2010-06-10

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA
(BAKRI)
TARIKH : 10.06.2010

SOALAN:

Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan :-
(a) bilangan dan nama SJK(C) dan SJK(T) yang mendapat kemudahan kadar cukai tanah RM1 sehingga hari ini; dan
(b)apakah perancangan Kementerian untuk membantu SJK(C) dan SJK(T) yang tidak dapat menikmati kadar cukai tanah RM1 demi mengurangkan beban kos pentadbiran pihak sekolah.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

(a)Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bil. 3/2002 mengenai Garis Panduan Pelaksanaan Keputusan Majlis Tanah Negara yang ke-55 berhubung dengan Sekolah Bantuan Modal telah memutuskan supaya:
i)Kerajaan Negeri menyelaraskan kadar cukai tanah tapak Sekolah Bantuan Modal dan menetapkannya pada satu kadar nominal RM1.00 (Satu Ringgit) bagi satu hakmilik;
ii) Kerajaan Negeri mengurangkan jumlah tunggakan cukai tanah berkenaan yang sedia ada kepada kadar nominal RM1.00 (Satu Ringgit); dan
iii) Tanah yang diliputi di bawah dasar ini hanyalah yang digunakan untuk tapak Sekolah Bantuan Modal yang diperakukan oleh Kementerian Pelajaran atau berdaftar dengan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
(b)Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak menguruskan berkaitan kadar cukai tanah kerana urusan cukai tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. KPM tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dalam membantu semua sekolah termasuklah SJKC dan SJKT sama ada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan, agar pentadbiran sekolah tidak terbeban dengan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Oleh hal yang demikian, KPM telah menyediakan dua bentuk peruntukan iaitu Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Belanja Mengurus kepada semua sekolah, sama ada sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan (sekolah bantuan modal). Berdasarkan perancangan awal RMKe-9, KPM telah menyediakan dana pembangunan sebanyak RM100 juta kepada semua sekolah bantuan kerajaan. KPM tidak menetapkan jumlah pecahan peruntukan mengikut aliran sekolah-sekolah tertentu tetapi berdasarkan kepada keutamaan terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan keselamatan dan keselesaan sekolah. Peruntukan Belanja Mengurus yang merangkumi emolumen dan elaun guru, bayaran utiliti, pemberian Bantuan Per Kapita (PCG), kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran (P & P) melalui peruntukan PCG, diberikan secara sama rata kepada semua sekolah sama ada kepada sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (sekolah bantuan modal) berdasarkan bilangan murid, bilangan guru serta gred sekolah tersebut. Rim 17

No comments:

Post a Comment