2010-03-24

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN (PR-1231- L35741)
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 24 MAC 2010 (RABU)
NO. SOALAN : 69

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah kes pencerobohan pukat tunda ke kawasan perairan Pt. Jawa sejak tahun 2000:-

(a)Sila berikan senarai nama pemilik pukat tunda yang terlibat dalam pencerobohan serta bentuk tindakan undang-undang yang dikenakan; dan

(b)Apakah jaminan oleh Kerajaan untuk membela nasib nelayan pukat hanyut ataupun berlesen kelas A di kawasan sungai Balang, Bagan dan Pt. Jawa.

Jawapan :

Tuan yang diPertua,

a) Sejak tahun 2000 sehingga awal Mac 2010 sebanyak 19 kes pencerobohan pukat tunda telah dikenakan tindakan oleh pelbagai agensi penguat kuasa maritim negara seperti Agensi Penguatkuasa
Maritim Malaysia (APMM), Polis Marin, KASTAM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Perikanan Malaysia. Tindakan mengenakan kompaun telah dikenakan kepada pesalah termasuk satu (1) kes telah dibawa ke mahkamah. Antara kes-kes pencerobohan pukat tunda yang berjaya ditangkap di Tanjung Tohor, Parit Jawa adalah seperti berikut:

BilTahunBilangan TangkapanTindakan
120012Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
220023Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
320030Tiada Tangkapan
420040Tiada Tangkapan
520056Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
620061Kes dibawa ke mahkamah
720071Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik
820081Dikenakan kompaun sahaja
920091Tiada kompaun dikenakan dan hasil lelongan ikan dikembalikan kepada pemilik
1020104Dikenakan kompaun dan hasil lelongan ikan tidak dikembalikan kepada pemilik

(b) Langkah yang diambil bagi membela dan melindungi nelayan tradisi di zon A antaranya adalah:

a. menetapkan kawasan penangkapan ikan melalui sistem pengezonan seperti yang termaktub di dalam dasar dan prosedur pelesenan Jabatan Perikanan Malaysia.

b. menjalankan penguatkuasaan maritim negara melalui agensi-agensi penguatkuasa yang terdiri daripada APMM, Polis Marin, KASTAM, TLDM dan Jabatan Perikanan Malaysia. Rondaan dijalankan di sepanjang perairan negara bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang negara dan mereka yang bersalah dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

No comments:

Post a Comment