PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ERTECK  HWA
KAWASAN : BAKRI
TARIKH : 31.3.2010 (Rabu)
NO. SOALAN : 25
Y.B. TUAN ER TECK HWA (BAKRI) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN  INDUSTRI menyatakan tentang pelancaran Projek Trans-Peninsular  Oil Pipeline sejak 2007:
a) Apakah status terkini project  transpen ini dan bilakah privilege Transpeninsular Petroleum Sdn. Bhd.  mengurus projek ini tamat; dan
b) Senaraikan nama-nama pelabur utama  luar negeri yang terlibat dalam  projek ini serta pegangan syernya.
Jawapan:
Tuan Yang Di Pertua,
Syarikat  Trans-Peninsula Petroleum Sdn.Bhd. (TPP) telah diberikan kelulusan  secara dasar dan tanpa galakan cukai oleh Kerajaan Malaysia untuk  membina, memiliki dan mengendalikan projek saluran paip minyak pada  tahun 2006. Walaubagaimanapun, pada tahun 2009, syarikat TPP telah  memaklumkan bahawa pelaksanaan projek saluran paip yang dicadangkan  tersebut tidak dapat dilaksanakan ekoran perselisihan dalaman syarikat.  Lanjutan dari status projek syarikat tersebut, Kerajaan telah  membatalkan kelulusan secara dasar yang telah diberikan kepada syarikat  TPP. Pembatalan kelulusan tersebut adalah berkuatkuasa serta merta.
 
 
No comments:
Post a Comment