2010-03-18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN :BUKAN LISAN
DARIPADA :TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
SOALAN :No. 358

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan awam yang telah dikenakan tindakan tatatertib sejak KPI dilaksanakan. Nyatakan senarai nama, jenis tindakan tatatertib dan jabatan yang terlibat.

JAWAPAN:

Berdasarkan Laporan Tahunan Tindakan Tatatertib yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, tiada pegawai awam yang dikenakan tindakan tatatertib kerana kegagalan mencapai KPI yang ditetapkan sejak KPI dilaksanakan sehingga kini.

No comments:

Post a Comment