2010-06-24

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Tarikh : 24.06.2010

Tan Sri Tuan Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Tan Sri,

Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa akhbar Star yang bertarikh 24hb. June, 2010 telah melaporkan masalah penyeludupan pasir yang serius dan bermaharajarela dari Negeri Johor ke Singapore. Kegiatan penyeludupan haram telah berlaku sekian lama tanpa sebarang tindakan yang berkesan dilakukan oleh pihak penguatkuasa yang berkenaan untuk menbanterasnya. Ini telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada dana negara kita setiap hari.

Kerajaan kita telah melarang sebarang penjualan pasir baik dari laut mahupun darat ke Singapore sejak tahun 1997. Tetapi berjuta-juta meter padu pasir terutamanya jenis selica yang bernilai dalam perusahaan perumahan dan perindustrian yang berasal dari Sungai Johor telah dikorek oleh sindiket haram dan mengeksportkannya melalui jalan laut antarabangsa dari Kota Tinggi dan Ulu Tiram sehingga Danga Bay dan Tanjung Pelepas sebelum sampai ke satu jeti persendirian di Pulau Punggol Timur, Singapura. Ditambah pula ada lori-lori hantu yang membawa pasir ke Singapore melalui Tambak Johor setaip hari.

Pasir penyeludupan dari Johor ini akan digunakan oleh Housing Development Board of Singapore dalam projek perumahan sana dan pasir silica yang berharga pula sebagai bahan asas dalam perindustrian kaca. Harga pasir dari Johor hanya bernilai S$30 per meter padu, lebih rendah harganya berbanding dengan dengan harga pasir dari Thailand, Vietnam dan Kambodia yang berharga S$40 per meter padu.

Dianggarkan nilai pasir sebanyak RM 44.9 juta bersamaan dengan 652,000 meter padu telah resap dari bumi Johor dalam masa 4 bulan sahaja atas kegiatan penyeludupan pasir haram ini. Sejak Ogos 2007, lebih 3 juta meter padu pasir dari Sungai Johor telah diseludup ke Singapore. Sindiket haram ini telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM 251.9 juta dalam masa 3 tahun sahaja.

Kegiatan penyeludupan pasir ini merupai satu barah yang bukan sahaja telah membawa kerugian dalam wang ringgit sahaja, tetapi membawakan suatu keaiban kepada maruah bangsa dan negara. Ia seakan tanah air kita boleh dijual-belikan kepada negara lain. Malah sindiket-sindiket penjualan pasir haram yang berleluasa ini masih gagal dikenakan sebarang tindakan dan diberkas oleh pihak penguatkuasa. Mereka seakan diberikan kuasa imuniti oleh pihak tempatan yang berkuasa yang terselindung di belakang kegiatan haram ini. Selanjutnya, kawalan persempadan negara yang begitu longgar oleh pihak berkuasa seperti pihak kastam dan Maritim telah menimbulkan persoalan ancaman keselamatan negara. Bukan pasir sahaja senang diseludup keluar, malah senjata api, pendatang haram dan anasir pengganas boleh bebas keluar masuk di sempadan perairan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

No comments:

Post a Comment