PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN
DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISANDEWAN RAKYAT
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ]
TARIKH : 8 JUN 2010
RUJUKAN 2685
SOALAN:
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a)bilangan kes penculikan serta mangsa yang terbunuhdari tahun 2000 hingga hari ini; dan
(b)berapakah kes yang telah berjaya dibanteras dan senaraikan bilangan penculik yang telah dihukum di mahkamah serta jenis hukumannya.
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bakri yang mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, bagi menjawab soalan (a), bilangan kes penculikan dari tahun 2000 hingga Mac 2010 adalah sebanyak 212 kes dan jumlah mangsayang terlibat adalah seramai 235 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 19 orang mangsa telah disahkan terbunuh/mati.
Bagi menjawab soalan (b) pula, dalam tempoh yang sama sebanyak 137 kes telah berjaya diselesaikan manakala bilangan penculik yang telah dikenakan hukuman mengikut Akta Culik 1961 dad tahun 2000 hingga 24 Mei 2010 adalah seperti berikut:-
Bil. | Bentuk Hukuman | Jumlah (orang) |
1 | Penjara Seumur Hidup | 6 |
2 | Penjara 8 tahun dan 2 sebatan rotan | 1 |
3 | Penjara 6 tahun dan 2 sebatan rotan | 3 |
4 | Penjara 24 bulan dan 1 tahun Perhatian Polis | 1 |
Jumlah | 11 |
No comments:
Post a Comment