2010-06-30

USUL PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDR. 08/4/3 ( 3B )

28 Jun 2010

Y.B. Tuan Haji Salahuddin Ayub
Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Usul Yang Berhormat bertarikh 24 Jun 2010, Khamis telah saya terima.

2.    Ahli Yang Berhormat, perkara tersebut telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat semasa perbahasan  Rancangan Malaysia Kesepuluh. Sehubungan dengan itu, Kementerian Dalam Negeri  juga telah memberi penjelasan semasa sesi penggulungan pada 23. Jun 2010 serta Kementerian Pengajian Tinggi semasa sesi jawab lisan pada 24 Jun 2010.

3.    Oleh yang demikian, saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar dibawah Peraturan Mesyuarat 18(7)(b).

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA)

USUL PERATURAN MESYUARAT 18(1)

YPDOR. 08/4/3 ( 4A )

28 Jun 2010

Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.

Yang Berhormat,

USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)
Usul Yang Berhormat bertarikh 24 Jun 2010, Khamis telah saya terima. Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.

2.    Pada hari ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan Kubang Kerian.

3.    Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat dalam kamar.

Sekian.

(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR AMIN HAJI MULIA )

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 30 JUN 2010
SOALAN :
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa 60 peratus daripada Pintasan Muar mengalami strukturjalan yang tidak rata:-
(a)Sebab-sebab terdapat 30 buah papan tanda "jalan tidak rata" sepanjang 14 kilometer Jalan Pintas Muar; dan
(b)Apakan langkah-langkah  susulan  Kementerian untuk mengurangkan "jalan tidak rata"

2010-06-29

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 10 DI DEWAN RAKYAT

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 10 DI DEWAN RAKYAT

NAMA: YB TUAN ER TECK HWA
TARIKH PERBAHASAN: 29/06/2010



Meminta penjelasan Menteri ke aras jawapan yang saya terima dari Kementerian Kewangan mengenal kerugian GLC.  Dalam jawapan  Kementerian menyatkan di antara tahun 2005 sehingga 2009. tiga buah GLC yang dimiliki Khazanah Nasional Berhad di bawah syarikat GLC terbesar, senarai di bawah Program Transformasi GLC Kumpulan G20 telah mencatatkan kerugian. Meminta Menteri jelaskan nama ketiga-tiga GLC yang disebutkan dalam jawapan Kementerian. Berapakah jumiah kerugian yang dihadapi oleh GLC ini.Tiga syarikat GLC di bawah Khazanah Nasional Berhad yang tetah mencatat kerugian di antara tahun 2005 sehingga 2009 adalah seperti berikut:

i.Malaysian Airline System Bhd (MAS) (pada tahun 2(305 dan tahun 2006);
ii. Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) (pada tahun 2007 dan tahun 2008); dan
iii. Proton Holdings Bhd (Proton) (pada tahun 2007 dan tahun 2009).
2. Jumlah kerugian yang dialami oteh syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:

TahunSyarikatKerugian RM-
2005MAS(1,232.9)
2006MAS(74.7)
2007Proton(589.5)
2007Pos Malaysia(33.7)
2008Pos Malaysia(33.3)
2009Proton(301 .8)

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA SESI UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KE ATAS PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10) DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : Y.B. Tuan Er Teck Hwa(Bakri)

Tarikh : 29 Jun 2010 (Rabu)

SOALAN

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya menyedari bahawa keperluan untuk menyediakan sebuah tapak pelupusan sisa pepejal baru yang sanitari amat kritikal di kawasan Muar memandangkan tapak pelupusan sedia ada dj Bukit Bakri telah penuh dan mencemarkan alam sekitar. Oleh yang demikian, Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Pagoh di lot 354 dan sebahagian lot 4081, 4083 dan 5482 seluas 149 ekar telah dicadangkan oleh Keraiaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Muar bagi menggantikan tapak pelupusan di Bukit Bakri.

Buat masa ini, Tapak Pelupusan Bukit Bakri akan dinaiktaraf sebagai langkah interim untuk mcnangani masalah alam sekitar/eachate sementara menunggu tapak pelupusan di Pagoh siap beroperasi.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Julai 2010

2010-06-28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA[ BAKRI ]
TARIKH : 28 JUN 2010 (ISNIN)
SOALAN:

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a)bilangan peruntukan khas dari Kementerian-kementerian yang disalurkan kepada Ahli Parlimen Kawasan Bakri sejak tahun 2008; dan
(b)adakah kesemua peruntukan khas tersebut dimandatkan kepada pucuk pimpinan BN tempatan jikalau kawasan itu dimenangi oleh pembangkang dan apakah kerelevanan berpandukan kepada konsep kepartian tetapi bukan berpandukan kepada Perlembagaan.

