2010-06-24

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA (BAKRI)
PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 24.06.2010
SOALAN NO : 21

Tuan Er Teck Hwa (Bakri) minta Menteri Kewangan menyatakan bilangan GLC yang menghadapi kerugian sejak tahun 2005:
(a)apakah tindakan Kerajaan ke atas Lembaga Pengarah GLC yang mengalami kerugian; dan
(b)senaraikan bantuan kewangan Kerajaan yang dihulurkan kepada GLC yang mengalami kerugian.

JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, secara prinsipnya berdasarkan amalan tadbir urus korporat terbaik selaras dengan Buku Hijau (Meningkatkan Kecekapan Lembaga Pengarah) dibawah Program Transformasi GLC, sebarang tindakan terhadap syarikat tidak sewajarnya diambil oleh Kerajaan, sebaliknya perlu diambil oleh pemegang-pemegang saham syarikat itu sendiri.

Di antara tahun 2005 sehingga tahun 2009, tiga buah GLC yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad di bawah syarikat GLC terbesar tersenarai di bawah Program Transformasi GLC (Kumpulan G-20) telah mencatat kerugian.

3.Kerugian yang dicatat oleh syarikat GLC tersebut adalahdisebabkan oleh persekitaran perniagaan mencabar yang manakonsisten dengan trend global seperti peningkatan harga minyakdunia serta pengurangan permintaan terhadap produk, di sampingfaktor luaran lain seperti penyusutan nilai pelaburan.

4.Faktor-faktor ini adalah di luar kawalan dan tidak wajar sekiranya Lembaga Pengarah GLC berkenaan diambil tindakan atas kerugian yang telah dicatatkan oleh syarikat masing-masing.Tambahan pula, rata-rata GLC-GLC tersebut kembali mencatat kanprestasi kewangan yang lebih baik pada tahun-tahun berikutnya.

5.Di samping itu, semua syarikat GLC tersebut tidak menerima sebarang financial bailout daripada Kerajaan. Sebaliknya sebarang bantuan kewangan adalah melalui insentif yang sediaada berdasarkan garis panduan dan polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan untuk meningkatkan industri yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment