2010-03-18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

SOALAN NO: 68

PERTANYAAN :LISAN
DARIPADA :Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH :18 MAC 2010

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) Minta PERDANA MENTERI menyatakan status permohonan peruntukan khas YAB Perdana Menteri yang dikemukakan oleh saya sebelum bulan Ramadan tahun 2009.

(a)Kenapa masih tiada maklum balas daripada pegawai PPNJ yang berpertanggungjawabkan; dan

(b)Apakah piawaian yang digunakan untuk mengendalikan dan menilaikan permohonan yang dikemukakan oleh seseorang Ahli Parlimen pembangkang.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,
Permohonan program/projek yang dibuat di bawah peruntukan khas Y.A.B. Perdana Menteri untuk kawasan Parlimen Bakri yang dikemukakan oleh Y.B. Tuan Er Teck Hwa tidak diluluskan kerana ianya bukanlah keperluan yang mendesak yang perlu diberi keutamaan buat masa ini.

Pegawai Kemajuan Negeri membuat penilaian ke atas semua permohonan program/projek di bawah Peruntukan Khas Y.A.B Perdana Menteri Untuk Kawasan Parlimen sebelum melulus dan melaksanakannya . Antara penilaian yang dibuat ialah:

(i)Pertimbangan ke atas permohonan program/projek dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan yang diasaskan kepada keputusan-keputusan Jemaah Menteri dan Y.A.B. Perdana Menteri dari semasa ke semasa;

(ii)Program/projek adalah merupakan keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat, mendesak dan perlu diberi keutamaan; dan

(iii)Program/projek yang dilaksana mempunyai 'value for money' (dengan izin)

No comments:

Post a Comment