2010-06-26

Membalas Kenyataan Timbalan Menterian Tentang Pendirian Mercu Tanda Tarian Singa Di Tapak Swasta

Ketika saya membahaskan isu cadangan pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa di Parlimen pada 18 Jun 2010 untuk mengenangkan jasa Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng yang telah berjaya mengharungi nama Malaysia di peringkat antarabangsa, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II, Datuk Maglin Dennis D’cruz telah berjanjikan bahawa kementeriannya juga amat menghargai sumbangan kejayaan tarian singa ini dan akan turut memberikan kerjasama dalam usaha mendirikan Mercu Tanda tersebut di Muar supaya membolehkan orang ramai lebih memahami kebudayaan tersebut. Saya amat menghargai maklum balas yang positif daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam merealisasikan usaha pendirian mercu tanda tersebut.

2010-06-25

'3 GLCs suffered losses due to external factors'

THREE government-linked companies owned by Khazanah Nasional Bhd incurred losses between 2005 and 2009, Datuk Seri Najib Razak told the house yesterday.

Without naming the GLCs, the prime minister said they suffered losses due to the challenging business environment, consistent with the global trend of rising oil prices, poor demand for products as well as other external factors.

MP files motion on sand smuggling

KUALA LUMPUR: An opposition MP has filed an emergency motion in the Dewan Rakyat, seeking for a debate on sand smuggling in the country.

Er Teck Hwa (DAP – Bakri), who filed the motion, said such activities were humiliating and had caused Malaysia to suffer huge losses.

“It is as though we are selling our land to another country,” he said. Such crimes indicated weak enforcement, he added.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia will decide on the the motion on Monday.

The Star - 25.06.2010

Three GLCs suffered losses between 2005-2009, says Najib

THREE government-linked companies (GLCs) owned by Khazanah Nasional Bhd suffered losses between 2005 and 2009, said Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, who is also Prime Minister, said this in his written reply to Er Teck Hwa (DAP-Bakri).

Najib, however, did not name the companies, which were also listed under the GLC Transformation Programme.

He added that the losses were incurred due to the challenging business environment caused by the increase in oil price, drop in demand of products and depreciation of investments.

“These are external factors and it is unfair for action to be taken against the board of directors of these GLCs for the losses,’’ he said.

Najib added that all GLCs did not receive any financial bailout from the Government.

“If there is any financial aid, it is an incentive based on guidelines and policy of the Government to improve the industry,’’ he said.

Separately, at a press conference in the Parliament lobby, Charles Santiago (DAP-Klang) called for a White Paper to be tabled in Dewan Rakyat over Felda’s dwindling cash reserves; its new RM662mil office and its investments in other states.

Reports have also be lodged with the Malaysian Anti-Corruption Commission over the dwindling cash reserves.


The Star - 25.06.2010

Ucapan Penangguhan : Kuasa Menteri Membuat Peraturan-Peraturan Dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78)

DR.24.6.2010

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN
Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78)

5.30 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Kuasa Menteri membuat peraturan-peraturan dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78). Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kuasa yang diperuntukkan kepada menteri membuat peraturanperaturan dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78).

2010-06-24

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24.06.2010
SOALAN NO : 21

Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan GLC yang menghadapi kerugian sejak tahun 2005:
(a)apakah tindakan Kerajaan ke atas Lembaga Pengarah GLC yang mengalami kerugian; dan
(b)senaraikan bantuan kewangan Kerajaan yang dihulurkan kepada GLC yang mengalami kerugian.

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tarikh : 24.06.2010

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa akhbar Star yang bertarikh 24hb. June, 2010 telah melaporkan masalah penyeludupan pasir yang serius dan bermaharajarela dari Negeri Johor ke Singapore. Kegiatan penyeludupan haram telah berlaku sekian lama tanpa sebarang tindakan yang berkesan dilakukan oleh pihak penguatkuasa yang berkenaan untuk menbanterasnya. Ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada dana negara kita setiap hari.

2010-06-23

YB ER MENDEKSA SUPAYA MENTERI BESAR JOHOR MENUNAIKAN JANJINYA UNTUK MENUTUP KAWANSA PELUPUSAN SAMPAH

YB ER MENDEKSA SUPAYA MENTERI BESAR JOHOR MENUNAIKAN JANJINYA UNTUK MENUTUP
KAWANSA PELUPUSAN SAMPAH


Tiada tanda penutupan kawasan pelupusan sampah tersebut.
Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa (Pakatan Rakyat - DAP) kesal dengan kawasan pelupusan sampah yang masih beroperasi di Kampung Aik Hwa. Beliau telah mendeksa supaya Menteri Besar Johor menunaikan janji beliau iaitu menutup kawasan pelupusan sampah itu dengan segera serta memenuhi "6 rayuan" yang dikemukakan oleh "Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri"

GMI seeks Pakatan help to abolish 'draconian' laws

The Abolish ISA movement (GMI) today urged Pakatan Rakyat MPs to be more insistent in Parliament to support the abolition of the trio of acts it deems draconian, the Internal Security Act (ISA), Emergency Ordinance (EO) and Dangerous Drugs Act (DDA).

