2010-03-31

Pembahasan atas isu Kem Tentera Skudai

Penyata Rasmi 2010.03.31

MS169

Kementerian Petahanan

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Seterusnya saya menyentuh mengenai isu Yang Berhormat Kinabatangan yang mungkin sudah balik awal sebab ada tanggungjawab lain - yang mempersoalkan mengapa banyak projek pembinaan yang terbengkalai dan sakit serta mengenai keadaan berek bujang anggota tentera yang daif dan tidak sesuai didiami. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hanya terdapat satu sahaja projek terbengkalai di bawah konsep penswastaan iaitu pembinaan Kompleks Skudai, Johor.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Masuk maghrib sahaja menjadi.[Ketawa]

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Kementerian Pertahanan sedang meneliti dari segi perundangan untuk mengambil tindakan ke atas tentera yang terlibat. Manakala terdapat empat projek sakit yang mana telah diambil tindakan susulan dengan melantik kontraktor penyelamat dan saya sendiri turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah ini supaya anak-anak buah saya, pegawai-pegawai dan anggota tentera tidak dikesampingkan dari segi kebajikan perumahan mereka.

MS179

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Menteri yang ini ialah tentang yang tadi Menteri cakap projek Kem Tentera Skudai yang terbengkalai 10 tahun. Tadi Menteri sebut tentang akan menyelesaikan masalah ini, bolehkah Menteri jelaskan apakah tindakan yang sudah diambil untuk kontraktor pembangunan kem tersebut dan saya juga minta Menteri jelaskan tempoh masa untuk menyelesaikan dan apakah langkah-langkah yang akan diambil, terima kasih.

MS182

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Saya fikir apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Gopeng, oleh Yang Berhormat Pokok Sena, oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi saya telah jelaskan tetapi apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri tadi, kem Skudai ini sebenarnya sedang diselamatkan, dan kontraktor penyelamat telah pun dikenal pasti untuk dilantik. Izinkan saya menghabiskan...

MS186

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Berhormat Menteri boleh minta jalan? [Ketawa] Yang Berhormat Menteri bolehkah bagi satu tempoh yang tepat...

No comments:

Post a Comment