2010-03-30

Pembahasan atas isu kekurangan guru dan Perbincangan dengan Dong Jiao Zong

Penyata Rasmi 2010.03.30

MS75-77

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Amat Berhormat Menteri, satu soalan? Tentang dasar, apa yang saya ingin bangkitkan ialah bagaimanakah menyelesaikan masalah guru yang berkurangan secara berperingkat. Kedua, saya juga minta Tan Sri jelaskan sejak bila kementerian duduk dan berbincang tentang masalah kekurangan guru dengan Dong Jiao Zhong. Terima kasih.

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]: Sikit sahaja, Yang Berhormat.Tambahan.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Biar saya jawab dulu.

...Soal kekurangan guru, ini umumnya memang kita hadapi. Walaupun jumlah peratusan guru yang kurang itu tidaklah sebesar mana kita berhadapan dengan beberapa kekangan. Kadang-kadang guru kurang untuk satu opsyen umpamanya Bahasa Inggeris akan tetapi kalau kita lihat daripada bilangannya sebenarnya guru itu ada tetapi sukar untuk kita tempatkan di sekolah yang memerlukan kerana isu-isu seperti pertukaran, ada isu-isu sosioekonomi. Kadang-kadang ada pihak yang merayu supaya tidak ditukarkan ke tempat lain. Umpamanya di Lembah Klang ini kita ada jumlah guru Bahasa Inggeris yang berlebihan. Ini kerana mereka tidak bersedia untuk dihantar ke tempat lain walaupun kita minta dan sebagainya dan di sesetengah tempat tidak mempunyai jumlah yang mencukupi.

Jadi, ini isu-isu bukan pentadbiran yang biasa kita hadapi. Kalau jumlah umpamanya di sekolah-sekolah jenis kebangsaan tidak mencukupi kita tidak biasa hendak bincang dengan Dong Jiao Zhong ya. Kita sendiri tahu rekod kita yang sedia ada. Cara bagaimana kita hendak selesaikan masalah, itu lebih utama. Perkara ini kita ambil perhatian, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Yang Amat Berhormat Menteri, kalau dasar Yang Amat Berhormat Menteri sebutkan tadi boleh direalisasikan dalam kementerian bermakna parti-parti politik tidak dibenarkan masuk dalam sekolah. Kalau hendak benar, dibenarkan semua, kalau tidak hendak benar, tidak dibenarkan semua boleh dijadikan satu polisi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Cuma jangan dipolitikkan. Pemimpin-pemimpin masyarakat boleh pergi...

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Kami setuju. Be fair. Setuju.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Akan tetapi ia tidak boleh jadi forum untuk dipolitikkan.

Tuan Haji Ahmad Kassim [Kuala Kedah]: Setuju. Setuju.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Baik, terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Yang Amat Berhormat Menteri, berkenaan dengan Dong Jiao Zhong, boleh? Satu soalan pendek sahaja.

Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin: Saya telah jelaskan tadi bahawa kita tidak perlu bincang dengan Dong Jiao Zhong. Pegawai saya di sini, di depan dan belakang ada ramai, kita tahu di mana kekurangannya. Kalau bincang dengan dia pun dia tidak boleh selesaikan masalah pasal dia bukan ada kuasa. Dia badan yang mungkin mewakili sekolah-sekolah jenis kebangsaan tetapi penyelesaiannya bukan di peringkat mereka. Mungkin kalau mereka hendak bantu tolong carilah guru-guru yang berkelayakan yang boleh kita gunakan untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang kita perlukan. Kalau setakat itu mungkin boleh tetapi kita tidak ada hendak bincang. Ini kerana soal kekurangan guru itu sudah jadi satu urusan dalam kementerian yang harus kita cari jalan untuk atasi dan selesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, biar sambung sedikit lagi. Soal memperkasakan...

No comments:

Post a Comment