2010-06-17

Ucapan RMK-10 Oleh Y.B. Er Teck Hwa

DR.17.6.2010 70~75

3.29 ptg.
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RMKe-10 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Jun. Sungguhpun isu perjudian sudah banyak kali dibangkitkan oleh rakan-rakan saya dalam perbahasan RMKe-10, namun saya ingin memberikan sedikit pendapat supaya kerajaan boleh menangani isu ini.

1530

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr. Mahathir pada 14 Jun di BERNAMA bahawa - mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluarkan atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi. Pada pendapat beliau, orang-orang Cina memang kaki judi. [Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya terpegun dengan kenyataan beliau. Sebagai bekas Perdana Menteri yang telah menerajui negara kita selama 22 tahun dengan kenyataan ini - kenyataan Tun Dr. Mahathir tidak boleh diambil kira sebagai pendapat peribadi sahaja. Apa yang dikatakan oleh beliau mewakili mentalitinya. Adakah kewarasan seorang pemimpin mengamalkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, tulis pakai tangankah itu Yang Berhormat?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak...

[Ketawa][Dewan riuh]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]
: ...set mentaliti yang lain semasa pemerintahannya dan selepas pencen?

Seorang Ahli: Mengapa bising-bising lagi?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...seperti, “I have changed my mode” yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Penerangan kita pada tahun lepas. Tentunya tidak. Mentalitinya memang tidak berubah sebelum dan selepas beliau letak jawatan dan juga mewakili persepsi Barisan Nasional dan UMNO terhadap kaum-kaum bukan bumiputera di negara ini.

Semalam Yang Berhormat Kota Belud berkata, keluaran lesen berjudi adalah untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan perjudian haram di Malaysia. Yang Berhormat Kota Belud sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, saya kurang pasti hujah beliau adalah mewakili pemikiran sendiri ataupun pendirian parti politik.

Maksud beliau sekiranya tidak dapat menghapuskan perjudian haram, jadi biarkan kita halalkannya. Menurut logik beliau, sekiranya kegiatan haram seperti penyalahgunaan dadah, senjata pembunuhan dengan menggunakan C4, pelacuran dan sebagainya tidak dapat dihapuskan, maka biarlah kita mengeluarkan lesen untuk halalkannya. Adakah ini logik Barisan Nasional?

Dalam konsep pembahagian kuasa, kerajaan merupakan pemerintah bertanggungjawab untuk memastikan sistem pentadbiran kerajaan berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Kini, Kerajaan Barisan Nasional mengatakan mereka tidak mampu menghapuskan perjudian maka caranya ialah merealisasikannya. Adakah perkara ini jelas menunjukkan kerajaan Barisan Nasional sudah mengakui gagal dalam tanggungjawab mereka untuk menghapuskan aktiviti-aktiviti haram di negara kita?

Sekiranya Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menghadapi kesulitan untuk mendapatkan maklumat tentang perjudian haram ini, mungkin saya boleh berikan sedikit maklumat untuk beliau.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]
: Yang Berhormat Kota Melaka, jangan kacaulah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]
: Tolong saya sahaja. Ketua sindiket judi haram yang saya ingin sebutkan di sini ialah Lee Mok Nyean ataupun dikenali sebagai Henry. Beliau berasal dari Sitiawan, Perak dan merupakan agen judi haram yang terbesar di pantai barat Semenanjung dan aktif di kawasan Petaling Jaya.

Yang kedua, Wong Chun Hong atau dikenali sebagai Peter. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan kini aktif di kawasan Bahau, Negeri Sembilan. Beliau merupakan bookie laman web judi bola yang bernama www.sbo.com dan www.ibc.com dan juga menguruskan pinjaman wang haram. Wong Chun Hong melaporkan kepada orang atas, nama mereka ialah Ah Tian dan Ah Long.

Laman web yang bernama www.cmd368.com dan www.mansion88.com merupakan agen perjudian bola secara haram yang terbesar di negara kita. Walaupun laman web judi ini didaftarkan di negara asing, tetapi ia sebenarnya diuruskan oleh warganegara Malaysia.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]
: Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bakri, duduk dahulu Yang Berhormat Bakri. Hendak bagi jalan, duduk.

Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]
: Bagi, bagi... Ia bagi Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan tahniahlah kepada Yang Berhormat Bakri. Ia tidak ada polis, ia tidak ada jawatankuasa, ia tidak ada apa-apa, kakitangan atau apa tetapi ia tahu semua maklumat ini ya. Amat malulah Barisan Nasional...

[Tepuk]

Dengan adanya polis, adanya segala jawatankuasa, maklumat ini tidak tahu dan tidak mampu hendak larang dan halang. Sehingga seperti mana yang dikatakan terpaksa mengakui gagal dan hendak halalkan benda yang jelas sudah haram.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Bakri, pandangan Yang Berhormat Bakri. Sekiranya judi ini dihalalkan mengikut undang-undang Barisan Nasional ini, tidakkah jumlah orang yang akan terlibat di dalam perjudian ini akan bertambah? Tidakkah dengan itu penyakit yang bagaikan barah yang merosakkan masyarakat kita akan menjadi semakin kritikal dan semakin teruk?

Tidak bolehlah kita kata, “Oh, kalau sekarang kita haramkan pun orang buat, maka bila kita halalkan pun tidak ada beza.” Pasti akan ada beza. Betul atau tidak Yang Berhormat Bakri? Terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]
: Saya memang setuju dan ucapan ini masuk dalam ucapan saya.

[Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]
: Seterusnya orang yang di belakang laman web tersebut bernama Wind yang berada di Kuala Lumpur. Pejabat beliau di Bangsar Village. Nombor telefon beliau ialah 017-8794101. Salah satu akaun di Public Bank ialah 4537794611 di bawah nama Tan Chin Keat.

Lagi seorang ialah Sam yang kini berada di Kuala Lumpur juga merupakan anggota sindiket judi haram yang sama. Nombor telefonnya ialah 014-8478470. Tugas beliau ialah mencari pelanggan-pelanggan baru.

Bookie sindiket perjudian secara haram yang satu lagi ialah bernama Alex, merupakan seorang tauke empat nombor ekor haram yang terkenal di Bahau, Negeri Sembilan. Seorang lagi anggota sindiket perjudian Chan Kin Foy, nombor telefon 012-3843034.

Seorang Ahli: Yang Berhormat ada main?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak ada. Saya memang tidak main.[Ketawa]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: ...Beliau ada satu akaun di Maybank yang bernombor 114423024792, kawasan ialah Aman Puri, Kepong.

1540

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Catat, catat. Seorang catat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya boleh menyenaraikan nama bookie judi haram dan Ah Long di Dewan yang mulia ini tetapi masa tidak mengizinkan saya membuat begitu.

Saya cuma ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan sekiranya seorang ahli Parlimen seperti saya yang berpendidikan tidak begitu tinggi boleh dapat maklumat tersebut, pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak dapat menghapuskan aktiviti-aktiviti haram ini dengan mekanisme yang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Bab 3 dalam Laporan RMKe-10 ini. Dari muka surat 85 ke 90, tentang pertumbuhan daya inovasi. Dalam struktur institusi yang dikemukakan di laporan ini menjelaskan bahawa Majlis Inovasi Negara atau NIC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dan dinasihatkan oleh MOSTI. Saya rasa Kerajaan Barisan Nasional memang tidak faham apa maksud inovasi. Inovasi berasal dari kreativiti.

Kreativiti hanya boleh dilahirkan dari satu suasana kebebasan dari segi akademik, kekangan politik, maklumat dan sebagainya.

Saya ambil satu contoh dari Taiwan. Taiwan di dalam arena dunia terkenal kerana inovasi mereka dalam bidang pertanian, semikonduktor dan produk-produk elektronik.

Kerajaan sebegini bukan bergantung sepenuhnya kepada dasar kerajaan tetapi usaha bebas institusi yang bernama Academia Sinica atau nama Cina disebutkan sebagai... [Menyebut istilah dalam bahasa Mandarin]

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: [Bangun]

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]
: Academia Sinica ditubuhkan pada tahun 1928 dan ia merupakan satu institusi penyelidikan dan pembangunan tertinggi di negara China.

