YPDR. 08/4/3 ( 6B )
7 April 2010
Y.B. Tuan Er Teck Hwa
Ahli Parlimen Kawasan Bakri
D/a Dewan  Rakyat
Parlimen Malaysia
Kuala Lumpur.
Yang Berhormat,
USUL  DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)
Usul Yang Berhormat  bertarikh 5 April 2010, Isnin telah saya terima. Mengikut Peraturan  Mesyuarat 18(5) tidak lebih daripada satu usul menangguhkan mesyuarat  boleh dibawa pada satu hari persidangan mesyuarat.
2. Pada hari  ini, usul menangguhkan mesyuarat telah dibawa oleh Ahli Parlimen Kawasan  Batu.
3. Oleh yang demikian saya menolak usul Yang Berhormat  dalam kamar.
Sekian.
(TAN SRI DATUK SERI UTAMA PANDIKAR  AMIN HAJI MULIA )
 
 
No comments:
Post a Comment