PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : JAWAB LISANDARIPADA : YB TUAN ER TECK HWA (DAP) (BAKRI)
TARIKH : 14 JUN 2010 (ISNIN)
SOALAN
YB Tuan Er Teck Hwa (DAP) (Bakri) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:
(a) bilangan permohonan dan kelulusan bantuan kebajikan di negeri Johor sejak tahun 2005; dan
(b) nyatakan tarikh hari pembayaran bantuan bagi setiap bulan yang telah ditetapkan, bilangan kes lewat bayar telah berlaku dan puncanya sertasenaraikan kes lewat bayar ini mengikut daerah.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Bilangan permohonan bantuan kebajikan bagi Negeri Johor sejak tahun 2006 sehingga bulan Mei 2010 adalah sebanyak sembilan belas ribu tiga ratus tiga puluh lapan (19,338), manakala jumlah bantuan yang diluluskan bagi tempoh yang sama adalah sebanyak dua belas ribu dua ratus lapan puluh lapan(12,288).
JUMLAH PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN NEGERI JOHORTAHUN 2006 HINGGA 2010
TAHUN | JUMLAH PERMOHONAN | JUMLAH PERMOHONAN LULUS |
2006 | 71 | 50 |
2007 | 265 | 433 |
2008 | 1,464 | 456 |
2009 | 17,262 | 11,234 |
2010 | 276 | 115 |
JUMLAH | 19,338 | 12,288 |
(b) Sejak Bidang Keberhasilan Utama Negara dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 9 April 2009, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dilantik sebagai Kementerian Peneraju Bidang Keberhasilan Utama Negara Bagi Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah Berpendapatan Rendah mula melaksanakan pembayaran bantuan kebajikan pada setiap 1 hari bulan setiap bulan mulai 1 September 2009 bagi negeri-negeri di Semenanjung dan mulai 1 Januari 2010 bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak. Amalan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini ialah bayaran bantuan dibuat pada penghujung bulan setiap bulan bayaran.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini JKM menggunakan dua kaedah pembayaran bantuan bulanan kepada penerima bantuan iaitu melalui bayaran secara tunai dan melalui bank. Kaedah pembayaran secara tunai dibuat kepada penerima bantuan di pusat-pusat bayaran seperti di balai raya, pusat khidmat masyarakat setempat, Unit Khidmat Penyayang (UKP) dan juga di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian. Dalam kes-kes tertentu seperti kes pesakit terlantar dan tidak mampu hadir ke pusat-pusat bayaran yang ditetapkan, bayaran secara tunai dilaksanakan di rumah klien berkenaan. Bayaran melalui bank pula dikreditkan terus ke dalam akaun penerima bantuan.
Sungguhpun begitu terdapat sebilangan kecil kes penerima bantuan secara tunai lewat menerima bayaran bantuan. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:
i. klien tiada di rumah semasa bayaran ingin dilakukan;
ii. Mien tidak datang apabila dipanggil untuk menerima bantuan di pusat bayaran;
iii. klien tidak dapat dihubungi untuk memaklumkan bayaran bantuan hendak dilakukan.
JKM sentiasa mengambil langkah-langkah bagi meminimumkan kes-kes kelewatan bayaran kepada klien-kliennya. Ini termasuklah menggalakkan penerima bantuan yang masih berupaya untuk menukar cara penerimaan bantuan daripada secara tunai kepada melalui bank.
No comments:
Post a Comment