Penyata Rasmi 2010.03.30 MS218
Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tambah satu soalan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Menteri. Mengenai masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh penduduk Johor, terutamanya di Kluang, Batu Pahat di mana didapati dua empangan pembekal air utama iaitu Empangan Sembrong dan Bekok sudah berada di bawah paras selamat. Saya ingin tahu apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah kekurangan air ini berlaku?
Menurut penduduk di sana hujan turun memang cukup seperti tahun-tahun yang lepas dan agak ganjil bila dikatakan air dalam empangan hampir kering sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk catuan air. Di samping itu, minta Menteri berikan senarai kadar hujan yang turun sejak tahun lepas sehingga Februari 2010 dan senarai rekod kualiti air, kerana penduduk di kawasan berkenaan mengadukan air paip berbau masam. Terima kasih.
Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui: Kita tahu dalam musim kemarau ini di mana di Kluang, di Batu Pahat dan di Kota Kinabalu pun, kita tidak dapat mengawal cuaca dan apabila ia berlaku dan bila kemarau itu berpanjangan, kita akan melakukan catuan air dan sebagainya dan inilah situasi yang kita hadapi. Bagi Bakri ini, baru ini Yang Berhormat hadir satu majlis di Muar, di mana Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pun melancarkan program untuk hargai air dan kita kena ada satu program bersepadu supaya pihak DOE, pihak kerajaan negeri yang mengawal sumber air, mereka semua ini kena bekerjasama supaya kita dapat mengadakan satu holistic approach, dengan izin, untuk pastikan bahawa kita cukup sumber air untuk minuman di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment