2010-06-30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI]
TARIKH : 30 JUN 2010
SOALAN :
Y.B. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa 60 peratus daripada Pintasan Muar mengalami strukturjalan yang tidak rata:-
(a)Sebab-sebab terdapat 30 buah papan tanda "jalan tidak rata" sepanjang 14 kilometer Jalan Pintas Muar; dan
(b)Apakan langkah-langkah  susulan  Kementerian untuk mengurangkan "jalan tidak rata"

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Jalan Pintas Muar (Muar Bypass) yang dilaksanakan secara rundingan terus, reka dan bina telah slap sepenuhnya pada 27 September 2005. Dalam tempoh kecacatan, didapati sebahagian besar daripada jalan ini telah mendap menyebabkan jalan tidak rata. Oleh yang demikian, satu kajian terhadap kerosakan Jalan Pintasan Muar telah mula dijalankan sejak bulan Januari 2008 setelah mendapati berlakunya mendapan pada permukaan jalan di beberapa kawasan terutamanya di Jambatan Parit Tiram. Mendapan ini telah menyebabkan berlakunya kerosakan turapan permukaan jalan (pavement) dan enapan tanah yang tidak sekata.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, susulan daripada kajian kerosakan yang telah dijalankan, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengarahkan  kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja regulating bagi mengurangkan kesan beralun terutama di kawasan pembentung jalan. Kerja-kerja pembaikan telah mula dijalankan pada April 2010 dan dijangka selesai pada 16 Ogos 2010. Pada masa yang sama, pihak JKR telah mengambil tindakan dengan memasang papan tanda-papan tanda di beberapa Iokasi yang dikenalpasti bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terpelihara sementara kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan dapat disiapkan.

No comments:

Post a Comment