2010-06-09

Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Terima kasih Tuan Yang Dipertua, demi menyelesaikan masalah pencerobohan pukat tunda yang telah rnengancam mata pencarian para nelayan pesisir pantai, iaitu perlesenan kelas A yang kian kesempitan hidup, saya ingin menyentuh tentang penetapan kawaian-penangkapan ikan.di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa berpandukan-kepada keadaan geografl setempat untuk golongan nelayan tersebut.

Mengikut dasar kawasan penangkapan ikan, pukat tunda pemilik vessel kelas B dibenarkan beroperasi di luar 6-batu nautika daripada pesisir pantai dari jam 6 pagi hingga petang dan boleh beroperasi sepenuh hari di luar 12 batu nautical dari pesisir Pantai.

Untuk makluman, jarak perairan di kawasan perairan Parit Jawa dengan Pulau Sumatera, lndonesia adalah paling sempit di antara laluan Selat Melaka. Contonnya, jarak antara Tanjung Tohor dan Pulau Bengkalis hanya 22 batu nautica sahaja.

Adalah tidak relevan bahawa pukat tunda beroperasi mengikut dasar kawasan operasi ini kerana sentiasa berhadapan dengan risiko terceroboh masuk ke sempadan perairan lndonesia dan ditahan oleh pihak penguatkuasa sana. Kementerian perlu melakukan kajian terperinci berdasarkan fakta ini untuk mengemaskinikan dasar ini berpandukan keadaan geografi setempat di kawasan perairan Parit Jawa.

Tuan yang Dipertua,

kerana hanyutan arus air yang tidak menentu rnungkin menyebabkan bot nelayan pesisir paniai lesen kelas A juga terceroboh masuk ke sempadan Negara jiran sehingga ditahan oleh Pihak Berkuasa ataupun dilanggar oleh kapal kargo yang lalu-lalang di zon perairan antarabangsa. Lagipun sumber ikan di kawasan Sungai Balang, Bagan dan Parit Jawa semakin berkurangan atas pencerobohan dan persaingan pukat tunda. Nelayan-nelayan tersebut terpaksa belayar lebih jauh untuk mencari ikan.

Dianggaran purata pendapatan harian bagi sesebuah pukat tunda ialah sebanyak 6 tong yang bernilai RM20,000. Manakala purata pendapatan harian bagi sesebuah bot kelas A adalah sebanyak RM300 dengan kos minyak, upah jala, kelengkapan bot dan sebagainya yang puratanya mencecah angka RM200. Kadang kala pendapatan bersih harian cuma RM50 sahaja.

Dimaklumkan bahawa nelayan tidak boleh keluar tangkap ikan sepanjang tahun, terpaksa bergantung pada rnusim dan keadaan cuaca dan dianggarkan kurang daripada 150 hari dalam setahun boleh ke laut menangkap ikan.

Saya cadangkan supaya kawasan perairan di Pulau Besar hingga Semerak dikhaskan kepada nelayan pesisir pantai lesen kelas A sahaja yang rata-ratanya merupakan kelompok nelayan terbesar dan golongan yang berpendapatan rendah demi menjamin kehidupan harian mereka. Pukat tunda yang berlesen kelas B perlu dialihkan kawasan operasinya ke pantai tirnur ataupun dinaik taraf ke kelas C untuk beroperasi di kawasan perairan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment