHAMIS)
NO. SOALAN : 20

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan projek pemuliharaan benih ikan yang dilancarkan di sepanjang pesisir pantai Kesang hingga Sungai Balang. Adakah nelayan tempatan akan diberi keutamaan sebagai kumpulan sasar untuk menceburi dalam projek tersebut.

Jawapan

Buat masa ini belum ada sebarang program pemuliharaan benih ikan yang spesifik untuk sepanjang pesisir pantai Kesang sehingga Sungai Balang. Walau bagaimanapun, LKIM telah mewujudkan satu program untuk memperkayakan sumber perikanan iaitu pembinaan unjam menerusi program Ladang lkan Di Laut (LIDL) di kawasan Sungai Balang dan Sungai Kesang. Program ini memberi keutamaan kepada nelayan tempatan bagi memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan.

Objektif pembinaan Ladang lkan Di Laut ini adalah bertujuan untuk :-

a) Menambah, memperkayakan dan memperbanyakkan sumber biomas terutamanya bagi mengekalkan rantaian pemakanan sesuatu kawasan secara smulajadi.

b) Mempertingkatkan sumber - sumber ikan komersial di perairan pantai agar nelayan-nelayan tradisi dapat menangkap ikan secara berterusan dan sepanjang musim; dan

c) Mewujudkan pertambahan "fishing ground" kawasan pembiakan ikan yang telah dimusnahkan oleh aktiviti penangkapan ikan melalui pukat tunda.Malahan unjam berfungsi mengawal pencerobohan pukat tunda di kawasan pembiakan ikan di dalam Zon A di pesisiran pantai.

Pembinaan unjam ini dari sudut pembangunan telah memberi faedah dan manfaat kepada nelayan-nelayan pantai khususnya dan juga nelayan yang beroperasi di Zon B. Dengan pembinaan unjam, kawasan perairan pantai akan menjadi satu kawasan habitat yang boleh menarik kehidupan laut ke kawasan itu.

Selain itu, Jabatan Perikanan Malaysia juga ada melaksanakan program Komuniti Pengurusan Sumber Perikanan (KPSP) di beberapa kawasan bagi membantu meningkatkan pendapatan para nelayan tempatan di sepanjang pesisir pantai Kesang sehingga Sungai Balang. seperti:

i. KPSP Kesang (Pro1ek Jualan lkan Segar),
ii. KPSP Sg. Balang (Projek Pengeluaran Air Batu) dan
iii. KPSP Parit Jawa (Prolek Ternakan Kupang).

2010-03-24

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN (PR-1231- L35741)
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 24 MAC 2010 (RABU)
NO. SOALAN : 69

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah kes pencerobohan pukat tunda ke kawasan perairan Pt. Jawa sejak tahun 2000:-

(a)Sila berikan senarai nama pemilik pukat tunda yang terlibat dalam pencerobohan serta bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan; dan

(b)Apakah jaminan oleh Kerajaan untuk membela nasib nelayan pukat hanyut ataupun berlesen kelas A di kawasan sungai Balang, Bagan dan Pt. Jawa.

Jawapan :

Tuan yang diPertua,

a) Sejak tahun 2000 sehingga awal Mac 2010 sebanyak 19 kes pencerobohan pukat tunda telah dikenakan tindakan oleh pelbagai agensi penguat kuasa maritim negara seperti Agensi Penguatkuasa
Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, KASTAM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan Malaysia. Tindakan mengenakan kompaun telah dikenakan kepada pesalah termasuk satu (1) kes telah dibawa ke mahkamah. Antara kes-kes pencerobohan pukat tunda yang berjaya ditangkap di Tanjung Tohor, Parit Jawa adalah seperti berikut:

BilTahunBilangan TangkapanTindakan
120012Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
220023Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
320030Tiada Tangkapan
420040Tiada Tangkapan
520056Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
620061Kes dibawa ke mahkamah
720071Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
820081Dikenakan kompaun sahaja
920091Tiada kompaun dikenakan dan hasil lelongan ikan dikembalikan kepada pemilik
1020104Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik

(b) Langkah yang diambil bagi membela dan melindungi nelayan tradisi di zon A antaranya adalah:

a. menetapkan kawasan penangkapan ikan melalui sistem pengezonan seperti yang termaktub di dalam dasar dan prosedur pelesenan Jabatan Perikanan Malaysia.

b. menjalankan penguatkuasaan maritim negara melalui agensi-agensi penguatkuasa yang terdiri daripada APMM, Polis Marin, KASTAM, TLDM dan Jabatan Perikanan Malaysia. Rondaan dijalankan di sepanjang perairan negara bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang negara dan mereka yang bersalah dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

2010-03-22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

SOALAN (67)

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 22 MAC 2010 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)

SOALAN :-

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan piawaian yang digunakan untuk menentukan bajet peruntukan bagi sesuatu aktiviti perayaan. Adakah Kerajaan mengehadkan tetamu yang diundang berdasarkan latar belakang politlk, sosial dan sebagainya.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman YB, Kementerian Kewangan tidak menyediakan peruntukan khusus bagi sesuatu aktiviti perayaan. Walau bagaimanapun, kementerian dan jabatan dibenarkan untuk menggunakan peruntukan sedia ada di bawah kementerian/jabatan masing-masing untuk sesuatu prograrn/aktiviti dengan syarat perbelanjaan yang dibuat adalah tertakluk kepada peraturan kewangan yang berkuatkuasa semasa,

2. Dari segi undangan tetamu, Kementerian Kewangan juga tidak menentukannya dan terpulang kepada kementerian/jabatan yang menganjurkan aktiviti tersebut.

2010-03-18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :BUKAN LISAN
DARIPADA :TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
SOALAN :No. 358

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan awam yang telah dikenakan tindakan tatatertib sejak KPI dilaksanakan. Nyatakan senarai nama, jenis tindakan tatatertib dan jabatan yang terlibat.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOALAN NO: 68

PERTANYAAN :LISAN
DARIPADA :Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH :18 MAC 2010

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) Minta PERDANA MENTERI menyatakan status permohonan peruntukan khas YAB Perdana Menteri yang dikemukakan oleh saya sebelum bulan Ramadan tahun 2009.

(a)Kenapa masih tiada maklum balas daripada pegawai PPNJ yang berpertanggungjawabkan; dan

(b)Apakah piawaian yang digunakan untuk mengendalikan dan menilaikan permohonan yang dikemukakan oleh seseorang Ahli Parlimen pembangkang.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,
Permohonan program/projek yang dibuat di bawah peruntukan khas Y.A.B. Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen Bakri yang dikemukakan oleh Y.B. Tuan Er Teck Hwa tidak diluluskan kerana ianya bukanlah keperluan yang mendesak yang perlu diberi keutamaan buat masa ini.

Pegawai Kemajuan Negeri membuat penilaian ke atas semua permohonan program/projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen sebelum melulus dan melaksanakannya . Antara penilaian yang dibuat ialah:

(i)Pertimbangan ke atas permohonan program/projek dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan yang diasaskan kepada keputusan-keputusan Jemaah Menteri dan Y.A.B. Perdana Menteri dari semasa ke semasa;

(ii)Program/projek adalah merupakan keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat, mendesak dan perlu diberi keutamaan; dan

(iii)Program/projek yang dilaksana mempunyai 'value for money' (dengan izin)

2010-03-17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

EMBERITAHUAN PERTANYAANDEWAN RAKYAT, MALAYSIA

SOALAN ( 34 )

PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 17 MAC 2010 (RABU)
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI)

SOALAN :-

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan tahap pencemaran dan keselamatan penduduk di sekitar tapak pelupusan sampah Bukit Bakri sejak tahun 1990. Apakah piawaian yang digunakan dan bentuk kerja penerangan kepada penduduk tempatan apabila sesebuah tapak pelupusan sampah dirancang di Pagoh serta nyatakan bentuk pampasan yang rnungkin boleh dituntut oleh mereka.

JAWAPAN :-

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Bakri adalah sebuah Tapak Pelupusan bukan sanitari. Oleh yang demikian, ia didapati telah mencemarkan alam sekitar dan mengganggu keselesaan penduduk persekitaran. Bagi mengatasi masalah ini, Tapak Pelupusan Bukit Bakri akan dinaik taraf sebagai langkah interim sementara menunggu Tapak Pelupusan Sanitari baru di Bukit Pagoh siap dibina dalam tempoh 2-3 tahun lagi.

Dalam membina sebuah tapak pelupusan sanitari, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menggunakan garis panduan" Technical Guideline For Sanitary Landfill, Design and Operation" yang dikeluarkan oleh JICA (Japan International Cooperation Agency). Garis panduan bagi pembinaan ini menepati piawaian antarabangsa di mana lapisan (liner) diletak untuk mengatasi masalah aliran keluar leachate, sistem pengumpulan gas dibina. Bagi menangani pencemaran leachate, Ioji rawatan leachate juga dibina bagi merawat leachate sebelum dilepaskan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kajian Alam Sekitar Terperinci (DEIA) juga diperlukan sebagai langkah-langkah awal perancangan, la meliputi komponen yang melibatkan pandangan orang ramai diambil kira (public participant). Tiada bentuk pampasan yang boleh dituntut oleh penduduk kecuali jika tanah mereka terlibat dalam pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal berkenaan.

Kementerian perumahan dan Kerajaan Tempatan

2010-03-16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

SOALAN ( 32 )

PERTANYAAN :LISAN
TARIKH :16 MAC 2010 (SELASA)
DARIPADA :Y.B. TUAN ER TECK HWA(BAKRI)

SOALAN :-

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan hasil siasatan JKR atas status keselamatan kolam renang Muar.

(a)apakah perancangan selanjutnya bagi kolam renang tersebut ;dan

(b)kos yang terlibat dan tempoh masa yang dikehendaki jika kerja balk pulih dilancarkan.

JAWAPAN :-

Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kompleks kolam renang terletak di Jalan Sultanah di dalam kawasan Tanjung Ketapang, Muar. lanya dibina di aras rezab kerajaan pada sekitar tahun 1976/1977 bagi tujuan pembangunan sukan Majlis Sukan Sekolah Johor (MSS J) di bawah perbiayaan Kerajaan Negeri Johor. walau bagaimanapun kolam tersebut telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Muar untuk tujuan penyelengaraan dan pengurusan.

Kolam renang tersebut merupakan satu-satunya kolam bersaiz Olimpik pada waktu itu di mana ianya mempunyai kedalaman maksima 20 kaki.0leh yang demikian penyelenggaraan kolam tersebut amat tinggi dan kurang sesuai untuk penggunaan kanak-kanak di bawah umur 12tahun.

Ini disebabkan kadar bayaran masuk 2 jam adalah sekitar RM0.50 sahaja dengan purata pengunjung sekitar 800 hingga 1200 orang sebulan. Pendapatan bulanan hasil dari kutipan tiket ialah RM500.00 hingga RM1,000.00 sedangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan dianggarkan berjumlah RM15,000.00 hingga 20,000.00 sebulan.

Disebabkan kurang pengalaman dan kos operasi yang tinggi, pihak Majlis Perbandaran Muar telah menswastakan kolam tersebut malangnya operator tersebut telah mengalami kerugian dan gagal menjelaskan bayaran kepada pihak Majlis Perbandaran Muar. Tambahan pula kerosakan pam telah berfungsi selama 10 tahun memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi untuk penggantian baru.

Pihak Majlis juga telah membuka tawaran bagi mana-mana pihak untuk membangunkan semula kolam secara usaha sama namun sehingga kini tiada sebarang pihak yang dapat memberikan kertas kerja yang sesuai dan menyakinkan untuk memajukan kolam renang tersebut.

Disebabkan kerosakan para dan mesin penapis maka kolam tersebut tidak lagi berfungsi sejak 15 tahun lalu. Tambahan pula keseluruhan fasiliti kolam tidak boleh digunakan dan mengalami kerosakan dan pembinaan baru bangunan kompleks diperlukan bagi tujuan pengoperasian semula kolam renang tersebut. Anggaran pembinaan semula kompleks tersebut berjumlah lebih kurang RM2 juta hingga 3 juta dengan segala fasiliti dan keperluan yang baru. Pembinaan semula kolarn renang tersebut amat perlu bagi menepati keperluan masyarakat sama ada untuk bersukan atau beriadah bagi semua peringkat umur.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

MaC 2010

2010-03-14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI BUKAN JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : BUKAN JAWAB LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH
RUJUKAN : 2536

SOALAN :

Tuan Er Teck Hwa[Bakri] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Along dan ahli sindiket perjudian empat nombor ekor haram yang ditahan sejak tahun 2000 ke 2010 di bawah Ordinan Darurat (KA/MJ). Nyatakan senarai nama-nama mengikut:

(a)tarikh tangkapan dan tarikh didakwa/ dilepaskan tanpa didakwa.; dan

(b)tempoh dipenjarakan dan jenis hukuman yang diterima.

2010-03-12

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan menggunakan bajet perolehan Frigat Batch 2 untuk melengkapi sistem peluru berpandu di NGPV. Jika tidak, mengapa. Jika ya, bilakah ia akan dilengkapi untuk NGPV Batch 1.



Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : (11) dlm. PAR. 3/16

DENGAN TANGAN

12 Mac,2010

Yang Berhormat Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ]
Dewan Rakyat.

Yang Berhormat,

Pertanyaan Jawab Lisan Yanq Ditolak

Dengan hormatnya saya adalah diarah oleh YB. Tuan Yang di-Pertua untuk memaklumkan iaitu pertanyaan Jawab Lisan Yang Berhormat yang tersebut di bawah ini ditolak dengan sebab yang dinyatakan di sebelahnya di ruang kedua:-

Pertanyaan yang ditolakSebab ditolak
PR-1 231 -135735
Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan menggunakan bajet perolehan Frigat Batch 2 untuk melengkapi sistem peluru berpandu di NGPV. Jika tidak, mengapa. Jika ya, bilakah ia akan dilengkapi untuk NGPV Batch 1.
PM.23(i)(f).
Perkara Rahsia

Saya yang menurut perintah,

DATUK ROSSME BINTI HAMZAH

Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia




Dewan Rakyat

s.k.
1.Y.B. Tan Sri Yang Di-Pertua
2.Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertahanan,
Wisma Pertahanan,
Jalan Padang Tembak,
50634 Kuala Lumpur.

"Sila catatkan rujukan surat ini apabila menjawab"