2010-03-31

Pambahasan atas masalah penggunaan pukat tunda

Penyata Rasmi 2010.03.31

Kementerian Pertanian dan Asas Tani

MS149

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Marang dan Yang Berhormat Bakri ada membangkitkan isu penggunaan pukat tunda yang merosakkan habitat ikan, bubu, unjam-unjam dan peralatan nelayan persisiran pantai.
1830
Pihak kerajaan sentiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh nelayan-nelayan kecil seluruh negara. Sistem zon telah diperkenalkan untuk melindungi sumber perikanan nelayan di seluruh negara. Peraturan tahun 2009, 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing yang melakukan berbagai-bagai kesalahan telah ditahan oleh pihak pelbagai Agensi Penguat kuasa Maritim Negara kerana melanggar zon yang disebutkan tadi. Yang Berhormat Arau pula mengutarakan tentang isu-isu pertanian. Pertamanya berkenaan bantuan yang dilaksanakan di kawasan seluas 376 hektar sawah yang merupakan bantuan pembaikan infrastruktur kecil dan jalan ladang dalam kawasan Parlimen Arau. Sukacita saya maklumkan bahawa projek-projek tersebut sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung bulan April 2010.

MS157

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri belum cukup prihatin terhadap masalah pencerobohan haram pukat tunda yang dihadapi oleh nelayan pesisir pantai di Parit Jawa. Hasil penangkapan dan pendapatan nelayan tempatan telah susut sebanyak 50% akibat pencerobohan tersebut.

Apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk membantu mereka ini yang kurang bernasib baik, yang disebabkan oleh masalah pencerobohan pukat tunda?

MS159-160

Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Kemudiannya yang berbangkit daripada Yang Berhormat Bakri. Tadi saya sudah jawab Yang Berhormat Bakri, bahawa saya pun tahu masalah ini Yang Berhormat.

Saya sudah cakap sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1995. Inilah juga masalah yang saya bangkitkan apabila pencerobohan pukat tunda dalam zon A yang menyebabkan berlakunya masalah di seluruh negara, bukan sahaja di Bakri.

Oleh kerana itu, kita telah pun mengambil beberapa tindakan. Saya sudah katakan tadi iaitu tindakan pada tahun 2009, kita telah ambil tindakan kepada 1,278 bot nelayan tempatan dan 86 bot nelayan asing. Walau bagaimanapun, saya sedar bahawa hanya hendak menguatkuasakan agak sukar. Tambahan pula sekarang ini zaman IT.

Sebelum penguat kuasa sampai, bot sudah hilang kerana dia akan dihubungi. Adalah dia punya orang tertentu bagi tahu penguat kuasa akan datang. Kita sedar akan perkara ini. Oleh sebab itu kementerian sedang berusaha dan telah pun memanggil beberapa syarikat untuk kita perkenalkan dipanggil vessel tracking system, di mana salah satu yang saya sendiri melihat presentation yang dibuat kepada saya ialah supaya semua bot ini diletakkan satu alat dan kita boleh monitor dan kalau cara ini berjaya, maka kita boleh mengambil tindakan serta-merta. Kalau kita duduk di ibu pejabat, kalau mana-mana kapal yang masuk zon kita boleh terus matikan enjin. Jadi kapal ini kita terus boleh ambil tindakan. Inilah usaha yang kita sedang buat. Bukan sahaja di tempat Yang Berhormat, di tempat saya pun sama iaitu di Tanjong Karang. Jadi saya ingat itulah. Ya...

No comments:

Post a Comment