2010-06-23

YB ER MENDEKSA SUPAYA MENTERI BESAR JOHOR MENUNAIKAN JANJINYA UNTUK MENUTUP KAWANSA PELUPUSAN SAMPAH

YB ER MENDEKSA SUPAYA MENTERI BESAR JOHOR MENUNAIKAN JANJINYA UNTUK MENUTUP
KAWANSA PELUPUSAN SAMPAH


Tiada tanda penutupan kawasan pelupusan sampah tersebut.
Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa (Pakatan Rakyat - DAP) kesal dengan kawasan pelupusan sampah yang masih beroperasi di Kampung Aik Hwa. Beliau telah mendeksa supaya Menteri Besar Johor menunaikan janji beliau iaitu menutup kawasan pelupusan sampah itu dengan segera serta memenuhi "6 rayuan" yang dikemukakan oleh "Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri"

YB Er Teck Hwa telah menyatakan hasratnya ketika lawatannya ke kawasan tersebut atas aduan daripada penduduk setempat dan Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri yang terdiri daripada Koo Eng Soon (Pengerusi)、Lim Boon Tai (Timbalan Pengerusi), To Hock Beng (AJK), Toh Heng Teong, Toh See Ming dan Tan Swee Hwa (Pengerusi Perkhidmatan Bergerak),Gan Kim Han(AJK).

"Bukit" sampah yang gagal dikendali dengan baik

Beliau mendapati kawasan itu masih beroperasi ketika lawatannya ke kawasan pelupusan sampah tersebut. Tiada tanda-tanda kawasan pelupusan sampah itu akan ditutupan. Pengendalian kawasan pelupusan sampah yang tidak cekap iaitu kekurangan tanah untuk menutup kawasan sampah telah menyebabkan bau busuk yang kuat dan menganggu kehidupan seharian penduduk setempat. Toh Heng Teong (71 tahun, Pesara) memberitahu bahawa walaupun banyak kenderaan yang keluar masuk dari kawasan tersebut namum beliau tidak pernah mengesan kenderanan yang membawa tanah merah untuk menutup pelupusan sampah tersebut. YB Er mempertikaikan kenyataan Southern Waste Mangement(SWM) bahawa syarikat tersebut telah memperuntukkan sebanyak 312 lori yang membawa tanah merah untuk menutup sampah-sarap setiap bulan.

Mengumumkan tarikh penutupan kawasan pelupusan sampah

Ketika lawatan Menteri Besar Johor, Abdul Ghani ke Muar pada 1 April, beliau pernah berjanji bahawa kawasan pelupusan sampah itu akan ditutup secara berperingkat namun malangnya kawasan tersebut masih beroperasi sehingga kini. Maka YB Er telah mempersoalkan janji Menteri Besar Johor. Namun demikian, YB Er berjanji akan memastikan isu ini diselesaikan dan barharap Majlis Perbandaran Muar (MPM), Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menunaikan janji mereka serta menhormati hasrat Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri.

Berikut adalah 6 rayuan yang dikemukakan oleh Jawantankuasa Bantahan Atas Tapak Perlupusan Sampah Di Bukit Bakri:

1) Melarang kenderaan dari daerah lain untuk membuang sampah di kawasan pelupusan sampah Bukit Bakri.
2) Menyelesaikan masalah kekerapan berlakunya kebakaran di kawasan pelupusan sampah tersebut dan mengumumkan pelan tindakan kepada penduduk setempat.
3) Membuat peneranga kepada penduduk setempat mengenai pengendalian yang tidak cekap iaitu isu penutupan sampah dengan tanah yang tidak mencukupi dan mengumumkan nama kontraktor yang terlibat serta menyatakan spesifikasi tanah yang digunakan.
4) Mengumumkan tarikh penutupan kawasan pelupusan sampah tersebut.
5) Mengumumkan pelan selepas penutupan kawasan pelupusan sampah itu dan kos yang terlibat.
6) Majlis Perbandaran Muar harus mengemukakan laporan rasmi kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya isu ini dapat dibincangkan di Parlimen.



Kelihatan kawasan pelupusan sampah Kampung Aik Hwa yang masih beroperasi dan tiada papan tanda penutupan kawasan itu didirikan. Dari kiri Toh Heng Teong、Toh See Ming、Koo Eng Soon、Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa、Lim Boon Tai、Gan Kim Han、Tan Swee Hwa.




Ketinggian sampah mencecah satu tingkat dan tidak diuruskan dengan baik. Bau busuk turut menganggu kehidupan penduduk setempat. Dari kiri Toh Heng Teong、Lim Boon Tai、To Hock Beng、Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa、Tan Swee Hwa、Koo Eng Soon、Toh See Ming、Gan Kim Han.




Penduduk setempat terpaksa menyediakan longkang dengan wang sendiri.

Selain daripada itu, kenderaan yang keluar masuk dari kawasan pelupusan sampah turut merosakkan jalan raya di Kampung Aik Hwa sehingga menganggu kehidupan seharian penduduk setempa.

Penduduk Kampung Aik Hwa Ng Ah Tee (55, Peniaga) memberitahu Er bahawa kerosakan jalan (Jalan Hoh Lai Tuan) telah mengancam nyawa penduduk setempat kerana jalan raya yang tidak sekata dan berlubang (sehingga 1 meter). Beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk memperbaiki jalan tersebut. Selain itu, debu juga bertaburan apabila kenderaan melalui kawasan tersebut.

Ng Kim Poh(51, Penduduk) memberitahu bahawa pihak berkenaan pernah berjanji untuk membaik pulih jalan tersebt ketika pilihan raya 2008 namum tindakan susulan tidak diambil. Terdapat juga pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sarap di tepi jalan sehingga mengeruhkan lagi keadaan di Kampuang tersebut. Penduduk setempat terpaksa menyediakan longkang dengan wang sendiri untuk menghalang keadaan ini daripada terus berlaku.

Kawasan pelupusan sampah merupakan punca segala masalah

YB Er berpendapat pengurusan Majlis Perbandaran Muar yang tidak cekap merupakan punca masalah ini daripada berlaku kerana kawasan pelupusan sampah terlalu dekat dengan tempat tinggal penduduk. Masalah tersebut juga menyebabkan penduduk Kampung Aik Hwa berhijrah ke tempat lain. Pembangunan asas yang tidak sempurna seperti jalan raya dan bekalan elektrik turut menyebabkan perniagaan peralatan kayu di kampung itu tidak dapat berkembang dengan pesat. Hal ini adalah tidak adil untuk penduduk setempat kerana Kampung Aik Hwa wujud sebelum kawasan pelupusan sampah itu.

Jalan raya yang masih rosak walaupun diperbaiki oleh penduduk setempat. Dari kiri Lim Boon Tai、Toh Heng Teong、Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa、Tan Swee Hwa、Gan Kim Han.

Jalan yang dinamakan sempena jasa How Lai Tuah nampaknya tidak dihargai.

Kenderaan yang keluar masuk menyebabkan kerosakan jalan raya sedalam 1 meter. Dari kiri Er Teck Hwa, Ng Kim Poh.

No comments:

Post a Comment