2010-06-29

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT SEMASA SESI UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. MENTERI KE ATAS PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMKe-10) DI DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA PARLlMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : Y.B. Tuan Er Teck Hwa(Bakri)

Tarikh : 29 Jun 2010 (Rabu)

SOALAN

ISU PENUTUPAN SELAMAT TAPAK PELUPUSAN BUKIT BAKRI, MUAR, JOHOR

JAWAPAN :

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sememangnya menyedari bahawa keperluan untuk menyediakan sebuah tapak pelupusan sisa pepejal baru yang sanitari amat kritikal di kawasan Muar memandangkan tapak pelupusan sedia ada dj Bukit Bakri telah penuh dan mencemarkan alam sekitar. Oleh yang demikian, Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Pagoh di lot 354 dan sebahagian lot 4081, 4083 dan 5482 seluas 149 ekar telah dicadangkan oleh Keraiaan Negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Muar bagi menggantikan tapak pelupusan di Bukit Bakri.

Buat masa ini, Tapak Pelupusan Bukit Bakri akan dinaiktaraf sebagai langkah interim untuk mcnangani masalah alam sekitar/eachate sementara menunggu tapak pelupusan di Pagoh siap beroperasi.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan
Julai 2010

No comments:

Post a Comment