2010-06-09

Pemberitahuan Pertanyaan Dalam Ucapan Penangguhan : Penetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai

PARLIMEN MALAYSIA
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

Ucapan PenangguhanTuan Er Teck Hwa (Bakri)
BerkenaanPenetapan Kawasan Penangkapan lkan Untuk Nelayan Pesisir Pantai
Tarikh Ucapan9 Jun, 2010 (Rabu)
KementerianMenteri Pertanian dan lndustri Asas Tani Malaysia

Jawapan : Oleh Y.B. Menteri Pertanian dan lndustri Asas Tani

Tuan Yang DiPertua,

Peraturan-Peraturan Perikanan (Kelautan) 1967 telah menetapkan bahawa vesel pukat tunda Zon B dibenarkan untuk beroperasi di kawasan 5 batu nautika dan ke atas dari pantai.

Cadangan supaya kawasan perairan di Pulau Besar hingga Semerak dikhaskan kepada nelayan Zon A sahaja adalah seperti syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani. lni adalah kerana vesel Zon A dibenarkan untuk beroperasi di kawasan perairan 0 ke 5 batu nautika dan ke atas.

Walau bagaimanapun, vesel zon A dari negeri Johor tidak dibenarkan untuk menangkap ikan di perairan negeri Melaka termasuk kawasan perairan pulau Besar dan begitu juga sebaliknya. Satu perbincangan di antara Kerajaan Negeri Johor, Melaka dan Jabatan perikanan Malaysia perlu diadakan untuk mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat supaya para nelayan dari kedua-dua negeri boleh menangkap ikan di kawasan yang dicadangkan.

Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani mengakui sedar bahawa kawasan perairan di antara Johor Barat dengan Sumatera di Selat Melaka adalah agak sempit iaitu di antara 12 sehingga 23 batu nautika ke sempadan antarabangsa dengan lndonesia. Justeru, Jabatan Perikanan akan mempertimbangkan supaya vesel pukat tunda Zon B dari Johor Barat berpindah ke Johor Timur dengan syarat, vesel pukat tunda zon B dilupuskan dan diganti dengan vesel baru yang lebih besar dan layak beroperasi di kawasan 12 batu nautika dan ke atas (zon C dan C2). Tujuan perpindahan ini adalah untuk menangani masalah vesel pukat tunda B di Johor Barat yang terpaksa beroperasi di kawasan yang agak sempit, khususnya ketika beroperasi di malam hari.

Vesel-vesel Zon B yang hendak dilupuskan boleh dijual kepada Kerajaan dengan harga pasaran di bawah Program 'Exit Plan' bergantung kepada peruntukan sedia ada. Walau bagaimanapun, sekiranya bilangan vesel pukat tunda di Zon C sudah mencapai had maksimum di Johor Timur, maka Jabatan Perikanan Malaysia akan memberhentikan pengeluaran lesen vesel pukat tunda Zon C hasil daripada pelupusan vesel Zon B.

Disediakan Oleh:
Nama Pegawai : Tn. Hj. Gulamsarwar b. Jan Mohammad
Jawatan : Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber
Jabatan : Jabatan Perikanan Malaysia
No. Telefon : 03-88704213/ 019-2413266

Diselaraskan Oleh:
Nama Pegawai : Encik Abd. Rahman bin Jaafar
Jawatan : Timbalan Setiausaha Bahagian
Bahagian lndustri Tanaman, Ternakan dan
Tempat Bertugas : Perikanan Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani
No. Telefon : 03 - 8870 1414

Disemak Oleh:
Nama Pegawai : Encik Raj R. D'Nathan
Jawatan : Setiausaha Bahagian
Tempat Berrugas : Bahagian Industri Tanaman, Ternakan dan Perikanan
No. Telefon : 03 - 8870 1419

Diluluskan Oleh:
Nama Pegawai : Dato' Mohd Mokhtar lsmail
Jawatan : Ketua Setiausaha
Tempat Bertugas : Kementerian Pertanian dan lndustri Asas Tani
No. Telefon : 03 - 8870 1003



TRADISIONAL (ZON A)
PUKAT HANYUT

NONEGERIBILANGAN
(ORANG)
BILANGAN
(VESEL)
1Melaka1,8421,155
2Johor Timor2,5851,524
3Johor Barat4,7802,898
4Muar1,388669

PUKAT TUNDA (ZON B, C DAN C2)

NONEGERIZON BZON CZON C2


VESELORANGVESELORANGVESELORANG
1MELAKA000000
2JOHOR TIMUR100400134854422118
3JOHOR BARAT1334800000

No comments:

Post a Comment