2010-05-15

PEMBENTANGAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEDUABELAS (JUN-JULAI, 2010)

1)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan kes penculikan serta mangsa yang terbunuh dari tahun 2000 hingga hari ini.

a)Berapakah kes telah berjaya dibanteras dan senaraikan bilangan penculik yang telah dihukum di mahkamah serta jenis hukumannya. (08/06/2010)

2)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan dan nama SJK(C) dan SJK(T) yang mendapat kemudahan kadar cukai tanah RM 1 sehingga hari ini.

a)Apakah perancangan kementerian untuk membantu SJK(C) dan SJK(T) yang tidak dapat menikmati kadar cukai tanah RM 1 demi mengurangkan beban kos pentadbiran pihak sekolah. (10/06/2010)

3)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan permohonan dan kelulusan bantuan kebajikan di negeri Johor sejak tahun 2005.

a)Sila nyatakan tarikh hari pembayaran bantuan bagi setiap bulan yang telah ditetapkan, bilangan kes lewat bayar telah berlaku dan puncanya serta senaraikan kes lewat bayar ini mengikut daerah. (14/06/2010).

4)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan pekerja asing tanpa permit dan senaraikan negara asal serta bidang pekerjaan yang terlibat sejak tahun 2005.

a)Apakah perancangan kementerian untuk mengurangkan pergantungan kepada tenaga asing untuk menaikkan pendapatan penduduk tempatan demi mencapai wawasan negara maju ? (16/06/2010)

5)Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan bilangan kakitangan awam kontrak yang diambil sejak tahun 2005.

a)Senaraikan perbelanjaan pengupahan kakitangan awam kontrak mengikut kementerian.
b)Apakah perancangan kementerian untuk mengurangkan pergantungan kepada kakitangan awam kontrak ini ? (22/06/2010).

6)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan GLC yang menghadapi kerugian sejak tahun 2005.

a)Apakah tindakan kerajaan ke atas lembaga pengarah GLC yang mengalami kerugian ?

b)Senaraikan bantuan kewangan kerajaan yang dihulurkan kepada GLC yang mengalami kerugian. (24/06/2010).

7)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakankan bilangan peruntukan khas dari kementerian-kementerian yang disalurkan kepada wakil rakyat kawasan Bakri sejak tahun 2008.

a)Adakah kesemua peruntukan khas tersebut dimandatkan kepada pucuk pimpinan BN tempatan jikalau kawasan itu dimenangi oleh pembangkang dan apakah kerelevanan berpandukan kepada konsep kepartian tetapi bukan perpandukan kepada Perlembagaan ? (28/06/2010).

8)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sebab-sebab terdapat 30 buah papan tanda “jalan tidak rata” sepanjang 14 km jalan pintas Muar.

a)Apakah langkah susulan kementerian untuk mengurangkan “jalan tidak rata” setelah konsesi dikembalikan ? (30/06/2010).

9)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakankan piawaian yang digunakan untuk memilih Bukit Pagoh sebagai tapak pelupusan sampah yang baru di Muar.

a)Adakah kementerian mengambil kira lokasi loji penapis air Panchor yang berdekatan yang merupakan punca air untuk kawasan Muar dan Melaka semasa mendirikan tapak pelupusan sampah tersebut ?(05/07/2010).

10)Y.B. Er Teck Hwa Minta Kewangan menyatakan sebab-sebab caj stem untuk surat biasa dinaikkan 100%, iaitu dari 30 sen kepada 60sen yang akan berkuatkuasa pada bulan Julai ini.

a)Adakah kementerian bercadang untuk memberikan lesen baru untuk menubuhkan POS Malaysia kedua supaya dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih effisen dengan caj yang lebih murah ?(07/07/2010).

Soalan Bertulis:

1)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PELAJARAN menyatakan usul-usul dan isi kandungan pertemuan dengan Dong Chong mengenai permasalahan SJK(C) sejak tahun 2000.

2)Y.B. Er Teck Hwa Minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan senarai pusat pameran dan kos pengendalian tahunan serta jumlah pelaburan yang telah berjaya dibawa masuk ke Malaysia di peringkat antarabangsa.

3)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI KEWANGAN menyatakankan senarai bilangan kompaun atas kesalahan melanggar Akta Cukai Pendapatan mengikut pecahan individu dan syarikat dari tahun 2000.

4)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan senarai penternak ayam yang jumlahnya lebih daripada 20,000 ekor berjaya mendapatkan subsidi kerajaan.

5)Y.B. Er Teck Hwa minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai harta dan wang haram “Along” yang telah disita sejak tahun 2000 mengikut pecahan negeri.

No comments:

Post a Comment