2010-06-22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA[BAKRI]
TARIKH : 22 JUN 2010

SOALAN

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan (awam) kontrak yang diambil sejak tahun 2005:-
(a)senaraikan perbelanjaan pengupahan kakitangan aware kontrak mengikut Kementerian; dan
(b)apakah perancangan Kementerian ini untuk mengurangkan pergantungan kepada kakitangan awam kontrak.

2010-06-18

DAP rep: I have info on illegal betting

A DAP MP has questioned whythe Government cannot combat illegal betting when he himself can get his hands on information relating to bookies, including their telephone numbers and bank accounts.

Er Teck Hwa (DAP - Bakri) even claimed that one of the illegal betting operations was carried out from a high-end shopping mall in Bangsar, Kuala Lumpur.

Ucapan penngguhan : Pembinaan Mercu Tanda Tarian Singa di Bandar Muar

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang cadangan Menteri Besar Negeri Johor untuk membina mercu tanda tarian singa di Muar. Ini demi mengenangkan ketekunan dan kejayaan Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng, Muar yang telah menaikkan nama Malaysia sebagai juara dunia dalam pertandingan antarabangsa.

2010-06-17

Ucapan RMK-10 Oleh Y.B. Er Teck Hwa

DR.17.6.2010 70~75

3.29 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RMKe-10 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Jun. Sungguhpun isu perjudian sudah banyak kali dibangkitkan oleh rakan-rakan saya dalam perbahasan RMKe-10, namun saya ingin memberikan sedikit pendapat supaya kerajaan boleh menangani isu ini.

2010-06-16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA
TARIKH : 16 JUN 2010

SOALAN:

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a)bilangan pekerja asing tanpa permit dan senaraikan negara asal serta bidang pekerjaan yang terlibat sejak tahun 2005; dan
(b)apakah perancangan Kementerian untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga asing untuk menaikkan pendapatan penduduk tempatan demi mencapai wawasan negara maju.
PR-1232-L38919

2010-06-14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : JAWAB LISAN
DARIPADA : YB TUAN ER TECK HWA (DAP) (BAKRI)
TARIKH : 14 JUN 2010 (ISNIN)

SOALAN

YB Tuan Er Teck Hwa (DAP) (Bakri) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) bilangan permohonan dan kelulusan bantuan kebajikan di negeri Johor sejak tahun 2005; dan
(b) nyatakan tarikh hari pembayaran bantuan bagi setiap bulan yang telah ditetapkan, bilangan kes lewat bayar telah berlaku dan puncanya sertasenaraikan kes lewat bayar ini mengikut daerah.

2010-06-10

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA
(BAKRI)
TARIKH : 10.06.2010

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan :-
(a) bilangan dan nama SJK(C) dan SJK(T) yang mendapat kemudahan kadar cukai tanah RM1 sehingga hari ini; dan
(b)apakah perancangan Kementerian untuk membantu SJK(C) dan SJK(T) yang tidak dapat menikmati kadar cukai tanah RM1 demi mengurangkan beban kos pentadbiran pihak sekolah.

2010-06-09

Pemberitahuan Pertanyaan Dalam Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Jawapan : Oleh Y.B. Menteri Pertanian dan lndustri Asas Tani

Tuan Yang DiPertua,

Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) 1967 telah menetapkan bahawa vesel pukat tunda Zon B dibenarkan untuk beroperasi di kawasan 5 batu nautika dan ke atas dari pantai.

Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda yang telah rnengancam mata pencarian para nelayan pesisir pantai, iaitu perlesenan kelas A yang kian kesempitan hidup, saya ingin menyentuh tentang penetapan kawaian-penangkapan ikan.di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa berpandukan-kepada keadaan geografl setempat untuk golongan nelayan tersebut.

2010-06-08

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 8 JUN 2010
RUJUKAN 2685

SOALAN:

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a)bilangan kes penculikan serta mangsa yang terbunuhdari tahun 2000 hingga hari ini; dan
(b)berapakah kes yang telah berjaya dibanteras dan senaraikan bilangan penculik yang telah dihukum di mahkamah serta jenis hukumannya.