PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISANDARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA
TARIKH : 16 JUN 2010
SOALAN:
Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a)bilangan pekerja asing tanpa permit dan senaraikan negara asal serta bidang pekerjaan yang terlibat sejak tahun 2005; dan
(b)apakah perancangan Kementerian untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga asing untuk menaikkan pendapatan penduduk tempatan demi mencapai wawasan negara maju.
PR-1232-L38919
JAWAPAN:
Tuan Yang di-Pertua,
a)Bagi makluman Dewan Yang Mulia ini, terdapat 3 kategori pekerja asing tanpa permit / tanpa izin (PATI). Pertama ialah pekerja asing yang masuk ke negara ni secara haram. Kedua kemasukan mereka ke negara ini melalui Pas Lawatan Sosial dan selepas tamat tempoh, mereka tidak kembali ke negara asal sebaliknya terus tinggal dan bekerja di Malaysia. Yang ketiga, pekerja asing ini masuk secara sah melalui permit kerja tetapi tidak pulang ke negara asal selepas tamat tempoh atau melarikan diri sebelum permit / kontrak kerja tamat. Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan bilangan pekerja asing tanpa permit dan senarai negara asal mereka serta bidang pekerjaan yang terlibat. Namun begitu, mengikut Statistik Tahanan Semasa Di Seluruh Depot Imigresen Malaysia pada 1 Jun 2010, terdapat seramai 5875 orang pekerja asing tanpa permit / tanpa izin (PATI) dan mereka berasal dari 37 negara.
Tuan Yang Di Pertua,
(b) Kerajaan secara dasamya komited untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing. Kerajaan sentiasa melihat bahawa keperluan pekerja asing di Malaysia adalah bersifat sementara. Pada umumnya kehadiran pekerja asing di negara ini adalah untuk mengisi kekosongan jawatan yang tidak diminati dan diisi oleh pekerja tempatan.
Bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga pekerja asing, Kerajaan telah merangka beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang. Di antara langkah yang dilaksanakan bagi menarik minat pekerja tempatan dan seterusnya menaikkan pendapatan rakyat tempatan adalah seperti berikut:
i.Memperkenalkan program-program untuk menjayakan Dasar Pendapatan Tinggi (High Income Policy) bagi meningkatkan penyertaan tenaga kerja tempatan dalam sektor-sektor utama yang menawarkan pendapatan yang lebih tinggi;
ii.Menggalakkan industri beralih kepada pengeluaran berorientasikan modal melalui dana-dana bantuan Keraj aan, insentif cukai dan lain-lain;
iii.Mengkaji dan meningkatkan insentif-insentif perkhidmatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan seperti struktur gaji, kemudahan elaun, latihan dan lain-lain;
iv.Mengadakan perundingan dengan majikan supaya bayaran upah yang lebih tinggi dan lain-lain kemudahan ditawarkan kepada pekerja sebagai tarikan kepada pekerja tempatan. Di samping itu, penempatan industri pembuatan dan perkilangan dibuka dikawasan luar bandar yang mempunyai penawaran tenaga kerja yang tinggi bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor perkilangan dan pembuatan;
V.Menggalakkan majikan untuk menggunakan kaedah kerja secara Homeworking dan kerja separa masa (part time) bagi kerja-kerja yang boleh dibuat di luar premis pekerjaan atau dibuat secara part time oleh latent workforce seperti surirumah, ibu tunggal, belia, OKU dan pesara bagi mengurangkan pengambilan pekerja asing;
vi.Menggalakkan penggunaan teknologi automasi seperti mesin cantas untuk sektor perladangan, mesin mencuci pinggan mangkuk di restoran dan penggunaan teknologi berasaskan Industrial Building System (lBS) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh;
vii.Memperkukuhkan sistem latihan vokasional dan pendidikan teknikal bagi menghasilkan pekerja yang berkemahiran tinggi yang berpotensi unmk ditawarkan gaji yang tinggi bagi menggantikan secara berperingkat pekerja asing; dan
Viii. Menjalankan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di peringkat negeri sebulan sekali dan juga diperingkat daerah. Program ini bertujuan untuk menarik minat pekerja tempatan untuk mengisi kekosongan dan keperluan industri. Program ini memberi peluang kepada majikan yang berdaftar dalam Jobsmalaysia untuk mengadakan walk in interview.
Di samping ira, terdapat langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengurangkan pekerja asing seperti berikut:
i.Membekukan pengambilan pekerja asing dalam sektor perkhidmatan kecuali dalam sub-sektor tukang masak, pekerja pembersihan, pencucian dan pekerja resort peranginan; dan
ii.Levi pekerja asing dibayar oleh majikan.
No comments:
Post a Comment