2010-04-05

Usul mengenali jangkitan kes influenza A(H1N1) kebelakangan ini

Tarikh : 05.04.2010

Tan Sri Yang Di Pertua
Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia


Tan Sri,
Pemberitahuan Usul Di Bawah Peraturan Mesyuarat 18 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat

Dengan segala hortmanya, saya ingin memberi notis pemberitahuan di bawah P.18 mengemukakan usul yang berbunyi seperti berikut :-

Bahawa Kementerian Kesihatan telah mengumumkan kadar jangkitan kes influenza A(H1N1) yang disyaki telah meningkat kebelakangan ini, iaitu 50 kes seminggu berbanding dengan cuma 20 kes seminggu dalam bulan Jan dan feb, 2010. Sejak bulan April, tahun 2009, sebanyak 12,688 kes jangkitan telah disahkan. Dua kes kematian baru telah berlaku di Melaka pada 31hb., March dan 02hb., April, menjadikan bilangan kematian meningkat daripada 77 orang kepada 79 orang.

Kenyataan Menteri Kesihatan bahawa sebanyak 210 kes yang disyaki telah direkod dalam tempoh seminggu, iaitu antara 26.03.2010 hingga 01.04.2010 dan pesakit berkenaan yang dirawati di dalam wad telah meningkat sehingga 380 orang. Antaranya 32 kes telah disahkan menjangkiti influenza A(H1N1), iaitu mencapai kadar jangkitan sebanyak 8.4%.

Kawasan jangkitan berkelompok yang serius meliputi negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka. Antaranya 6 merupakan kawasan sekolah. Ini termasuk sebuah sekolah berasrama penuh di Pasir Putih (6 orang) dan Pusat Belia Daerah Bancang , Kelantan (12 orang), Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak (31 orang), Sekolah Menengah Pulau Langkawi (30 orang), sebuah sekolah Tamil di Sungai Buluh, Selangor (15 orang), kawasan perumahan km 14.5 di Jalan Merlimau, Jasin, Melaka (2 orang), Madrasah Bustanul Ulum Abu Bakar, Jasin, Melaka (4 orang), Sekolah Rendah Selat Bagan Nyior, Kedah (48 orang), Sekolah Vokesional Langkawi, Kedah (43 orang) dan Sekolah Rendah Sri Nobel, Petaling Jaya, Selangor (3 orang). Ramai ibu bapa tidak rela hantar anak kesayangan mereka ke sekolah di kawasan tersebut kerana dikhuatiri akan dijangkiti.

Dikhutiari ancaman gelombang ke-2 jangkitan influenza A(H1N1) akan berlaku dan bertambah serius berbanding dengan ancaman gelombang pertama memandangkan angka jangkitan yang semakin meningkat. Ditambah pula, kementerian Kesihatan masih belum mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti laporan harian kes jangkitan, galakan pakai penutup mulut, penambahan kakitangan kesihatan khas dan mengadakan wad kuarantin ataupun pengasingan seperti mana yang diamalkan sebelum ini. Lagipun bilangan vaksin dalam negara masih tidak mencukupi untuk memberikan kepada orang awam; cuma membekalkan kepada kakitangan kesihatan di barisan hadapan dan golongan yang berpotensi tinggi dijangkiti virus ini seperti ibu yang mengandung, pesakit buah pinggan, pesakit kronik , pesakit yang lebihan berat badan dan sebagainya.

Cegah sebelum Parah. Diharapkan usul ini dapat dibahaskan dalam dewan ini demi mengembalikan ketenteraman awam dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk mengatasi masalah jangkitan ini demi menyelamatkan nyawa rakyat supaya tidak dikorbankan serta menyelamatkan nasib negara kita supaya tidak dilabelkan sebagai negara jangkitan serius seperti Mexico yang akan menggugatkan pembangunan ekonomi di masa kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Er Teck Hwa
Ahli Parlimen
Kawasan Bakri

No comments:

Post a Comment