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]
: Minta laluan.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Selepas - Sekejap lagi, ya. Selepa kerajaan Parti Kuomintang berpindah ke Taiwan pada tahun...

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Kawan ini.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Boleh. Sekejap, ya. Pada tahun 1949, Academia Sinica ditubuhkan semula di Taipei. Pada tahun 60-an, Kerajaan Taiwan menghantar beribu-ribu orang pelajar ke negara barat seperti Amerika, Jerman, Jepun dan sebagainya untuk mempelajari teknologi baru di bidang pertanian dan elektronik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Labuan bangun Yang Berhormat. Hendak bagi?

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey.

Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]: Kawan satu hotel. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Bakri. Memandangkan Ahli Parlimen Bakri mempunyai data yang begitu lengkap mengenai penama-penama ahli-ahli judi ini, apakah boleh macam Yang Berhormat Bakri buat laporan kepada polis yang mana secara tidak langsung statistik sudah ada, bukti sudah ada untuk memudahkan. Nombor telefon pun sudah ada untuk memudahkan pihak berkuasa bertindak untuk menangkap ahli-ahli judi. Apakah Yang Berhormat Bakri sanggup menjadi saksi kalau ada laporan tersebut? Terima kasih.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sebagai Ahli Parlimen, saya akan jadi saksi. Saya tengok apa tindakan menteri dulu... [Disorak]

Seorang Ahli: Siasat dululah.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Saya tengok Ketua Polis macam mana. Selesai masalah ini dahulu.

Pelajar-pelajar yang dihantar ke negara Barat bukan sahaja tamat pengajian mereka tetapi bekerja di koperasi besar di negara-negara Barat. Dengan pendek kata, mereka bukan sahaja memperoleh ilmu inovasi akademik tetapi juga pengalaman pengurusan industri.

Apabila Kerajaan Taiwan menukarkan dasar mereka dalam bidang pertanian dan perindustrian pada tahun 1970-an, mereka balik ke Taiwan dengan membawa balik teknologi dan pengalaman mereka ke Academia Sinica.

Teknologi semikonduktor dan pertanian yang kini berada di Taiwan adalah berasal dari penyelidikan-penyelidikan di institusi ini. Mereka juga memberikan nasihat dan pendapat mereka dalam bidang pengajian kepada pihak industri di Taiwan termasuk Taman Sains Hsinchu. Kerajaan perlu sedar bahawa kebanyakan SME dan EKS tidak mampu melaksanakan R&D bukan kerana modal yang tidak mencukupi tetapi kerana kekurangan pengalaman dan sumber manusia yang kreatif dalam bidang tertentu.

Seorang kawan beritahu saya, dia pernah membekalkan alat-alat yang bernilai beberapa ratus ribu ringgit kepada universiti tempatan dan akhirnya dia mendapati alat-alat ini terbiar sahaja oleh penyelidik-penyelidik di universiti tersebut. Puncanya ialah kita tidak ada sumber manusia yang cukup berpengalaman untuk mengkaji kegunaan alat-alat yang kompleks ini. Di samping itu, kebanyakan R&D melibatkan ujian dan fundamental science yang makan masa jangka panjang sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. SME dan EKS kita sepatutnya diberikan peluang untuk melanjutkan kajian institusi akademik... [Disampuk] Sekejap, ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]
: Satu minit lagi, Yang Berhormat.

Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Akhirnya, saya mencadangkan kerajaan menyerahkan tugas ini kepada penyelidik-penyelidik akademik. Tubuhkan satu institusi yang berasingan dari penglibatan politik dan memberikan satu suasana yang lebih bebas supaya mereka boleh menjalankan pengajian mereka dan memberikan nasihat yang lebih munasabah di bidang inovasi ini. Saya juga menasihatkan Kerajaan Barisan Nasional. Sekiranya pemimpin-pemimpin kita cukup inovasi dalam membuat keputusan dasar dan strategi yang digunakan, mengapa kita tidak dapat bersaing dengan negara jiran kita, Singapura yang kurang dana alam semula jadi. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment