2010-06-28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : TUAN ER TECK HWA[ BAKRI ]
TARIKH : 28 JUN 2010 (ISNIN)
SOALAN:

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a)bilangan peruntukan khas dari Kementerian-kementerian yang disalurkan kepada Ahli Parlimen Kawasan Bakri sejak tahun 2008; dan
(b)adakah kesemua peruntukan khas tersebut dimandatkan kepada pucuk pimpinan BN tempatan jikalau kawasan itu dimenangi oleh pembangkang dan apakah kerelevanan berpandukan kepada konsep kepartian tetapi bukan berpandukan kepada Perlembagaan.

JAWAPAN:

Tiada peruntukan khas disalurkan oleh mana-mana kementerian kepada Ahli Parlimen Bakri.
Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada dewan yang mulia, kerajaan tidak pernah menyalurkan Peruntukan Khas Y.A.B. Perdana Menteri kepada pucuk pimpinan BN tempatan atau pada mana-mana parti politik. Peruntukan ini disediakan untuk kawasan Parlimen dan ianya dipohon dan diproses serta dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan  Arahan  Perbendaharaan  dan  lain-lain  peraturan  yang berkuatkuasa yang telah ditetapkan bagi kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment