2010-04-14

Jawapan Bertulis Dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Diraja

JAWAPAN SECARA BERTULIS KE ATAS PERKARA BERBANGKIT
SEMASA SESI UCAPAN PENGGULUNGAN Y.B. TIMBALAN MENTERI
KE ATAS PERBAHASAN TITAH DIRAJA DI DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KETIGA
PARLIMEN KEDUABELAS 2010

Dibangkit Oleh : Y.B. Tuan Er Teck Hwa(Bakri)
Tarikh : 1 April 2010(Khamis)

SOALAN:

TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DI BUKIT BAKRI
Y.B memohon Y.B Menteri menjelaskan apakah kapasiti sebenar dan kapasiti selepas tapak tersebut dinaiktaraf. Huraikan secara terperinci tentang langkah dan pengurusan serta kos naik taraf untuk menampung sisa pepejal dalam masa tiga tahun akan datang.

Nyatakan kos yang terlibat dalam pengurusan sisa pepejal di seluruh majlis perbandaran di seluruh Malaysia pada tahun 2009.

JAWAPAN:

Tapak pelupusan Bukit Bakri mula digunakan pada tahun 1986 dan snggaran sisa pepejal yang telah dilupus di tapak tersebut mulai tahun 1988 sehingga kini adalah berjumlah 1.9juta tan. Pada masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menaiktaraf tapak tersebut bagi tempoh penggunean selama 3 tahun sementara menunggu Tapak Pelupusan Sanitari di Pagoh siap dibina.

Kos bagi kerja-kerja naik taraf tapak pelupusan Bukit Bakri adalah dianggarkan RM4.7juta melibatkan pembinaan bund, pemasangan paip leachate dan paip pengudaraan. Apabila siap kelak, tapak tersebut mampu menerima sebanyak 328,500 tan sisa pepejal bagi tempoh 3 tahun.

Berdasarkan maklumat kewangan tahun 2007 yang dikemukakan oleh PBT-PBT di Semenanjung Malaysia, kos bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang perlu dibayar oleh PBT-PBT adalah berjumlah RM1 billion. Buat masa ini Kementerian tidak mempunyai maklumat perbelanjaan PBT bagi tahun 2009. Namun demikian, Kementerian percaya kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam akan meningkat setiap tahun sejajar dengan pertambahan penduduk dan tabiat masyarakat yang masih kurang mengamalkan kitar semula.

Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan

April 2010

No comments:

Post a Comment